Memaparkan catatan dengan label ibu hamil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ibu hamil. Papar semua catatan

Khamis, 7 Januari 2016

Peranan Suami Ketika menjaga isteri Berpantang.



hiii awak2 semua...mama Airiel nak share ni apa yang patut suami2 lakukan ketika isteri dalam pantang... Biasanya isteri lebih selesa menyusahkan suami kan dari mengharapkan ibu bapa atau mertua untuk melakukan sesuatu..lagi2 bagi isteri yang bersalin secara pembedahan..tak kan nak angkat cerek air panas berat2 tu.. So ini panduan untuk puan2 ya..














SUMBER : GENG INGIN CEPAT HAMIL
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Jumaat, 10 Julai 2015

Gara-gara MGTT aku kena buat BSP..


selamat sejahtera....

Salam hari jumaat yang mulia.. Hari ni aku gi sekolah awal makanya sempat lah aku menumpang komputer sekolah untuk menceritakan apa yang ketinggalan selama ini...

Syukur kini aku dah mengandung 5 bulan.. Hurm.. apalah nasib hari tu buat MGTT aka minum air gula lah.. sebelum tu puasa kptusannya 5.5 selepas dua jam keputusannya 8.0..alamak misi cakap tinggi lah bagi ibu mengandung.. Misi suruh aku buat bsp..Alamak BSP plak...ape ke bendanya tu..
maka kawan-kawan yang baik hati di bilik guru pun bercerita cara buat bsp..ooo baru faham... senang je..ambik darah sikit je kat ujung jari tu tapi yg masalahnya kena kuar klinik setiap 2 jam...

Dengan itu aku mengerahkan encik polis mencari alat test tu.. buat sendiri je..seronoknya jadi misi sendiri kan..main dengan jarum..berangan-berangan jadi misi.. So relax je lah dan redha semua masalah akan dapat di atasi walaupun sedikit penat..

sumber : http://yanmieonline.com/


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Sabtu, 28 Disember 2013

Redha...babyku pergi jua...


Selamat sejahtera...

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk mencabut alat bantuan pernafasan yang dipasang pada baby..  Pada malamnya aku menelefon ibu dikampung untk memberitahu keputusan kami. Ibu dan ayah menyokong jika sudah itu takdirnya. Cuma masalah kami tak kuat semangat untuk mendukung baby untuk di bawa pulang ke kampung. Jika aku dan suami sudah tentu sepanjang perjalanan kami akan menangis.. Maka ayah bersetuju untuk datang ke JB dari Pahang untuk membantu membawa pulang babyku.. Keesokkan paginya kami berjumpa dengan doktor yang bertugas.. Doktor yang bertugas memberi penerangan kepada kami.. Aku memang tak boleh bercakap sepanjang berjumpa doktor..hanya tangisan sahaja yang mampu aku keluarkan.. setiap penerangan doktor aku dengar dengan teliti dan tangisan..Doktor ada bertanya adakah kami ingin menunggu semasa proses mencabut oksigen,adakah aku mahu mendukung baby terlebih dahulu.. Kami menolak setiap untuk melihat proses mencabut oksigen dan mendukung baby.. Aku tak kuat untuk melakukannya.. Akhir pada jam  11.15 pagi baby pergi meninggalkan kami...Jam 1petang segala urusan di bilik mayat selesai...Kakak sulungku yang mendukung baby untuk dibawa pulang ke kampung.. Aku tidak menangis sepanjang perjalanan cuma ketika sampai di kampung apabila ramai sanak saudara dan keluarga mertuaku mula memenuhi rumah..



Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Jumaat, 27 Disember 2013

Babyku Kritikal.....


Selamat Sejahtera...

Sepanjang tempoh di wad sebelum boleh keluar aku tak sanggup nak pergi melawat baby lagi...Suami yang tabah dan yang banyak memberi kekuatan untukku.. Suami yang kerap melawat baby.. suami kata baby comel dan tembam..walaupun lahir 8 bulan tapi baby dah berat 2.63kg.. Suami kata kalau cukup bulan sah berat dia macam abang dia masa lahir iaitu 3.95kg..... 23hb November aku dah boleh keluar wad hanya baby yang tak boleh keluar.. Kami menumpang di rumah adik saudara yang bekerja di Kempas, di Taman Sinar Harapan Tampoi..  Baby mengalami masalah jantung, paru2 dan doktor kata baby tak boleh bernafas dengan sendiri kerana kepala baby ada sedikit keganjilan... Kepala baby macam kembar..doktor pun tak pasti berapa peratus otak yang ada di kiri dan kanan kepala..sama ada otak atau air..doktor tak dapat nak bawa scan kerana baby menggunakan alat bantuan pernafasan sepenuhnya... setiap kali suami datang melawat doktor sudah memberi tahu baby amat kritikal..ubat yang paling maksimum pun baby masih lemah dan tak boleh bernafas.. doktor kata hanya masa yang akan menentukannya...

semasa saya sudah boleh keluar dari wad saya kuatkan hati untuk pergi melawat baby...sampai disana hanya deraian air mata yang mampu saya lakukan.. sedih tengok baby yang dipenuhi wayar dan menggunakan alat bantuan pernafasan...baby tidak bergerak...matanya di tutup.. jika dilihat fizikal baby memang cukup sihat..tidak seperti anak orang lain di dalam nicu yang kecil dan halus.. baby saya sudah cukup besar.. sedihnya....
doa rakan2 untuk baby...

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Khamis, 26 Disember 2013

Kisahku yang sedih..part 2...



Selamat Sejahtera....

sambungan ......Part 2....Bersalin....

6.00 petang : Ambulan membawa aku ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.. Dalam ambulan tak boleh tidur pun..Still keluar air setiap kali kena ambulan melalui jalan2 yg rosak... risau suami dah follow ambulan belum... Rasa kesian kat suami kerana penat memandu dari shah alam ke segamat pas tu kena ke JB plak...
Dugaan dah bermula...

9.30 malam : tiba di HSI... masuk bilik saringan... Doktor cek2 dan buat apa yang patut..memandangkan baby songsang doktor ambik keputusan operate...  Suami dah sampai jugak... doktor nak jumpa suami... sains borang2 nak operate dan cerita pasal risiko bersalin operate..  Bagi yang tak pernah kena operate tu meh sini duduk dekat2 sikit saya story.... macam nie sebelum operate biasanya misi2 akan uruskan seperti mencukur bulu tu pun kalau bulu kemaluan masih belum di cukur, kemudian misi akan memasukkan paip air kencing..aduh..pedihnya bila paip dan beg air kencing dimasukkan...rasa macam nak terkencing pun ada.. lepas tu kita akan di tukarkan dengan pakaian yang lain yang sesuai untuk pembedahan... lepas tu macam biasa, sy akan di sorong ke bilik pembedahan.. Masa ni suami boleh mengiringi lagi.. sempat jumpa suami lagi.. bila dah masuk bilik pembedahan saya dah mula menggigil kesejukkan sebab kita sebenarnya memakai baju yang hanya menutup badan sedikit sahaja..Dalam bilik pembedahan doktor akan suruh kita membongkok betul2 sebab doktor nak bius di tulang belakang.. lepas tu aku tak sedarkan diri pun... Semasa proses pembedahan aku hanya sedar sekejab2 sahaja tu pun sebab misi2 tu kejutkan dan bertanyakan soalan.. Aku dalam keadaan mamai menjawab apa2 soalan yang ditanya...  Kat situ jugak aku terdengar bunyi baby aku menangis.. Sedihnya dengar suara baby... Tapi doktor tak tunjukkan jantina baby pada aku.. dulu masa anak sulung doktor tunjukkan jantina... Rupa2nya doktor membawa baby ke NICU dan doktor telah memberi penerangan segalanya pada suami...

1.30 pagi : keluar dari bilik pembedahan.. selesai pembedahan aku di berikan baju panas... selama setengah jam di tempatkan di tempat khas bagi proses pemulihan kerana kesejukkan setelah pembedahan... Disorong semula ke wad biasa... Dapat jumpa suami semula..Leganya suami masih setia menunggu di luar bilik pembedahan... Suami mengikut menghantar barang2 ke wad.. lega baru dapat minum air setelah berpuasa kerana nak pembedahan.. Tetapi aku last makan pun jam 8.00 pagi masa di kampung.. Sarapan pagi tu nasi goreng dan mak bagi lauk pelanduk bakar.. Pelanduk tu dapat semasa ayah memburu malamnya tu...

Antara doa kawan2.....tq semua...


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Rabu, 25 Disember 2013

Kisahku yang sedih...20/11/2013..


Selamat sejahtera...
Dah lama tak update blog ni..sunyi sekejab duniaku..hari ni nak story semula lah cerita2 yang telah berlalu..Inilah antara coretan duka aku..
Lokasi: rumah ladang di keratong 6..
9.00 mlm: tidur
21/11/2013
1.30 am  : terkejut dr tidur kerana tiba2 ada air keluar..dengan jumlah yg banyk.. aku mula risau lalu mengejutkan ibu dan kakak..
Ayah dan org lelaki tiada di rmh kerana keluar memburu.. baby tidak mengeras mcm nak bersalin so aku tak risau..masih blh bertenang walau air keluar bagai dicurah2..
4.00 am : ayah balik..ibu menyatakan kerisauan, memandangkan tidak berasa sakit kami meneruskan tidur..aku tidur dgn kain yg basah kerana air keluar setiap kali aku bergerak..
8.00 pagi : bergegas keluar..kakak dan abg ipar akan menghantar ke klinik di segamat.. ontheway ke segamat boleh singgah di cybercafe untuk print slip gaji sbb jd penjamin ayah untuk membeli kereta.. baru rasa baby mengeras 5 minit sekali..air still keluar tapi buat cool..
1.00 tengah hari : klinik suruh segera ke hospital kerana ada keluar air ketuban..doktor scan baby songsang..segera tel suami suruh balik...
1.30 : masuk wad..doktor melakukan penyiasatan..bincang2..doktor scan dan dapati baby ada masalah...doktor kata masalah serius.. aku akn di hantar ke hospital sultan ismail, jb dari segamat...jauhnya...
5.30 petang : suami sampai di hospital..doktor berbincang dengan suami..suami pun setuju..pukul 6 aku bergerak menaiki ambulan ke jb...
Sambung lagi.....
catatan fb encik suami...


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Selasa, 22 Oktober 2013

Persiapan Menyambut Bucuk Mama dan Papa..





Selamat sejahtera...


Persiapan Menyambut Bayi Baru

Menyediakan barangan kelengkapan bayi adalah pengalaman yang sangat mengujakan bagi ramai ibu bapa baru. Namun, tanpa perancangan rapi, mereka mungkin terbeli barangan yang tidak sepatutnya dan tertinggal yang mesti dibeli. Inilah pentingnya senarai semak barangan kelengkapan bayi.

Walau bagaimanapun, sebelum membuat senarai semak tersebut anda dinasihatkan agar mendapatkan nasihat serta pandangan individu yang lebih berpengalaman. Pada masa yang sama, pastikan barangan yang bakal dibeli itu mengikut kemampuan kewangan anda. Bagi saya dari pengalaman dari anak pertama saya lebih banyak membaca buku dan majalah2  keibu bapaan lah..Cuma kadang2 musykil say tel lah kakak saya untuk bertanyakan apa2 yang patut..

Pakaian Bayi

Pada masa ini ada banyak pilihan pakaian bayi di pasaran. Bagi yang pertama kali membeli, pasti rambang mata. Jadi, berhati-hatilah. Sebagai permulaan, anda dinasihatkan agar membeli pakaian asas bayi sahaja. Pakaian lain seperti gaun atau seluar denim belilah setelah bayi besar sedikit. Semasa membeli pakaian bayi baru lahir, anda digalakkan agar membeli pakaian bersaiz besar iaitu yang bersaiz enam bulan ke atas. Hal ini kerana kita tidak tahu saiz sebenar bayi yang dikandung. Lagipun, bayi cepat membesar. Jika pakaian yang dibeli kecil, tempoh pemakaiannya sangat pendek.
Pakaian asas ialah:
  • Baju lengan pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar pendek
  • Seluar panjang
  • Barut
  • Sarung kaki
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Topi
Lampin

Anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan lampin pakai buang atau lampin kain moden. Bagi kebanyakan ibu bapa baru yang mula peka terhadap saranan penjagaan alam sekitar, mereka lebih gemar memilih lampin kain moden. Lampin kain moden ini juga dikatakan lebih selamat untuk kulit bayi yang sememangnya sensitif.  Pada masa yang sama, lampin kain moden ini lebih menjimatkan kerana boleh dipakai selama tiga tahun. Untuk permulaan, seseorang bayi itu memerlukan enam hingga tujuh helai lampin kain moden.
Namun, sekiranya anda lebih selesa anak menggunakan lampin pakai buang, anda hanya perlu membeli satu pek lampin bersaiz kecil iaitu untuk bayi baru lahir. Tetapi, anda perlu juga menyediakan lampin pakai buang bersaiz ‘S’ sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya bayi yang lahir itu besar.
Tidak kira sama ada lampin kain moden atau lampin pakai buang, berikut adalah kelengkapan yang perlu disediakan.
  • Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
  • Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
  • Tisu basah
  • Alas atau pelapik untuk menukar lampin
  • Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)
Set mandian
 
Kulit bayi sangat sensitif. Mungkin ada produk mandian bayi tidak sesuai untuk kulit mereka. Oleh itu, anda disarankan agar hanya membeli pek percubaan atau pek kembara untuk melihat kesesuaian produk tersebut dengan kulit bayi anda. Sekiranya sesuai, barulah membeli pek yang lebih besar.
Untuk membersihkan tubuh bayi anda, dapatkan barangan seperti di bawah ini:
  • Besen mandi bayi
  • Tuala mandi
  • Tuala muka
  • Cecair mandian
  • Syampu
Set penjagaan bayi

Bagi memastikan bayi anda sentiasa bersih dan rasa selesa, ada beberapa barangan kelengkapannya perlu disediakan. Barangan tersebut ialah:
  • Losen bayi
  • Minyak bayi
  • Bedak bayi
  • Sikat atau berus rambut
  • Minyak telon
  • Alat pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Krim ruam lampin
  • Termometer digital

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Ahad, 20 Oktober 2013

Khasiat buah Delima Bagi Ibu Mengandung..



Selamat Sejahtera

Hari tu dah ada pos pasal suami belikan buah delima dan jus delima..Tapi saya tak nyatakan pula kebaikkannya..Jadi sekarang saya nyatakan kebaikan buah delima ini ya...
 
Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung

Buah delima  Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir. Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi. Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.

Tip memilih buah delima

Ketika membeli buah delima, pilih buah delima yang berat dan kulitnyer bersih tampa cela wah memang segar betulla dan kulit  tak merekah-rekah. Buah Delima boleh tahan selam a 6 bulan kalau disimpan dalam peti ais…lamakan..Untuk makan buah delima terlebih dahulu kopek kulitnyer  dan hiris kulitnya dari atas ke bawah pada tiga atau empat bahagian. Dan mulakan aktiviti mengutil  isi buahnya ke dalam mangkuk.dan nikmatinyer keenakannyer…..

Fakta mengenai Buah delima

Turut ditanam secara meluas di Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki serta kawasan lebih kering di Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan tropika di Afrika. Delima dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Delima kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus. Di Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada September sehingga Februari, manakala di Hemisfera Selatan, musim buah delima bermula dari Mac sehingga Mei. Saiz buah delima matang sekitar 7-12 sentimeter diameter, bergantung kepada pelbagai jenis dengan bentuk bulat heksagon. Berkulit tebal warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar...

# sering lihat pokok delima ni banyak terdapat di rumah orang-orang Cina kan..Kenapa agaknya ya???
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Rabu, 4 September 2013

Wordless Wednesday...



Selamat Sejahtera...

Diam-diam aku dah 5 bulan 1 minggu ataupun  21 minggu...
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Selasa, 3 September 2013

Terfikirkah aku nak bersalin dalam air...


Selamat sejahtera...





Mmmmm..tak terfikir lagi nak bersalin dalam air...Jom lah baca info ni sikit ..Sebab kat negara kita ni masih tak ramai yang tau pasal ni..Yang dah buat pun yang saya tau ialah Dr. Halina iaitu isteri angkasawan negara kita tu... Ingin mengetahui lebih lanjut carilah di you tube video2bersalin dalam air nie..

Sejarah kelahiran bayi di dalam air ini, ia bermula pada tahun 1960-an apabila seorang penyelidik dari Rusia, Igor Charkovsky melakukan kajian tentang kebaikan kelahiran di dalam air.  Pada penghujung tahun tersebut, seorang pakar perbidanan dari Perancis, Frederick Leboyer mencuba kaedah kelahiran dalam air untuk membiasakan bayi yang sebelum ini berada dalam uri. Seorang lagi pakar perbidanan Perancis, Michel Odent, menambahbaikkan lagi kajian Leboyer dengan menggunakan kolam bersalin sebagai salah satu cara mengurangkan rasa sakit bersalin. Odent jugamengkaji kebaikan bayi yang dilahirkan dalam air dan pada penghujung tahun 1990, ribuan bakal ibu telah memilih untuk bersalin di Pusat Bersalin Odent di Pithivier dan sejak itu, kaedah bersalin di dalam air mula digemari. Kini, kaedah bersalin di dalam air menjadi satu perkara yang biasa di United Kingdom dan Amerika Syarikat.

 Ramai yang mempraktikkan kaedah ini mengakui bersalin dalam air lebih merehatkan dan umpama spa yang memberi kelegaan serta ketenangan fikiran.Di Malaysia, kaedah ini tidak begitu diterima rakyat Malaysia memandangkan ia agak bertentangan dengan adat dan budaya sesetengah kaum di negara ini.Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas. 

Kondisi seorang ibu pula mestilah sihat, tidak mempunyai penyakit lain sepertitekanan darah tinggi atau kencing manis. Ibu juga bebas untuk memilih cara paling selesa untuk bersalin dan tubuh mereka akan berasa ringan kerana apungan air. Jadi mereka boleh bertinggung, melutut dan sebagainya mengikut keselesaan mereka ketika waktu bersalin.

 Malah, suami juga boleh turut sama berada di dalam kolam untuk memberi sokongan kepada si isteri.Apabila bercakap tentang kelahiran di dalam air, ramai yang menggeleng kepala kerana membayangkan risiko bayi akan lemas di di dalam air selepas dilahirkan. Ramai yang bertanggapan bahawa kemungkinan bayi yang dilahirkan akan lemas di dalam air. Tanggapan tersebut salah kerana bayi yang baru dilahirkan tidak akan bernafas untuk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor. 

Bagi yang menganggap geli kerana kolam akan berlumuran darah juga perlu membetulkan tanggapan tersebut kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja. Air di dalam kolam bersalin akan bersih sahaja dan uri ibu biasanya akan dikeluarkan oleh bidan atau doktor selepas dia keluar dari kolam. 

 Antara pusat perubatan di Malaysia yang memperkenalkan teknik kelahiran dalam air ini adalah Pusat Perubatan Pantai di Bangsar, Kuala Lumpur. Sebanyak 2 kelahiran telah berjaya disambut setakat ini. Pakar perbidanan dan kelahiran, Pusat Perubatan Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur Dr. Choong Kuo Hsiang berkata, di Malaysia, kaedah ini tidak begitu diterima rakyat Malaysia memandangkan ia agak bertentangan dengan adat dan budaya sesetengah kaum di negara ini. “Memang ada permintaan untuk kelahiran cara ini di Malaysia tetapi kebanyakan yang memilihnya adalah wanita Inggeris yang menetap di Malaysia kerana mengikut suami bertugas di sini,” jelasnya ketika ditemui di kliniknya di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Justeru, katanya, Pusat Perubatan Pantai telah merasmikan pusat kelahiran air yang pertama di Lembah Klang awal tahun ini. Sejak dari tarikh tersebut sebanyak tiga percubaan melahirkan anak di dalam air, namun hanya dua yang berjaya dilahirkan dengan kaedah ini. Pun begitu, segalanya terpulang kepada pilihan pasangan itu sendiri. Proses kelahiran, sama ada di dalam air mahupun di luar air masing-masing merupakan satu proses yang cukup kompleks. Pastinya terdapat kemungkinan berlakunya komplikasi, dalam mana-mana cara sekalipun.

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Isnin, 2 September 2013

Buku Pink...eh..eh...Merah @ Buku Antenatal



Selamat Sejahtera...

Ini lah Buku Pink@Merah tu,..


Hai ibu-ibu hamil dan buat ke buku pink tu?? Dulu2 masa 1st anak saya buku tu di buat apabila kandungan mencapai usia 3 bulan kini buku pink tu mesti dibuat setelah disahkan hamil...Ikut perbualan saya bersama kakak2 misi buku tu mesti segera di buat sebab banyak kes2 kematian bayi dalam kandungan kerana ramai ibu2 muda yang tidak menitik berat pasal kehamilan mereka.. Ok jom saya story sikit apa yang saya tahu pasal buku pink ini..

Jika dilihat pada buku pink saya tu anda akan lihat ada stiker hijau kan hah..itu adalah kod pelekat berwarna mengikut risiko pada ibu hamil..saya memang akan mendapat stiker hijau lah antara sebabnya ialah berat ibu hamil <45kg, sejarah pembedahan caesarean, berat badan lebih 80kg dan banyak lagi sebab2nya tapi yang lain tu tak berkaitan dengan saya.. selain stiker hijau ada juga stiker merah, kuning dan putih..

Antara kandungan yang akan di catat setiap kali ke klinik kesihatan ialah pemeriksaan tekanan darah, hb, kandungan gula, berat badan dan nurse akan mencatat nasihat2 untuk kita patuhi. Pendek kata buku ini amat penting lah. Jika anda ibu hamil sulung maka buku ini harus disimpan dengan baik2 apabila sudah bersalin nanti kerana apabila anda mengandung anak ke dua buku yang pertama akan dirujuk untuk melihat sejarah kelahiran dan kehamilan yang dulu.. Dan yang lainnya masa dulu2 tahun 2004 apabila kita berpindah pusat kesihatan dua2 salinan iaitu salinan nurse di KK dan buku kita akan di bawa pindah kini tidak lagi. Kita hanya perlu membawapink kita sahaja..buku salinan tak boleh dibawa lagi..sampai klinik kesihatan nurse yang baru akan buat yang baru pula..


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Ahad, 1 September 2013

Ibu hamil dan bahaya di sekelilingnya...


Selamat Sejahtera...

Apabila menjadi ibu hamil benyak perkara yang perlu kita elakkan tetapi kadang-kadang ada juga yang tak dapat kita elakkan dan menyebabkan kesihatan kita terjejas...Di sini saya nak kongsi sedikit ilmu yang mungkin akan membantu kita menjaga diri sebaiknya...

PRODUK PENGGUNA
- Cat minyak, tinner, produk aerosol, pemutihan, pembersih lantai, penyegar udara dan pembersih kaca..


Kebanyakkan produk yang saya nayatakan ini akan menyebabkan gangguan pada bayi dalam kandungan. Bahan yang terkandung dalam produk tersebut mengandungi bahan kimia yang tinggi akan menyebabkan kecacatan pd bayi, berat badan akan berkurangan, lahir tidak cukup bulan atau keguguran mungkin berlaku.
 Bagi produk pembersihan akan menyebabkan bayi mengalami kecacatan atau kelainan pada saraf terutama saraf mental.Begitu juga dengan anggota badan. Bayi yang terdedah kepada bahan kimia akan berisiko untuk mengalami kecacatan anggota..

PRODUK KOMESTIK
- kRIM PEMUTIH, PEWARNA RAMBUT, UBAT JERAWAT


Penggunaan bahan pemutih pada kulit akan menyebabkan kecacatan pada bayi. Bahan pemutih yang mengandungi raksa(merkuri) itulah yang menyebabkan masalah ini. Dan yang paling penting saya cadangkan agar ibu hamil membatalkan sahaja niat untuk mewarna rambut. Hal ini kerana bahan kimia yang terkandung dalam pewarna rambut akan membahayakan anda dan bayi.. Manakala ubat jerawat pula ibu hamil digalakkan untuk berhenti menggunakannya dan produk tersebut boleh disambung semula apabila sudah selamat melahirkan..

PELARUT ORGANIK
-bahan kimia yang selalu digunakan di kilang seperti di kilang pencetakan, kilang tekstil, kilang membuat kosmetik, makmal penyelidikan dan sebagainya...

Akan menyebabkan masalah kematian bayi semasa dalam kandungan, kecacatan pada bayi, keguguran, kelahiran pra-matang, bayi dilahirkan tidak cukup berat, tahap kesuburun ibu menurun


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Isnin, 22 Julai 2013

HEMOGLOBIN ( hb) KETIKA HAMIL


Selamat Sejahtera.

Saya rasa ramai yang tidak tahu apa kepentingan hemoglobin (Hb) ketika hamil. Saya dulu juga tidak tahu apa kepentingannya dengan Hb ni masa hamil anak sulong tetapi saya tak ada masalah Hb low mungkin salah satu sebab masa hamil saya makan apa sahaja. Tapi semasa hamil anak kedua, sekarang ni saya sangat takut kalau terkena masalah Hb low jadi saya pun berusaha untuk mengekalkan Hb ni..
Sebenarnya kebanyakan ibu mengandung mengalami kekurangan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan Hb ini.. Dan kekurangan itu berpunca dari NUTRIEN seharian yang di ambil yang kurang mengandungi zat besi.. Hb yang baik semasa mengandung ialah (>11g/dl).


Jika Hb kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang-kadang akan mengalami sesak nafas, pening-pening dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rasa berdebar-debar (palpitation). Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru-paru, buah pinggang dan boleh membawa maut.

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

komentar Terbaek

Get widget here
Copyright© All Rights Reserved Pinangdansireh.Blogspot.Com