Selasa, 11 Ogos 2009

tema hari kemerdekaan ke 52



Tema hari kemerdekaan ke 52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan...Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Ahad, 9 Ogos 2009

orang asli yang lupa asal-usulnyer...

minggu lepas aku gi kem 1 malaysia...jumpa lah ramai kawan2 yg baru..ader banyaklah dapat kwn2 baru dari kaum melayu,cina dan india...maklumlah kem 1 malaysia..
kisahnyer bermula mcm nie...aku telah terjumpa seorang rakan lama..tapi tak rapat lah setakat tau kelas n asal usulnyer jer..nak mulakn cerita aku pun sembang ngan dia pasal kwn2 lama kat maktab dulu n dia tanyer aku ngajar kat mane..n dia kenal jugak ngan ckgu sek aku..cikgu sek aku lak tak kenal dia....jadi ckgu sek aku tu nmpk aku sembang ngan dia jd dia tanyer budak maner..aku ckplah..bla..bla..rupa2nyer ckgu sek aku nie glamour. org ramai kenal dia,dia lak tak kenal ngan org..
bila ckgu sek aku tanyer aku citer lak kat die..die tu org asli tapi dah menganuti agama islam..pas tu ckgu sek aku nie pun bersembang plak ngan dia..dia boleh tak ngaku dia org asli....ckgu sek aku dtg smla kat aku ckp dia bkn org asli dia melayu..aku pun ckplah aper yg aku tau..ckgu sek aku tak puas ati dia tanyer lagi..last2 budak tu ckp dia org asli....ckgu sek aku ckp dia malu2 nak cakap..heeh geram betul aku..sepanjang program berjalan aku nampak dia mcm lari jek dari aku n pas tu dia langsung tak tegor aku...so tu lah citer nyer org yg dah lupa asal usulnyer...boleh sumpah jd kereta tu klu na ikut cerita si tanggang.
kesimpulannyer, aku dapat ramai kwn walaupun aku hilang seorg kwan..he...he..antara yg aku kenal masa kem ialah kak sal,kak ina, ckgu mimi, ckgu tan, suzy, shu ngoh, ckgu wong, ckgu sara / sharala, ckgu vasanthi n ramai lagi..yg best aku jek yg slalu menyebuk kat khemah dorg..msuk khemah dorg sembang2 ngan ckgu2 sek tamil n siap selesaikan masalh dorg lagi.pas tu menyebok kat khemah ckgu melayu lak siap di pelawa agar menganuti agama mereka plak.. n aku siap tidur sekhemah ngan ckgu cina..tu lah pengalaman aku yg best... aku kan freethinker...
*p/s; sebenarnyer aslkan kita pandai bw diri dan menjaga tingkah laku agar semua org senang dgn kita..

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Jumaat, 7 Ogos 2009

Prof.Dr Juli Edo


Adakah anda mengenali Prof Juli Edo...beliau ialah seorang pensyarah yg kini berkhidmat di UM..saya mengenali beliau ketika belajar di Maktab Perguruan.Beliau telah datang ke maktab kami untuk memberi ceramah lagipun saya ada berkawan dengan anak saudaranya ketika di Maktab iaitu Ellysonza...


Profesor Dr. Juli Edo adalah antara sekelumit suku kaum Orang Asli di negara ini yang berjaya dalam pendidikan. Profesor di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya ini menjadi bahan ucapan setiap kali ceramah berkaitan dengan anak-anak orang asli untuk dijadikan sebagai Contoh..


Pada 1981, Juli dari suku kaum Semai ini melanjutkan pelajaran ke UKM di Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan (FSKK). Dia adalah antara pelajar Orang Asli terawal di negara ini yang melangkahkan kaki ke menara gading.


Apapun, syabas saya ucapkan kepada Prof Juli Edo. Semoga dia terus menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak Orang Asli di seluruh negara.


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

komentar Terbaek

Get widget here
Copyright© All Rights Reserved Pinangdansireh.Blogspot.Com