Selamat Sejahtera....
sambungan ......Part 2....Bersalin....
6.00 petang : Ambulan membawa aku ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.. Dalam ambulan tak boleh tidur pun..Still keluar air setiap kali kena ambulan melalui jalan2 yg rosak... risau suami dah follow ambulan belum... Rasa kesian kat suami kerana penat memandu dari shah alam ke segamat pas tu kena ke JB plak...
Dugaan dah bermula...
9.30 malam : tiba di HSI... masuk bilik saringan... Doktor cek2 dan buat apa yang patut..memandangkan baby songsang doktor ambik keputusan operate... Suami dah sampai jugak... doktor nak jumpa suami... sains borang2 nak operate dan cerita pasal risiko bersalin operate.. Bagi yang tak pernah kena operate tu meh sini duduk dekat2 sikit saya story.... macam nie sebelum operate biasanya misi2 akan uruskan seperti mencukur bulu tu pun kalau bulu kemaluan masih belum di cukur, kemudian misi akan memasukkan paip air kencing..aduh..pedihnya bila paip dan beg air kencing dimasukkan...rasa macam nak terkencing pun ada.. lepas tu kita akan di tukarkan dengan pakaian yang lain yang sesuai untuk pembedahan... lepas tu macam biasa, sy akan di sorong ke bilik pembedahan.. Masa ni suami boleh mengiringi lagi.. sempat jumpa suami lagi.. bila dah masuk bilik pembedahan saya dah mula menggigil kesejukkan sebab kita sebenarnya memakai baju yang hanya menutup badan sedikit sahaja..Dalam bilik pembedahan doktor akan suruh kita membongkok betul2 sebab doktor nak bius di tulang belakang.. lepas tu aku tak sedarkan diri pun... Semasa proses pembedahan aku hanya sedar sekejab2 sahaja tu pun sebab misi2 tu kejutkan dan bertanyakan soalan.. Aku dalam keadaan mamai menjawab apa2 soalan yang ditanya... Kat situ jugak aku terdengar bunyi baby aku menangis.. Sedihnya dengar suara baby... Tapi doktor tak tunjukkan jantina baby pada aku.. dulu masa anak sulung doktor tunjukkan jantina... Rupa2nya doktor membawa baby ke NICU dan doktor telah memberi penerangan segalanya pada suami...
1.30 pagi : keluar dari bilik pembedahan.. selesai pembedahan aku di berikan baju panas... selama setengah jam di tempatkan di tempat khas bagi proses pemulihan kerana kesejukkan setelah pembedahan... Disorong semula ke wad biasa... Dapat jumpa suami semula..Leganya suami masih setia menunggu di luar bilik pembedahan... Suami mengikut menghantar barang2 ke wad.. lega baru dapat minum air setelah berpuasa kerana nak pembedahan.. Tetapi aku last makan pun jam 8.00 pagi masa di kampung.. Sarapan pagi tu nasi goreng dan mak bagi lauk pelanduk bakar.. Pelanduk tu dapat semasa ayah memburu malamnya tu...
Antara doa kawan2.....tq semua... |
0 000 yang comey :
Catat Ulasan
terima kasih...