Isnin, 30 Disember 2013

Kegembiraan Muncul dalam kesedihan...


selamat sejahtera....

Dalam kesedihan kehilangan baby dan masih sakit dan sering keluar masuk wad, aku dapat berita yang menggembirakan.. Permohonan pindah sekolah aku telah di luluskan. Aku yakin bahawa permohonan aku ini berjaya kerana pada hujung minggu orang PPD Petaling Perdana call aku untuk memberitahu hal ini.. Aku pun pelik jugak kenapa hujung minggu orang PPD masih bertugas atau adakah aku telah di Prank... ooo rupa2nya memang betul orang ppd telah menjlankan tugas mereka di hujung minggu.. Terima kasih sangat kepada Encik ??? ya yang telah menelefon saya pada hari tu...

Ni masa orang PPD call...

Ni keputusannya...



Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Sabtu, 28 Disember 2013

Redha...babyku pergi jua...


Selamat sejahtera...

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk mencabut alat bantuan pernafasan yang dipasang pada baby..  Pada malamnya aku menelefon ibu dikampung untk memberitahu keputusan kami. Ibu dan ayah menyokong jika sudah itu takdirnya. Cuma masalah kami tak kuat semangat untuk mendukung baby untuk di bawa pulang ke kampung. Jika aku dan suami sudah tentu sepanjang perjalanan kami akan menangis.. Maka ayah bersetuju untuk datang ke JB dari Pahang untuk membantu membawa pulang babyku.. Keesokkan paginya kami berjumpa dengan doktor yang bertugas.. Doktor yang bertugas memberi penerangan kepada kami.. Aku memang tak boleh bercakap sepanjang berjumpa doktor..hanya tangisan sahaja yang mampu aku keluarkan.. setiap penerangan doktor aku dengar dengan teliti dan tangisan..Doktor ada bertanya adakah kami ingin menunggu semasa proses mencabut oksigen,adakah aku mahu mendukung baby terlebih dahulu.. Kami menolak setiap untuk melihat proses mencabut oksigen dan mendukung baby.. Aku tak kuat untuk melakukannya.. Akhir pada jam  11.15 pagi baby pergi meninggalkan kami...Jam 1petang segala urusan di bilik mayat selesai...Kakak sulungku yang mendukung baby untuk dibawa pulang ke kampung.. Aku tidak menangis sepanjang perjalanan cuma ketika sampai di kampung apabila ramai sanak saudara dan keluarga mertuaku mula memenuhi rumah..



Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Jumaat, 27 Disember 2013

Babyku Kritikal.....


Selamat Sejahtera...

Sepanjang tempoh di wad sebelum boleh keluar aku tak sanggup nak pergi melawat baby lagi...Suami yang tabah dan yang banyak memberi kekuatan untukku.. Suami yang kerap melawat baby.. suami kata baby comel dan tembam..walaupun lahir 8 bulan tapi baby dah berat 2.63kg.. Suami kata kalau cukup bulan sah berat dia macam abang dia masa lahir iaitu 3.95kg..... 23hb November aku dah boleh keluar wad hanya baby yang tak boleh keluar.. Kami menumpang di rumah adik saudara yang bekerja di Kempas, di Taman Sinar Harapan Tampoi..  Baby mengalami masalah jantung, paru2 dan doktor kata baby tak boleh bernafas dengan sendiri kerana kepala baby ada sedikit keganjilan... Kepala baby macam kembar..doktor pun tak pasti berapa peratus otak yang ada di kiri dan kanan kepala..sama ada otak atau air..doktor tak dapat nak bawa scan kerana baby menggunakan alat bantuan pernafasan sepenuhnya... setiap kali suami datang melawat doktor sudah memberi tahu baby amat kritikal..ubat yang paling maksimum pun baby masih lemah dan tak boleh bernafas.. doktor kata hanya masa yang akan menentukannya...

semasa saya sudah boleh keluar dari wad saya kuatkan hati untuk pergi melawat baby...sampai disana hanya deraian air mata yang mampu saya lakukan.. sedih tengok baby yang dipenuhi wayar dan menggunakan alat bantuan pernafasan...baby tidak bergerak...matanya di tutup.. jika dilihat fizikal baby memang cukup sihat..tidak seperti anak orang lain di dalam nicu yang kecil dan halus.. baby saya sudah cukup besar.. sedihnya....
doa rakan2 untuk baby...

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Khamis, 26 Disember 2013

Kisahku yang sedih..part 2...



Selamat Sejahtera....

sambungan ......Part 2....Bersalin....

6.00 petang : Ambulan membawa aku ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.. Dalam ambulan tak boleh tidur pun..Still keluar air setiap kali kena ambulan melalui jalan2 yg rosak... risau suami dah follow ambulan belum... Rasa kesian kat suami kerana penat memandu dari shah alam ke segamat pas tu kena ke JB plak...
Dugaan dah bermula...

9.30 malam : tiba di HSI... masuk bilik saringan... Doktor cek2 dan buat apa yang patut..memandangkan baby songsang doktor ambik keputusan operate...  Suami dah sampai jugak... doktor nak jumpa suami... sains borang2 nak operate dan cerita pasal risiko bersalin operate..  Bagi yang tak pernah kena operate tu meh sini duduk dekat2 sikit saya story.... macam nie sebelum operate biasanya misi2 akan uruskan seperti mencukur bulu tu pun kalau bulu kemaluan masih belum di cukur, kemudian misi akan memasukkan paip air kencing..aduh..pedihnya bila paip dan beg air kencing dimasukkan...rasa macam nak terkencing pun ada.. lepas tu kita akan di tukarkan dengan pakaian yang lain yang sesuai untuk pembedahan... lepas tu macam biasa, sy akan di sorong ke bilik pembedahan.. Masa ni suami boleh mengiringi lagi.. sempat jumpa suami lagi.. bila dah masuk bilik pembedahan saya dah mula menggigil kesejukkan sebab kita sebenarnya memakai baju yang hanya menutup badan sedikit sahaja..Dalam bilik pembedahan doktor akan suruh kita membongkok betul2 sebab doktor nak bius di tulang belakang.. lepas tu aku tak sedarkan diri pun... Semasa proses pembedahan aku hanya sedar sekejab2 sahaja tu pun sebab misi2 tu kejutkan dan bertanyakan soalan.. Aku dalam keadaan mamai menjawab apa2 soalan yang ditanya...  Kat situ jugak aku terdengar bunyi baby aku menangis.. Sedihnya dengar suara baby... Tapi doktor tak tunjukkan jantina baby pada aku.. dulu masa anak sulung doktor tunjukkan jantina... Rupa2nya doktor membawa baby ke NICU dan doktor telah memberi penerangan segalanya pada suami...

1.30 pagi : keluar dari bilik pembedahan.. selesai pembedahan aku di berikan baju panas... selama setengah jam di tempatkan di tempat khas bagi proses pemulihan kerana kesejukkan setelah pembedahan... Disorong semula ke wad biasa... Dapat jumpa suami semula..Leganya suami masih setia menunggu di luar bilik pembedahan... Suami mengikut menghantar barang2 ke wad.. lega baru dapat minum air setelah berpuasa kerana nak pembedahan.. Tetapi aku last makan pun jam 8.00 pagi masa di kampung.. Sarapan pagi tu nasi goreng dan mak bagi lauk pelanduk bakar.. Pelanduk tu dapat semasa ayah memburu malamnya tu...

Antara doa kawan2.....tq semua...


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Rabu, 25 Disember 2013

Kisahku yang sedih...20/11/2013..


Selamat sejahtera...
Dah lama tak update blog ni..sunyi sekejab duniaku..hari ni nak story semula lah cerita2 yang telah berlalu..Inilah antara coretan duka aku..
Lokasi: rumah ladang di keratong 6..
9.00 mlm: tidur
21/11/2013
1.30 am  : terkejut dr tidur kerana tiba2 ada air keluar..dengan jumlah yg banyk.. aku mula risau lalu mengejutkan ibu dan kakak..
Ayah dan org lelaki tiada di rmh kerana keluar memburu.. baby tidak mengeras mcm nak bersalin so aku tak risau..masih blh bertenang walau air keluar bagai dicurah2..
4.00 am : ayah balik..ibu menyatakan kerisauan, memandangkan tidak berasa sakit kami meneruskan tidur..aku tidur dgn kain yg basah kerana air keluar setiap kali aku bergerak..
8.00 pagi : bergegas keluar..kakak dan abg ipar akan menghantar ke klinik di segamat.. ontheway ke segamat boleh singgah di cybercafe untuk print slip gaji sbb jd penjamin ayah untuk membeli kereta.. baru rasa baby mengeras 5 minit sekali..air still keluar tapi buat cool..
1.00 tengah hari : klinik suruh segera ke hospital kerana ada keluar air ketuban..doktor scan baby songsang..segera tel suami suruh balik...
1.30 : masuk wad..doktor melakukan penyiasatan..bincang2..doktor scan dan dapati baby ada masalah...doktor kata masalah serius.. aku akn di hantar ke hospital sultan ismail, jb dari segamat...jauhnya...
5.30 petang : suami sampai di hospital..doktor berbincang dengan suami..suami pun setuju..pukul 6 aku bergerak menaiki ambulan ke jb...
Sambung lagi.....
catatan fb encik suami...


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Jumaat, 8 November 2013

Apa punya Sistem Pengurusan Sekolah...(SPS)



Hai...Selamat sejahtera....

Hari ni nak story pasal salah satu sistem yg dikendalikan oleh kementerian...Bukan pasal sistem yang lembab macam SPPBS tetapi Sistem Pengurusan Sekolah atau SPS. Sistem tersebut yang membuatkan saya tidak berpuas hati..

Lihat pada kategori Bangsa tersebut saya pun naik pelik yang mana 1 harus saya pilih..sama ada saya harus memilih Orang asli semenanjung atau Jakun... Lepas tu ada pulak kategori sakai..Dari mana datangnya bangsa sakai ni ya..Saya tak mengaku jika ada yang mengatakan orang asli itu sakai..Malah saya akan kategorikan sesiapa sahaja yang buruk perangainya yang melebihi "hantu" atau "syaitan" itu ialah sakai,, Tak kiralah di kaum apa sekali pun..

Masalahnya kenapa lah dorang yg membuat sistem ini tidak menyenaraikan 18 suku yang terdapat dalam masyarakat orang asli tu ya..Hanya memilih beberapa suku kaum sahaja dan meletakkan kumpulan yang besar.. Ni mesti dorang tak belajar sejarah Malaysia nie...
Add caption
Oklah malas nak story panjang2 buat sakit hati dan jiwa sahaja...
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Selasa, 22 Oktober 2013

Persiapan Menyambut Bucuk Mama dan Papa..





Selamat sejahtera...


Persiapan Menyambut Bayi Baru

Menyediakan barangan kelengkapan bayi adalah pengalaman yang sangat mengujakan bagi ramai ibu bapa baru. Namun, tanpa perancangan rapi, mereka mungkin terbeli barangan yang tidak sepatutnya dan tertinggal yang mesti dibeli. Inilah pentingnya senarai semak barangan kelengkapan bayi.

Walau bagaimanapun, sebelum membuat senarai semak tersebut anda dinasihatkan agar mendapatkan nasihat serta pandangan individu yang lebih berpengalaman. Pada masa yang sama, pastikan barangan yang bakal dibeli itu mengikut kemampuan kewangan anda. Bagi saya dari pengalaman dari anak pertama saya lebih banyak membaca buku dan majalah2  keibu bapaan lah..Cuma kadang2 musykil say tel lah kakak saya untuk bertanyakan apa2 yang patut..

Pakaian Bayi

Pada masa ini ada banyak pilihan pakaian bayi di pasaran. Bagi yang pertama kali membeli, pasti rambang mata. Jadi, berhati-hatilah. Sebagai permulaan, anda dinasihatkan agar membeli pakaian asas bayi sahaja. Pakaian lain seperti gaun atau seluar denim belilah setelah bayi besar sedikit. Semasa membeli pakaian bayi baru lahir, anda digalakkan agar membeli pakaian bersaiz besar iaitu yang bersaiz enam bulan ke atas. Hal ini kerana kita tidak tahu saiz sebenar bayi yang dikandung. Lagipun, bayi cepat membesar. Jika pakaian yang dibeli kecil, tempoh pemakaiannya sangat pendek.
Pakaian asas ialah:
  • Baju lengan pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar pendek
  • Seluar panjang
  • Barut
  • Sarung kaki
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Topi
Lampin

Anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan lampin pakai buang atau lampin kain moden. Bagi kebanyakan ibu bapa baru yang mula peka terhadap saranan penjagaan alam sekitar, mereka lebih gemar memilih lampin kain moden. Lampin kain moden ini juga dikatakan lebih selamat untuk kulit bayi yang sememangnya sensitif.  Pada masa yang sama, lampin kain moden ini lebih menjimatkan kerana boleh dipakai selama tiga tahun. Untuk permulaan, seseorang bayi itu memerlukan enam hingga tujuh helai lampin kain moden.
Namun, sekiranya anda lebih selesa anak menggunakan lampin pakai buang, anda hanya perlu membeli satu pek lampin bersaiz kecil iaitu untuk bayi baru lahir. Tetapi, anda perlu juga menyediakan lampin pakai buang bersaiz ‘S’ sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya bayi yang lahir itu besar.
Tidak kira sama ada lampin kain moden atau lampin pakai buang, berikut adalah kelengkapan yang perlu disediakan.
  • Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
  • Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
  • Tisu basah
  • Alas atau pelapik untuk menukar lampin
  • Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)
Set mandian
 
Kulit bayi sangat sensitif. Mungkin ada produk mandian bayi tidak sesuai untuk kulit mereka. Oleh itu, anda disarankan agar hanya membeli pek percubaan atau pek kembara untuk melihat kesesuaian produk tersebut dengan kulit bayi anda. Sekiranya sesuai, barulah membeli pek yang lebih besar.
Untuk membersihkan tubuh bayi anda, dapatkan barangan seperti di bawah ini:
  • Besen mandi bayi
  • Tuala mandi
  • Tuala muka
  • Cecair mandian
  • Syampu
Set penjagaan bayi

Bagi memastikan bayi anda sentiasa bersih dan rasa selesa, ada beberapa barangan kelengkapannya perlu disediakan. Barangan tersebut ialah:
  • Losen bayi
  • Minyak bayi
  • Bedak bayi
  • Sikat atau berus rambut
  • Minyak telon
  • Alat pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Krim ruam lampin
  • Termometer digital

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Ahad, 20 Oktober 2013

Khasiat buah Delima Bagi Ibu Mengandung..



Selamat Sejahtera

Hari tu dah ada pos pasal suami belikan buah delima dan jus delima..Tapi saya tak nyatakan pula kebaikkannya..Jadi sekarang saya nyatakan kebaikan buah delima ini ya...
 
Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung

Buah delima  Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir. Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi. Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.

Tip memilih buah delima

Ketika membeli buah delima, pilih buah delima yang berat dan kulitnyer bersih tampa cela wah memang segar betulla dan kulit  tak merekah-rekah. Buah Delima boleh tahan selam a 6 bulan kalau disimpan dalam peti ais…lamakan..Untuk makan buah delima terlebih dahulu kopek kulitnyer  dan hiris kulitnya dari atas ke bawah pada tiga atau empat bahagian. Dan mulakan aktiviti mengutil  isi buahnya ke dalam mangkuk.dan nikmatinyer keenakannyer…..

Fakta mengenai Buah delima

Turut ditanam secara meluas di Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki serta kawasan lebih kering di Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan tropika di Afrika. Delima dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Delima kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus. Di Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada September sehingga Februari, manakala di Hemisfera Selatan, musim buah delima bermula dari Mac sehingga Mei. Saiz buah delima matang sekitar 7-12 sentimeter diameter, bergantung kepada pelbagai jenis dengan bentuk bulat heksagon. Berkulit tebal warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar...

# sering lihat pokok delima ni banyak terdapat di rumah orang-orang Cina kan..Kenapa agaknya ya???
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Selasa, 15 Oktober 2013

ADAT RESAM PERUBATAN ORANG ASLI SUKU KAUM JAKUN



Selamat Sejahtera...

Terdapat beberapa kaedah dalam perubatan orang asli suku kaum Jakun. Antaranya kaedah  Berubat.

Kaedah Berubat memerlukan sekurang-kurangnya 3 orang. Antaranya Bomoh, Penjaga Kakas (menjaga  barang-barang perubatan ) dan Tukang Pukul Rebana. Terdapat beberapa lagu untuk memanggil ' anak antu ' yang digunakan bomoh dalam kaedah perubatan.  Sebelum memulakan kaedah berubat, alatan-alatan seperti kapur sireh dan pinang, kemian, bertih, bonglai, tepung beras dan alatan pemainan ' anak antu ' disediakan. Bomoh akan berselubung di dalam kain sebagai tanda permulaan Berubat. Bertih akan dicampakkan ke arah Bomoh oleh pembantunya. Bertih tadi merupakan tanda ' anak antu ' telah masuk ke dalam badan Bomoh. Bomoh akan mula menyanyi dalam bahasa yang sukar difahami. Rebana akan dipukul mengikut rentak nyanyian oleh Bomoh. Seterusnya Bomoh akan mengambil penyakit ketika upacara berlangsung. Penjaga Kakas akan memberikan alatan-alatan yang diminta oleh Bomoh. Upacara berakhir apabila bertih dicampakkan kepada Bomoh bertujuan untuk menghalau ' anak antu 'keluar daripada badan Bomoh.

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Rabu, 9 Oktober 2013

Buah delima baik untuk mummy...


Selamat sejahtera....

Bagi menambah kesihatan dan baik katanya untuk bayi maka suami tersayang telah membelikan minuman berasaskan delima. Tak cukup dengan itu suami tersayang membeli juga buah delima di pasar malam seksyen 24.. 3 biji rm5 jer..jus delima tu agak mahal sikit tapi en.suami kata dia terjumpa jus berharga rm15..tak per lah kita beli lain kali ya.. Apa-apa pun terima kasih banyak2 ya suami ku tersayang...muuaahhh..kiss sikit..he..he...



Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Khamis, 3 Oktober 2013

Babyku...


Selamat sejahtera....



Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Rabu, 11 September 2013

Wordless Wednesday



selamat sejahtera....

GOOD LUCK BUAT ADIK2 SEMUA....


MACAM2 KARENAH KAN BILA JAGA EXAM...

CREDIT PHOTO: GOOGLE



Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Rabu, 4 September 2013

Wordless Wednesday...



Selamat Sejahtera...

Diam-diam aku dah 5 bulan 1 minggu ataupun  21 minggu...
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Selasa, 3 September 2013

Terfikirkah aku nak bersalin dalam air...


Selamat sejahtera...





Mmmmm..tak terfikir lagi nak bersalin dalam air...Jom lah baca info ni sikit ..Sebab kat negara kita ni masih tak ramai yang tau pasal ni..Yang dah buat pun yang saya tau ialah Dr. Halina iaitu isteri angkasawan negara kita tu... Ingin mengetahui lebih lanjut carilah di you tube video2bersalin dalam air nie..

Sejarah kelahiran bayi di dalam air ini, ia bermula pada tahun 1960-an apabila seorang penyelidik dari Rusia, Igor Charkovsky melakukan kajian tentang kebaikan kelahiran di dalam air.  Pada penghujung tahun tersebut, seorang pakar perbidanan dari Perancis, Frederick Leboyer mencuba kaedah kelahiran dalam air untuk membiasakan bayi yang sebelum ini berada dalam uri. Seorang lagi pakar perbidanan Perancis, Michel Odent, menambahbaikkan lagi kajian Leboyer dengan menggunakan kolam bersalin sebagai salah satu cara mengurangkan rasa sakit bersalin. Odent jugamengkaji kebaikan bayi yang dilahirkan dalam air dan pada penghujung tahun 1990, ribuan bakal ibu telah memilih untuk bersalin di Pusat Bersalin Odent di Pithivier dan sejak itu, kaedah bersalin di dalam air mula digemari. Kini, kaedah bersalin di dalam air menjadi satu perkara yang biasa di United Kingdom dan Amerika Syarikat.

 Ramai yang mempraktikkan kaedah ini mengakui bersalin dalam air lebih merehatkan dan umpama spa yang memberi kelegaan serta ketenangan fikiran.Di Malaysia, kaedah ini tidak begitu diterima rakyat Malaysia memandangkan ia agak bertentangan dengan adat dan budaya sesetengah kaum di negara ini.Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas. 

Kondisi seorang ibu pula mestilah sihat, tidak mempunyai penyakit lain sepertitekanan darah tinggi atau kencing manis. Ibu juga bebas untuk memilih cara paling selesa untuk bersalin dan tubuh mereka akan berasa ringan kerana apungan air. Jadi mereka boleh bertinggung, melutut dan sebagainya mengikut keselesaan mereka ketika waktu bersalin.

 Malah, suami juga boleh turut sama berada di dalam kolam untuk memberi sokongan kepada si isteri.Apabila bercakap tentang kelahiran di dalam air, ramai yang menggeleng kepala kerana membayangkan risiko bayi akan lemas di di dalam air selepas dilahirkan. Ramai yang bertanggapan bahawa kemungkinan bayi yang dilahirkan akan lemas di dalam air. Tanggapan tersebut salah kerana bayi yang baru dilahirkan tidak akan bernafas untuk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor. 

Bagi yang menganggap geli kerana kolam akan berlumuran darah juga perlu membetulkan tanggapan tersebut kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja. Air di dalam kolam bersalin akan bersih sahaja dan uri ibu biasanya akan dikeluarkan oleh bidan atau doktor selepas dia keluar dari kolam. 

 Antara pusat perubatan di Malaysia yang memperkenalkan teknik kelahiran dalam air ini adalah Pusat Perubatan Pantai di Bangsar, Kuala Lumpur. Sebanyak 2 kelahiran telah berjaya disambut setakat ini. Pakar perbidanan dan kelahiran, Pusat Perubatan Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur Dr. Choong Kuo Hsiang berkata, di Malaysia, kaedah ini tidak begitu diterima rakyat Malaysia memandangkan ia agak bertentangan dengan adat dan budaya sesetengah kaum di negara ini. “Memang ada permintaan untuk kelahiran cara ini di Malaysia tetapi kebanyakan yang memilihnya adalah wanita Inggeris yang menetap di Malaysia kerana mengikut suami bertugas di sini,” jelasnya ketika ditemui di kliniknya di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Justeru, katanya, Pusat Perubatan Pantai telah merasmikan pusat kelahiran air yang pertama di Lembah Klang awal tahun ini. Sejak dari tarikh tersebut sebanyak tiga percubaan melahirkan anak di dalam air, namun hanya dua yang berjaya dilahirkan dengan kaedah ini. Pun begitu, segalanya terpulang kepada pilihan pasangan itu sendiri. Proses kelahiran, sama ada di dalam air mahupun di luar air masing-masing merupakan satu proses yang cukup kompleks. Pastinya terdapat kemungkinan berlakunya komplikasi, dalam mana-mana cara sekalipun.

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Isnin, 2 September 2013

Buku Pink...eh..eh...Merah @ Buku Antenatal



Selamat Sejahtera...

Ini lah Buku Pink@Merah tu,..


Hai ibu-ibu hamil dan buat ke buku pink tu?? Dulu2 masa 1st anak saya buku tu di buat apabila kandungan mencapai usia 3 bulan kini buku pink tu mesti dibuat setelah disahkan hamil...Ikut perbualan saya bersama kakak2 misi buku tu mesti segera di buat sebab banyak kes2 kematian bayi dalam kandungan kerana ramai ibu2 muda yang tidak menitik berat pasal kehamilan mereka.. Ok jom saya story sikit apa yang saya tahu pasal buku pink ini..

Jika dilihat pada buku pink saya tu anda akan lihat ada stiker hijau kan hah..itu adalah kod pelekat berwarna mengikut risiko pada ibu hamil..saya memang akan mendapat stiker hijau lah antara sebabnya ialah berat ibu hamil <45kg, sejarah pembedahan caesarean, berat badan lebih 80kg dan banyak lagi sebab2nya tapi yang lain tu tak berkaitan dengan saya.. selain stiker hijau ada juga stiker merah, kuning dan putih..

Antara kandungan yang akan di catat setiap kali ke klinik kesihatan ialah pemeriksaan tekanan darah, hb, kandungan gula, berat badan dan nurse akan mencatat nasihat2 untuk kita patuhi. Pendek kata buku ini amat penting lah. Jika anda ibu hamil sulung maka buku ini harus disimpan dengan baik2 apabila sudah bersalin nanti kerana apabila anda mengandung anak ke dua buku yang pertama akan dirujuk untuk melihat sejarah kelahiran dan kehamilan yang dulu.. Dan yang lainnya masa dulu2 tahun 2004 apabila kita berpindah pusat kesihatan dua2 salinan iaitu salinan nurse di KK dan buku kita akan di bawa pindah kini tidak lagi. Kita hanya perlu membawapink kita sahaja..buku salinan tak boleh dibawa lagi..sampai klinik kesihatan nurse yang baru akan buat yang baru pula..


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Ahad, 1 September 2013

Ibu hamil dan bahaya di sekelilingnya...


Selamat Sejahtera...

Apabila menjadi ibu hamil benyak perkara yang perlu kita elakkan tetapi kadang-kadang ada juga yang tak dapat kita elakkan dan menyebabkan kesihatan kita terjejas...Di sini saya nak kongsi sedikit ilmu yang mungkin akan membantu kita menjaga diri sebaiknya...

PRODUK PENGGUNA
- Cat minyak, tinner, produk aerosol, pemutihan, pembersih lantai, penyegar udara dan pembersih kaca..


Kebanyakkan produk yang saya nayatakan ini akan menyebabkan gangguan pada bayi dalam kandungan. Bahan yang terkandung dalam produk tersebut mengandungi bahan kimia yang tinggi akan menyebabkan kecacatan pd bayi, berat badan akan berkurangan, lahir tidak cukup bulan atau keguguran mungkin berlaku.
 Bagi produk pembersihan akan menyebabkan bayi mengalami kecacatan atau kelainan pada saraf terutama saraf mental.Begitu juga dengan anggota badan. Bayi yang terdedah kepada bahan kimia akan berisiko untuk mengalami kecacatan anggota..

PRODUK KOMESTIK
- kRIM PEMUTIH, PEWARNA RAMBUT, UBAT JERAWAT


Penggunaan bahan pemutih pada kulit akan menyebabkan kecacatan pada bayi. Bahan pemutih yang mengandungi raksa(merkuri) itulah yang menyebabkan masalah ini. Dan yang paling penting saya cadangkan agar ibu hamil membatalkan sahaja niat untuk mewarna rambut. Hal ini kerana bahan kimia yang terkandung dalam pewarna rambut akan membahayakan anda dan bayi.. Manakala ubat jerawat pula ibu hamil digalakkan untuk berhenti menggunakannya dan produk tersebut boleh disambung semula apabila sudah selamat melahirkan..

PELARUT ORGANIK
-bahan kimia yang selalu digunakan di kilang seperti di kilang pencetakan, kilang tekstil, kilang membuat kosmetik, makmal penyelidikan dan sebagainya...

Akan menyebabkan masalah kematian bayi semasa dalam kandungan, kecacatan pada bayi, keguguran, kelahiran pra-matang, bayi dilahirkan tidak cukup berat, tahap kesuburun ibu menurun


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Isnin, 22 Julai 2013

HEMOGLOBIN ( hb) KETIKA HAMIL


Selamat Sejahtera.

Saya rasa ramai yang tidak tahu apa kepentingan hemoglobin (Hb) ketika hamil. Saya dulu juga tidak tahu apa kepentingannya dengan Hb ni masa hamil anak sulong tetapi saya tak ada masalah Hb low mungkin salah satu sebab masa hamil saya makan apa sahaja. Tapi semasa hamil anak kedua, sekarang ni saya sangat takut kalau terkena masalah Hb low jadi saya pun berusaha untuk mengekalkan Hb ni..
Sebenarnya kebanyakan ibu mengandung mengalami kekurangan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan Hb ini.. Dan kekurangan itu berpunca dari NUTRIEN seharian yang di ambil yang kurang mengandungi zat besi.. Hb yang baik semasa mengandung ialah (>11g/dl).


Jika Hb kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang-kadang akan mengalami sesak nafas, pening-pening dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rasa berdebar-debar (palpitation). Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru-paru, buah pinggang dan boleh membawa maut.

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Jumaat, 28 Jun 2013

Berpindah jua akhirnya....


Selamat Sejahtera...

Pengumuman2X...ha..ha...ha...

Dengan ini saya mengumumkan bahawa saya telah pun berjaya berpindah dari Daerah Sabak Bernam dan akan bekerja di Daerah Petaling Perdana... Maklumat ada seperti gambar di bawah...

Tahniah!!

*berdebar2 untuk menjadi orang baru ni...Kena mengenali rakan2baru...emmm...
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Isnin, 24 Jun 2013

jerebu kembali lagi...

selamat sejahtera...

wah sakitnya hidung,kepala dan tekak..anda pulak macam mana? ada tanda2 tidak sihat ker?
hah ini lah penangan jerebu.so kawan2 semua jaga diri ya..duduk kat rumah diam2..jangan sibuk nak merayau2 atau rajin2 nak gi jogging konon.. banyakkan minum air ya..


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Jumaat, 7 Jun 2013

Akhirnya...setelah 8 tahun menunggu...

Hii..selamat sejahtera....

Masalah kesihatan yg berlaku dah diketahui sebabnya..aku terkejut ya amat sangat.dengan segera aku pun menelefon suami yg ketika itu sedang bertugas meronda kawasan..x tau nak ckp ape aku wechatkan gambar urine test tu pd suami dan mrngarahkannya melihat segera. Suami yg kebingungan pun terkejut dan mcm x perkara dan lantas suami suruh aku gi cek ke klinik untuk kepastian.  Berjujuran air mata aku ketika sedang berbual dengan suami di telefon..




Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Khamis, 6 Jun 2013

Sebab perut kembung..

selamat sejahtera...

oo..sakit sungguh perut ku..nak ke sekolah pun badan dah lemah..kena pulak ganti tuisyen kelas kawan selama 2jam.. ooo masaklah aku..

entahlah sejak akhir2 ni perut asyik kembung jer..lepas tu rasa mengantuk jer dan badan pun lemh2..sampaikan masuk kelas pu dah tak larat tetapi aku gagahkan juga diri..kawan2 ada bagi macam2 cadangan antaranya ambik ubat tertentu tetapi aku buat tak tau..jadi sebabkan dah tak larat dan ada kawan2 yang bermulut masin mengatakan aku mengandung aku pun bergegas ke guardian untuk membeli ubat2an dan urine pregnant test.. sebelum tu aku pergi cari kedai makan dulu nak bungkus nasi..last2 bukan nasi aku bungkus blh pulak makan tengah hari aku bungkus rojak..emm..pelik nie...


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Isnin, 29 April 2013

Anda takut pencuri atau api?


Selamat sejahtera...
Antara ilmu yang saya perolehi dan wajib rasanya untuk dikongsi dengan kawan-kawan semua..Tahukah anda cara memadam api apabila kebakaran berlaku? Jawapan saya ialah ya.. Saya berasa yakin untuk menjawab ya kerana saya telah ditunjukkan oleh pihak bomba untuk memadam api.. Tetapi setelah mendengar pula ceramah yang disampaikan oleh Mr.Darren Yee yang handsome tu saya pun mengaku jika perkara ini berlaku mungkin saya tidak dapat memadam kebakaran..
Apa yang perlu kita tahu ialah terdapat beberapa jenis punca api..

1. Berpunca ada perkakasan rumah atau plug yg over
2. Berpunca dari kain, atau bahan mudah tebakar..

Yang perlu kita tahu ialah api yang berpunca dari barangan elektrik merupakan kebakaran yang paling merbahaya.. Api ini akan merebak dalam masa 45 saat sahaja dan akan menyebabkan keseluruhan kawasan rumah musnah. Jika kebakaran yang berpunca dari barangan elektrik anda dinasihati supaya menyelamatkan lah diri kita sendiri jangan sesekali kita cuba menutup suiz utama di rumah. Ini akan menyebabkan kesan yang amat parah kepada diri kita.
Anda perlu tahu jika kebakaran berlaku aliran elektrik akan bergerak dan mungkin aliran tersebut berkumpul di kotak suiz utama rumah kita dan jika kita menyentuhnya kita mungkin akan rentung seperti mayat pencuri kabel elektrik atau pun bahagian tangan yang menyentuh terbakar atau meletup..
alat pengesan api.
Jadi adakah kita lebih takut pencuri dari api?? Jika kebakaran berlaku kita tak mungkin selamat kerana tidak dapat memecahkan tingkap atau pintu rumah kita kerana rumah kita telah di grill dengan kemas dan cantik bagi mengelak pencuri masuk..


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Ahad, 28 April 2013

Membaca Jambatan Ilmu..


Selamat Sejahtera...

Selamat hari minggu buat silent reader saya..Ha..ha... Tengok tajuk tu macam stress jer kan posting saya kali nie.. sebenarnya bukan apa pun saja nak letak gambar nie. Hari ni saya berkesempatan ke kedai buku  mamak surat khabar tu untuk membeli belah bahan bacaan. Selalu saya membeli majalah camera tak kira lah ape2 jer sebab nak belajar tangkap gambar2 yang menarik tapi tak jugak hebat pun..Tangkap gambar pun still kabur dan goyang2.. Jadi tukarlah hobi tu kepada hobi majalah pancing..Apa2 jer yang berkaitan dengan aktiviti memancing habis saya beli..Tapi hobi tu pun tak menjadikan saya juara GP Joran..So saya stop jugak membeli,..

Yang still saya beli bulan2 ialah majalah mastika dan infiniti.. Majalah comel dan kompak tu..Baca2 pun time2 nak tidur petang atau malam.. Dan sejak buat pjj ni saya banyak membeli majalah2 yang lebih berfaedah antaranya dewan masyarakat, dewan siswa, dewan budaya, dan macam2 lagi..Bagus majalah2 gini sebab membantu saya membuat assignment.. Lagipun opsyen yang diambil memang berkaitan dengan Bahasa Melayu.. Makin lama belajar makin susah nasib ada bahan2 ni yang membantu..

Ni majalah yang saya beli tadi.. Cerita pasal masyarakat saya iaitu orang asli..



Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Khamis, 25 April 2013

Isnin, 22 April 2013

firework..

hi...selamat sejahtera...


JOm la tengok gambar yang tak seberapa ni..gambar ni saya ambik masa cuti tahun baru cina hari tu.. Dalam pukul 7.30 petang,,



Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Selasa, 16 April 2013

konstruk 2 - Membaca suku kata terbuka

selamat sejahtera... kali ini saya kongsikan lagi bahan-bahan linus literasi tahun 3. Terima kasih kepada cikgu2 kumpulan 2 yang telah menyiapkan bahan pengajaran ini.. Semoga ilmu yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada kita semua.
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Isnin, 15 April 2013

Konstruk 1- Menamakan huruf vokal dan konsonan

selamat sejahtera...

Di sini saya nak kongsikan bahan-bahan literasi yang telah cikgu2 Bahasa Malaysia Tahun 3 Daerah Sabak Bernam hasilkan.



Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Sabtu, 13 April 2013

Anak Orang Asli dapat 8A SPM

Selamat Sejahtera.....

Hai kawan-kawan blogger..Ni hao mao..he..he...

Sebenarnya entry ni agak lapuk dah. Mana dah ada orang nak cite story ni yang ada sekarang banyak citer-citer pasal perang bendera dan politik1000X negara kita lah...Ha..haa...
Ni di bawah ni ada saya kopi dan tweet balik kat Dato Najib pasal kejayaan Anak Orang Asli Yang bernama Juliana kerana telah berjaya mendapat 8A dalam SPM tahun nie..Tahniahlah ya.. Tak lupa jugak buat anak saudara saya  Nazirul yang  berjaya juga mendapat 5A..Dia kata susah lah nak score kelas sains..Tak per lah bukan A yang menjadi ukuran yang penting sikap diri kita dan kesungguhan kita untuk belajar. Jangan pernah jemu untuk mencuba dan lakukan sesuatu yang baru ya...  Tahniah juga buat adik2 kita yang mengambil SPM yang saya tak tau keputusannya..Saya tau ramai adik2 orang asli yang telah mendapat keputusan yang agak baik.. Tahniah ya...

Moral of the merapu ini ialah>>>>>>>>
 JANGAN LAH KITA LUPA DIRI BILA SUDAH BERJAYA. BANGGA PADA DIRI TAK PER TAPI JANGAN HIDUNG TINGGI DAN LUPA JASA ORANG TUA KITA YA..



Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Sabtu, 23 Mac 2013

Isnin, 25 Februari 2013

Jumaat, 8 Februari 2013

Sambutan tahun baru di sekolah...


Selamat Sejahtera...

Beb....ni saya letakkan gambar2 majlis sambutan tahun baru cina di sekolah....








Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Khamis, 7 Februari 2013

Jadual Perjalanan sempena Cuti Tahun Baru Cina

selamat sejahtera...

Hi...Dalam kesibukan kita nak bercuti nie saya nak share sikit jadual masa perjalanan yang dikeluarkan oleh PLUS bagi melancarkan perjalanan kita pada hari tersebut jom kita lihat...

Sumber PLUS....
Klik untuk lagi besar dan jelas...


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Rabu, 6 Februari 2013

wordless Wednesday


SeLaMaT SeJahTeRa.......



TQ encik Google...


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Selasa, 5 Februari 2013

Xīnnián kuàilè


Selamat sejahtera...

Wah bersemangatnya nak cuti dan sama-sama menyambut tahun Baru Cina..
Sekolah saya telah mengambil cuti selama seminggu..Cuti memang seronok kan tapi bila sampai bab kena ganti nanti mulalah rasa lemah jer.. Otot-otot muskuloskeletal tu ada masalah.... Sekolah saya akan mengadakan aktiviti sambutan tahun baru cina ini pada hari Jumaat.. APe2 nanti saya update gambar2 sekitar sambutan tahun baru tu ya,,,

Tq..Encik Google..


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Khamis, 31 Januari 2013

Welcome Februari....


Selamat sejahtera....

Cepatnya masa beredar..duduk diam2 dan pejam celik kita dah masuk bulan ke 2 dlm tahun 2013 ini ya.. cepatnya masa beredar..x sangka dah sebulan aku bertugas menghantar anak ke taska setiap pagi dan mengambil anak balik dari sekolah... sebulan jugalah aku dah memandu kereta..kalau tak sebelum ni aku naik motor jer..dan aku rasa berbangga jugaklah pada diri sendiri dalam tempoh sebulan ni aku memandu aku dah drive sendiri ke tanjung malim dan dah ke shah alam.. tapi shah alam tu belum habis aku jelajah sendiri..aku dah sampai seksyen 9 ipd shah alam, seksyen 7 i-city, seksyen 25 iaitu balai polis suami aku ler...

Jika semua tu suami aku yg selalu buat tapi kini aku yg paling kerap buat..jika dulu jika suami x sempat ambik anak atau keluar kerja 5 pagi akulah yg buat tapi kini tidak lagi..semua aku buat..barulah betul tugas aku sebagai seorang isteri...ha..ha...

Pstttt..... jadi jugak 1 entry akhir bulan januari dan sambil menunggu 6.20 petang..( kat sek tunggu anak balik)...



Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Rabu, 30 Januari 2013

Bahayanya penyakit yang dialami wanita...


selamat sejahtera...

( Baca dalam nada serius ya)....Sejak kebelakangan ini saya telah rajin pula membaca page Dr hamid Arshat Jadi apa yang saya dapati setiap hari doktor akan meletakkan gambar-gambar yang telah berlaku kepada wanita. So itu amat menakutkan bagi saya dan saya telah pun terfikir untuk merubah cara hidup saya. Mengikut nasihat yang doktor berikan antara ialah pengambilan supplement seperti asid folik, EPO dan cuba menjaga pemakanan saya memandangkan saya ni berisiko menghidapi penyakit2 yang dinyatakan oleh doktor.. Jom tengok gambar nie...
sumber: page Dr Hamid

sumber : page dr hamid
Masalah gangguan hormon dikalangan wanita kian meningkat. Gangguan ini menimbulkan kesetidak imbangan antara hormon estrogen dan progesterone. Berlebihan estrogen menimbulkan berbagai2 penyakit termasuk fibroid adenomyisis endometriosus kanser rahim kanser payudara dan banyak lagi penyakit. Punca2 ialah kegemokan, stress, umor melebihi 40 tahun, makanan yg mengandungi phytoestrogen, toksin2 dari pesticide dan lain2 kimia yg menimbulkan xenoestrogen. Pesakit ini gemok dan mengalami perdarahan banyak dan berpanjangan hingga pucat dan kurang darah. Telah buat D&C tapi lega buat sementara saja. Akhirnya saya bedah buang rahim. Saya dapati oenyakit endometrial hyperplasia/polyps , syukur bukan kanser, umor 45 tahun ada 2 anak." Dr. Hamid Arshat

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Selasa, 29 Januari 2013

Khas untuk guru-guru jer..


allo...allo....


Marilah kita bersama-sama tengok jadual di atas nie.. Jadi sebagai guru kita harus tau kenapa masa kita mengajar dan masuk ke kelas lebih banyak berbanding kawan-kawan yang lain dan berbeza dari guru besar, dan gpK2 di sekolah kita tu... Pilihlah kategori kawan2 semua.
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Isnin, 28 Januari 2013

update..memancing di sungai besar..



Haloo...salam 1 malaysia...

Hari ni saya nak update sikit pasal memancing di sungai besar nie..memandangkan ada orang yang bertanya maka saya jawab kembali ya... bagi yang tidak membaca blog saya ni hah link story pasal mancing tu di sini

encik rosli...
Oleh itu ini nombor telefon bot yang encik rosli inginkan ya.. rasanya macam dah lepas msim memancing udang lah..tak per Encik rosli cubalah...
Nanik sampan Belia 2- 0193204363

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Isnin, 14 Januari 2013

Hotline PDRM..


selamat Sejahtera...

Jika anda lihat sebarang kejadian seperti dibawah sila hubungi talian hotline PDRM ya...
Nombornya adalah seperti berikut:-

1) 03-2031 9999
2) 03-2266 3333







Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

komentar Terbaek

Get widget here
Copyright© All Rights Reserved Pinangdansireh.Blogspot.Com