mak n ayah ku.. |
Sedarlah tidak ternilai semua yang ibu lakukan kepada kita sejak kita kecil.... ibu mengandung kita selama 9 bulan, berjaga malam kerana menjaga kita, air mata yang menitis kerana risau memikirkan keadaan kita semasa sakit, menyediakan makan minum, pakaian dan keperluan kita termasuklah tunjuk ajar dan nilai kasih ibu beri dengan percuma. Wahai semua, dalam kesibukan dengan dunia kita ini..SEDARLAH. Saat bersama ibu bapa kita tak akan berkekal untuk selama-lamanya. Kasihlah mereka, belailah mereka, layanilah dan fikirlah betapa susah payah mereka melayan kita tatkala kita kecil dahulu.
Ungkapkanlah perkataan sayang dan cinta pada ibu bapa kita sementara peluang untuk bersama mereka masih ada. Jangalah kita terkilan dan terkedu andai peluang yang kita ada itu pergi buat selama-lamanya......
P/S- Bukan wang ringgit yang dipinta cuma kasih sayang serta belaian anak-anak yang telah dibesarkan dari sebesar 2 jari..
0 000 yang comey :
Catat Ulasan
terima kasih...