Ahad, 28 Jun 2009
seManGat huTan....
hah...tu lah ceritanya....kini aku sambung semula..pada pagi yg sejuk itu aku terjaga disebabkan cuaca yg dingin sehingga menusuk ke tulang....( sampai rongga tulang lah blh dikatakan) yang menyebabkan kaki ku mengalami kekejangan..itu lah masalah aku..bila sejuk jer kaki aku akan jadi kejang..aku bangun mengurut kaki ku..aku lihat jam di phone rupa2nya sudah pkul 7 pagi patutlah aku dgr suara riuh-rendah ayahku bersembang dgn adik2ku..aku bersyukur aku slamat pada malam itu dari musuh2 yg terdapat di dalam hutan..aku lihat emak aku sudah pun menghidupkan api untuk menjerang air. pagi itu kami breakfast sandwic n maggi..lihatlah gambar2 kat dlm blok aku ni..anak aku n pakcik2 n abg saudaranya makan kat khemah.. anak saudara n ayah aku posing sedang membersihkan bulu kancil yang dapat mlm tu..
selepas itu kami pun bersiap untuk mengambil durian.. suamiku mengikut adikku memungut durian aku pula mengikut ayah dan ibuku memungut durian di tempat yg jauh dari khemah kami.. kami ke tempat tersebut menaiki pacuan 4 roda ayahku...
Label:
cuti-cuti
Selasa, 23 Jun 2009
PeNgalamaN yg Tak KuLupAkAn
Sabtu lepas abis jer Ladap pkul 11.30 n aku bergegas ke rumah kerani sek aku coz dia buat kenduri kawin anaknyer yg sulung. selepas itu aku pun balik bersiap2 ala kadar lalu aku n familyku menaiki Waja WMT 8056 meluncur laju ke arah selatan...perjalanan kami bermula pada pukul 12.30 dan sampai di destinasi pd pukul 5 ptg iaitu di kg segamat kecil, Segamat.
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^
Dengan perasaan yg tidak sabar kami mengeluarkan barang dr kereta lalu memindahkan ke dalam Land Cruise..tak sabar sungguh untuk menyambung smula perjalanan ke dalam hutan yg hanya boleh dilalui oleh motorsikal dan pacuan 4 roda sahaja.. sepanjang perjalanan kami melalui bukit yg tegak dan jalan yg curam serta gaung yg dalam...sampai di tapak perkhemahan pada pukul 6.00 petang dengan guruh yg berdentam-dentum menyambut kehadiran kami sekeluarga... oh indahnya... kini aku datang lagi ke dalam hutan yg terletak dusun buah-buahan moyangku.
Kami pun segera memasang khemah manakala emak,kakakku n anak saudaraku sedang memasak untuk makan malam kami....manakala pakcik aku juga bersiap2 n mengemaskan barang2 untuk di bawa memburu malam nanti...perkara pertama yg kami lakukan ialah mandi lah apa lagi... mak oi...sejuknyer air mcm mandi dalam ais plak tapi itu lah yg sentiasa menjadi ingatan bila berada jauh dari kg.malam itu sementara menunggu pak cik n adik ku berburu kami di kaw khemah berbual2 n masa2 mcm ni lah ayahku suka bercerita mengenai hidupan2 didlam hutan dan pengalamannyer yg berkerja di dlam hutan...kami tidur dalam suasana yg sangat dingin kerana angin yg bertiup dan keadaan di dalam hutan sememangnyer sejuk..
sebelum masing2 tidur ayah berpesan supaya jgn memadamkan lampu yg di sambung dengan bateri pacuan 4 roda ayah dan membuat unggun api supaya haiwan2 buas dapat mengetahui kehadiran kami dan menghidu bau asap api.. mndengar pesanan ayah membuatku rasa takut untuk keluar dari khemah untuk membuang air....lagipun kesan2 tapak kaki harimau banyak dijumpai dan kesan tahi gajah yang masih baru di kaw berhampiran.
Label:
cuti-cuti
Langgan:
Catatan
(
Atom
)