Selasa, 8 September 2009

aktiviti aku pada cuti yg lalu..

Dah lama rasanyer aku tak ngadap benda nie...sibuk skit dgn aktiviti kekeluargaan ... kuar mancing, menjala, kuar ronda2 n lik kg..maklumlah start dr ari kemerdekaan ari tu sampai skrg cuti nyer asyik 3 ari jek..cuti luar biasa tu..
28hb.Ogos.2009
Biasalah bila cuti aku n kuarga ku kuar ronda2 pekan sg besar ni...kbtlan cuti sek ari tu adik ipar aku dtg...so aku kenen2 suami aku ajak gi Lumut n lepak2 kat Teluk Batik..yg tak bestnyer gi bln puasa nie..1 kedai yg jual maknan hasil laut nie tak der yg bukak..
29hb.Ogos.2009-31hb.Ogos.2009
Ingt tak nak lik kg tapi entah antu aper yg merasuk nak sangat blik kg..dah tu dlm pejlanan lak tiba2 rasa mcm x nak lik kg plak..so kami pun melencongkan pjalann kami singgah di sekinchan membeli selimut( TOTO 4d) pas tu gerak ke kuala selangor..smpai kuala kami lencongkan sekali lagi ke Batang Berjuntai plak..kali nie singgah beli aiskrim plak..( Magnum). pejalann kami perlahan jer tak mcm biasa..slalu meter kelajuan akan menunjukkan 130/140 kalau nak lik kg.. dah sampai kg menyesal jugak coz ajak suamiku blik kg sebab dia dapat sms kena naik keje belah malamnyer..alamk.. nyesal tak sudah aku..penat blm abis nak lik keje smla..dah lah pejalanan ambil masa 4/5 jam..nyesalnyer.......
penghargaan: tq buat en saipul yg tolong cover keje suami aku yg kene roadblock mlm tu.
1hb.09.2009
setelah melantak aku pun kemas2 siap n kami dari kg bertolak pada pukul 10.30 pagi..kami selamat sampai kat Sg.besar pukul 2.30 petang n terus gi bazar ramadan beli makanan...makan..tidur...bangun kul 8.00 mlm tgk berita n seterika baju nak gi kerja esokknyer..

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Jumaat, 21 Ogos 2009

keratan akhbar..tanah adat kg aku musnah di ceroboh

TEMERLOH: Orang Asli Rompin berjaya mendapatkan perintah sementara berbentuk penghalangan dari Mahkamah Tinggi Temerloh pada 27 Mac (Jumaat) dalam dua kes berbeza melibatkan pencerobohan ke atas tanah-tanah adat mereka.
Keputusan kedua-dua kes Orang Asli ‘lawan’ Kerajaan Malaysia ini diputuskan dalam kamar Mahkamah Tinggi Temerloh.
Menurut peguam Datuk M. Ramachelvam, bagi kes di Tenggalung dan Sungai Buan, Rompin tiga pemohon iaitu Batin Majid Jaafar dan dua penduduk kampung iaitu Jantong Duka dan Rosman a/l Imat telah mendapat perintah larangan sementara terhadap Tabung Haji Plantation (TH) yang dikatakan menceroboh tanah adat mereka untuk aktiviti pertanian.
Dengan demikian pihak kontraktor tersebut tidak boleh berbuat apa-apa di atas tanah bekenaan.
Keputusan sebenar akan diputuskan pada 29 Jun nanti sementara dalam tempoh itu peguam kedua pihak akan mengadakan ujian bertulis.
Peguam pihak Orang Asli bagi kes ini ialah Ramachandran, Ahmad Nizam Hamid dan Mohd Izhan Razali. Sementara responden pula ialah Pengarah tanah dan Galian Pahang, Kerajaan Negeri Pahang, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan Krajaan Malaysia.
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Khamis, 13 Ogos 2009

BANGUNLAH BANGSAKU

Wahai bangsaku…..
Sedarlah dari lenamu itu. Pada masa kini semua bangsa lain sedang berlumba-lumba untuk meningkatkan ekonomi keluarga sendiri tetapi orang kita masih bergelak ketawa dengan hiburan yang sentiasa ada..Mengejar joget disini sana sehingga ke pagi menyebabkan semua kerja tergendala. Meneguk arak seperti air setiap hari itu haruslah dihentikan bangsaku..Hentikan lah sikap meminum arak itu. Arak itu merupakan punca bagi segala penyakit. Percayalah penyakit malas akan menular apabila kepala telah berpusing dan menyebabkan kita tidur dari pagi hingga ke malam. Sedar dan insaflah..


Wahai bangsaku..
Sedarlah dan bangunlah dari mimpimu itu..jangan lena lagi dengan buaian mimpi bantuan yang akan diberikan oleh kerajaan..bantuan yang dicanang itu hanyalah sekadar mengaburi mata kita. Oleh itu, bangsaku sekalian…bangkitlah. Jangan terlalu mengharapkan sangat terhadap bantuan yang dijanjikan kita kena berubah dan merubahkan keadaan menjadi lebih maju ke depan.


Wahai bangsaku..
Sedarkah kita bahawa ramai yang memandang rendah masyarakat kita. Mengapa? Fikirlah bangsaku andai kita bangun dan cuba berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan bangsa lain pasti kitatidak diperlekehkan dan menjadi tanggapan negatif bangsa lain. Jangan leka dibawa arus kemodenan dan kesenangan. Dan tuntutlah ilmu setinggi langit agar mereka menganggap kita sama taraf dengan mereka malah lebih tinggi dari mereka. Berhentilah bermimpi dan bangunkan bangsa sendiridi mata dunia. Sedarlah pada masa ini hanya pendidikan yang boleh mengubah gaya hidup masyarakat kita dengan pendidikan kita mampu buat apa sahaja..sedarlah jangan kita masih duduk dibawah kempompong kebodohan lagi..


Wahai bangsaku….
Mana yang telah terjaga dari lena…Bantulah bangsa kita yang masih tidur agar kita sama-sama mengecapi kenikmatan hidup ini. Mengingatkanlah kepada bangsa kita yang lain agar memberi pendidikan kepada anak-anak. Hanya dengan pendidikanlah sesuatu bangsa akan mampu mengubah gaya hidup.

Wahai bangsaku ……
Mana yang telah sedar janganlah kita membongkak diri..seandainya suara kita sudah boleh di dengar hingga ke atasan jangan pula kita menjadi kacang lupakan kulit..Walau seteruk mana jabatan pengurusan masyarakat kita janganlah kita melupakannya…walau sekecil mana bantuan yang dihulurkan bersyukurlah dari bantuan yang kecil itulah menjadikan kita sedikit sebanyak berubah… Kejayaan kita adalah hasil usaha yang disalurkan oleh jabatan. Belajarlah bersyukur dan bukan menempelak atau menghentam jabatan yang banyak membantu bangsa kita.


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

komentar Terbaek

Get widget here
Copyright© All Rights Reserved Pinangdansireh.Blogspot.Com