Sabtu, 14 April 2012

assignment kenegaraan..

Sebagai rujukan untuk rakan-rakan ya...

Pengenalan
Konsep 1 Malaysia, dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”adalah gagasan yang diperkenalkan oleh Mohd Najib Tun Abdul Razak, sebaik sahaja beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6, menggantikan kepimpinan AbdullahAhmad Badawi iaitu pada tanggal 3 April tahun 2009. Bagi sesetengah ahli masyarakat, mereka menyatakan bahawa mereka amat jelas tentang tema gagasan yang berkonsepkan 1 Malaysia ini, iaitu berhubung atau berkaitan dengan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Manakala bagi sebahagian yang lain pula, mereka menyatakan bahawa, mereka sebenarnya masih kabur dengan tema dan pengertian yang cuba diterapkan menerusi gagasanyang menggunakan pendekatan literalnya Konsep 1 Malaysia ini. Justeru, atas alasan-alasan yang berkaitan dengan persoalan pengertian, pemahaman, dan pendapat yang mempunyai pelbagai dengan penghujahan dan pandangan diberikan oleh pelbagai pihak di negara ini terhadap Konsep 1 Malaysia yang mendukung gagasan tersebut. Namun ramai yang melihat Konsep1 Malaysia ini, sebagai kelangsungan kepada ucaptama oleh Najib, selaku Timbalan PerdanaMenteri ketika itu, semasa pelancaran Bulan Perpaduan Peringkat Kebangsaan Tahun 2008, Najib (Mei, 2008), menyatakan bahawa, bangsa Malaysia perlu direalisasikan dalam kerangka minda setiap orang rakyat Malaysia sendiri, dengan melihat seseorang warga negara Malaysia, tanpa berdasarkan warna kulit, agama, keturunan dan budayanya. Penjelasan kepada ucapanNajib menjurus kepada pemahaman tentang penekanan kepada kehendak untuk mewujudkan kesaksamaan untuk semua kaum, yang sememangnya amat sukar untuk dipisahkan dengan pemahaman terhadap akan berlakunya kesamarataan untuk semua kaum, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Pengintepretasian oleh anggota masyarakat, maka berlaku banyak perbahasan dalam kalangan itu. Lantaran itu, penggagasan Konsep 1 Malaysia, kelihatannya turut menimbulkan pelbagai isu nasional, samada isu-isu baru mahupun isu-isu lama yang muncul dan berulang semula. Antara isu yang dimaksudkan tersebut adalah isu peminggiran ciri-ciri asas kenegaraan, isu peruntukan perlembagaan, isu hak asasi dan isu sifat kependudukan di negara ini. Kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah diguna pakai sebagai untuk menangani kemunculan isu-isu nasional tersebut, di samping turut berfungsi sebagai medium pihak pemerintah untuk menyampaikan maklumat tentang positif iaitu perpaduan sebagai aspirasi lengkap mencakupi skop kemakmuran, untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengambil kira sebarang bentuk perbezaan yang wujud diantaranya. Seterusnya, turut dijelaskan oleh pihak kerajaan bahawa Konsep 1 Malaysia adalah perlu, untuk kesimbungan usaha kerajaan membina negara-bangsa, dengan rakyat yang bersatupadu serta memiliki jati diri yang kukuh. Dalam konteks ini, selaku pemerintah pihak kerajaan telah memenafaatkan sepenuhnya pembangunan prasarana jalur lebar, kemudahan teknologi internet secara capaian atas talian (online) dan kecanggihan peralatan komunikasi termasuk media massa eletronik dan cetakan semasa sebagai pengantara komunikasi dan hubungan dengan rakyat dari pelbagai kaum tanpa perlu bersua muka untuk sesuatu tempoh masa secara cepat, menyeluruh dan berkesan. Hal ini, dapat dijelaskan melalui pendekatan penggunaan blog peribadi atau rasmi, laman sosial seperti facebook dan twitter, e-mail, sistem pesanan ringkas (sms), hebahan menerusi perkhidmatan meluas stesen radio dan rangkaian televisyen yang pelbagai, dan lain-lain yang seumpamanya. Najib dalam blognya, memberi kenyataan berikut: Konsep 1 Malaysia dalam bentuk yang negara, yang didalamnya merangkumi pakej pembangunan, keamanan dan keselamatan dengan beraneka jenis aktiviti menarik seperti hiburan, iklan, serta promosi“… ‘1 Malaysia’ adalah aspirasi untuk memperbaiki, memantap dan memperkasa hubungan kaum bagi memastikan rakyat di negara ini membina dan menjalin persahabatan berasaskan rasa hormat menghormati dan percaya mempercayai, dan saya telah mengenalpasti enam lagi nilai yang tidak saling eksklusif yang saya percaya adalah penting untuk kitasemua”(Najib November 2009, Blog 1 Malaysia).
Lantaran kepelbagaian kerajaan , bagi tujuan pengukuhan ideologi dan penerusan amalan secara praktik gagasan ini. Makanya, dalam kalangan ahli-ahli akademik, mereka melihat Konsep 1 Malaysia sebagai satu konsep sosio-politik dan menghuraikannya daripada perspektif sosiologi, politik dan sejarah kelahiran negara Malaysia. Ini bertujuan untuk memastikan hala tuju negara benar-benar dapat mencapai keunggulan dan kelangsungan masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang untuk memenuhi dan menepati hasrat Wawasan 2020. Malah Konsep 1 Malaysia ini, jika berjaya diimplementasikan secara teori dan praktisnya, dipercayai akan  menghapuskan insiden permasalahan perkauman dalam kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum. Mahathir (1993), menyatakan bahawa isu perkauman adalah kekangan paling utama dalam pembinaan negara bangsa yang bersatu padu.perpaduan kaum, sebagai salah satu cabaran daripada sembilan cabaran, sebagai cabaran tonggak Wawasan 2020. Seterusnya para ahli akademik merumuskan bahawa penjelasan dan maklumat yang saban hari daripada pihak. Justeru, beliau telah menggariskan, usaha membina yang digariskan dalam konteks sosiologi, menerusi skop politik dan sejarah Malaysia, maka legasi kepimpinan dan pentadbiran kerajaan akan serta perlu, mempunyai hasrat dan cita-cita, untuk melihat bangsa dan negaranya terus mantap dan perkasa yang memungkinkan penggunaan pendekatan yang berbeza tetapi sesuai mengikut perkembangan zaman, pendidikan dan pemikiran rakyat semasa. Antara isu-isu dan cabaran konsep 1Malaysia ialah:
Peranan dan Fungsi Institusi Pendidikan.
Konsep Pendidikan Secara umum dari sudut sosial dirujuk sebagai proses persekolahan yang merupakan suatu bentuk interaksi antara manusia, juga merupakan proses tingkah laku sosial yang bermakna sebagai hasil tindakan dan hubung jalin antara manusia. Faktor utama yang terkandung dalam pendidikan seperti falsafah, matlamat, dasar atau polisi, dan proses interaksi tersebut, hakikatnya menjadi penentu kepada misi, visi dan hala tuju sistem pendidikan dalam sesebuah masyarakat. Secara konsepnya,bergantung antara individu dengan individu yang lain, yang dilihat berlaku dalam proses pendidikan. Justeru, sekolah adalah institusi pendidikan formal, menggalakkan berlakunya proses pembelajaran yang berbeza dengan proses pembelajaran dalam keluarga, kumpulan rakan sebaya mahupun pembelajaran dalam komuniti persekitaran. Dalam perkataan lain, menurut Aidan Foster-Carter (1988), sekolah adalah institusi dan pendidikan adalah proses, kedua-duanya berfungsi melalui aktiviti persekolahan, sekaligus menjadikan ia berada dalam skop pengertian yang amat luas, namun keadaan peri berlakunya dapat ditanggapi sebagai satu proses permasyarakatan. Proses yang berlaku ini, membolehkan setiap individu mempelajari cara hidup masyarakat di sekelilingnya dan akhirnya dapat menjelaskan tentang konsep pendidikan sebagai suatu proses ‘pembelajaran‘ yang berterusan, bermula dari detik kelahiran seseorang sehinggalah ke akhir hayatnya. Berdasarkan konsep pendidikan yang memberi erti pemasyarakatan, maka sudah semestinya pendidikan akan mencakupi kehidupan manusia, antaranya meliputi tingkahlaku, tindakan, emosi serta perasaan, nilai, kepercayaan, hubungan, adat resam, peraturan, upacara, pemilikan dan sebagainya. Unsur-unsur kehidupan manusia ini membentuk satu jalinan cara hidup yang luas, kompleks, berliku-liku, abstrak dan seringkali mengelirukan. Walaupun manusia dikategorikan haiwan biologi tetapi pola organisma biologinya tidak melalui proses genetik yang terancang seperti haiwan-haiwan lain. Kewujudan dengan fitrah Tuhan yang sedemikian, menjadikan manusia tidak boleh difahami melalui proses pewarisan biologi atau genetik untuk mengekal dan mewarisi jalinan cara hidup yang begitu kompleks dari generasi ke generasi. Oleh itu, jalinan cara hidup manusia dengan pelbagai unsur tersebut, menghasilkan satu perlu dipelajari melalui proses pendidikan untuk tujuan pewarisan, pengekalan, pembaharuan, proses pendidikan boleh dikonsepsikan dengan melihat keadaan saling amat luas khasnya untuk keseluruhan aspek jalinan budaya dan ia pembangunan dan penambahbaikan. Proses pendidikan pula tidak boleh berlaku begitu sahaja,sebaliknya memerlukan kepada institusi untuk pendidikan secara formal. Hal ini, membawa kepada kewujudan sekolah yang bertindak sebagai institusi pendidikan formal untuk memboleh dan menggalakkan berlakunya proses pembelajaran dalam sesuatu masyarakat. Sebagai institusi pendidikan formal masyarakat, maka sekolah diberi tanggungjawab dan peranan untuk mengawal, merancang, melaksana, mentadbir, mengurus dan membangunkan proses pembelajaran dengan pelbagai aktiviti sebagai memenuhi kehendak, keperluan,kepentingan dan kesinambungan budaya dan kehidupan masyarakat yang diwakilinya.
a.       Penyalur Budaya Dan Ilmu
Pada hakikatnya, sekolah memainkan peranan sebagai agen penyaluran budaya yang amat penting, selain institusi keluarga. Tanpa sesuatu yang berperanan sebagai agen untuk mewaris serta memperluaskan budaya, sesuatu genarasi baru akan mengalami kesukaran untuk memulakan budaya baru bagi kehidupan. Sesuatu budaya itu, sebenarnya bergantung kepada kesinambungan generasi ke generasi seterusnya. Dalam konteks ini, sekolah memainkan peranan sebagai agen pewarisan budaya yang penting bagi sesuatu masyarakat, dengan mewariskan segala ilmu dan kemahiran yang terkumpul dalam masyarakat tersebut. Dalam masyarakat primitif, pendidiklan tidak formal memainkan peranan penting sebagai penyambung pengetahuan yang kemungkinannya terhad. Begitu juga dengan masyarakat ringkas, diikuti oleh masyarakat lebih maju sehinggalah kepada masyarakat moden hari ini, sekolah masih berperanan utama sebagai penyalur budaya dan ilmu untuk masyarakat.
b.      Penyalur Kemahiran dan Ketrampilan
Keupayaan manusia mempelajari sesuatu perkara melalui penggunaan ilmu dan pemikiran, menjadikan manusia mempunyai pelbagai menguasai kemahiran menjadikan keperluan manusia hidup bertambah dan kehidupan manusia semakin rumit dan kompleks. Untuk memenuhi keperluan sosial dan ekonomi yang semakinterdesak ini maka sekolah menjadi institusi formal untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.Sehubungan itu terbentuklah profesyen dalam kehidupan manusia dan usaha mencari kemahiran-kemahiran tertentu merupakan cita-cita setiap ahli masyarakat. Hasil perspektif terhadappembangunan budaya inilah, membawa kepada pembinaan sekolah-sekolah oleh masyarakatdengan peranan untuk menyalurkan pengetahuan dan kemahiran penting kepada golongan remaja dan belia.berkemahiran. Peningkatan dalam Penyalur Kepercayaan Dan Sistem Nilai Seterusnya, sebagai institusi pendidikan formal sokolah berperanan untuk menerapkan nilai dan kepercayaan kepada pelajar. Nilai-nilai murni seperti amanah, bersih, sebagainya adalah antara sifat yang digalakkan oleh guru-guru di sekolah. Dalam system pendidikan di beberapa buah negara, contohnya Malaysia salah satu komponen yang terkandung dalam kurikulum ialah aspek pendidikan Agama Islam sebagai agama rasmi negara ini. Nilai politik, fahaman ideologi, fahaman rejim, misi pembelajaran di sekolah oleh sesetengah negara di dunia.rajin dandan visi turut diserapkan melalui aktiviti
c.  Pendidikan Untuk Alam Pekerjaan
Fungsi sosial sekolah seterusnya ialah untuk menempatkan para belia dalam sesuatu role atau peranan pekerjaan. Justeru pelbagai jenis dan corak pendidikan samada di peringkat rendah, menengah dan universiti diwujudkan untuk melengkapkan peluang ini. Diandaikanbahawa lebih moden sesuatu masyarakat itu, maka lebih banyaklah peluang pekerjaan yang dapat disediakan oleh kerajaan dan pihak swasta. Lazimnya, pencapaian murid di sekolah rendah merupakan faktor penting, untuk menentukan jenis pendidikan yang diperlukan di sekolah menengah. Manakala pendidikan di sekolah menengah pula, merupakan asas kepada pemilihan jenis pencapaian dan corak pekerjaan oleh seseorang di alam dewasa. Oleh itu, perbezaannya adalah aspek penjenisan pendidikan dan bukannya aspek keupayaan.
d. Pengawasan Belia, Remaja Dan Kanak-Kanak
Fungsi sosial sekolah seterusnya yang berkait dengan pendidikan ialah pengawasan belia, remaja dan kanak-kanak. Fungsi ini adalah fungsi yang tersirat atau latent kerana jarang-jarang sekali fungsi ini dijelaskan dalam sesuatu kenyataan atau dasar sistem pendidikan sesebuah negara.
e. Penghubung Rakan Sebaya
Pendidikan juga mampu berfungsi sebagai saluran untuk meningkat penghubungan antara individu. Semua individu mempunyai keperluan asas untuk berhubung dengan individu lain. Proses pemasyarakatan melalui sekolah akan membolehkan seseorang kanak-kanak atau pelajar itu meluaskan perspektif fahaman, pandangan dan tanggapan mereka terhadap sesuatu. Dalam konteks ini saluran hubungan rakan sebaya ini, sekolah menyediakan pengalaman dan nilai-nilai asas tertentu sebagai prinsip perhubungan mereka.
Matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan
Sehubungan itu, Konsep 1 Malaysia bukan sahaja perlu diteruskan, tetapi turut perlu dizahirkan sebagai dasar pelajaran yang menjadi tunjang kepada keseluruhan sistem pendidikan kebangsaan apabila kajian semula terhadap perubahan dasar pelajaran yang dilakukan. Seterusnya, menerusi Konsep Pendidikan Multibudaya, merupakan usaha mendidik serta membangunkan minda generasi muda negara ini, terhadap dan bertindak sebagai satu bangsa Malaysia. Matlamat sistem pendidikan kebangsaan akan dapat dicapai dengan wujudnya dihormati sebagai milik bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Sebagai rumusan, disimpulkan bahawa gandingan Konsep 1 Malaysia dan Konsep Pendidikan Multibudaya diyakini mampu untuk memenuhi peranan sistem persekolahan Malaysia yang bermotifkan kepada tiga perkara utama berikut:
·         pendidikan sebagai asas pembinaan perpaduan rakyat berbilang kaum dan
·         pendidikan sebagai asas pembinaan disiplin dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum.
·         nilai serta kemahiran berfikir corak sosiobudaya yang saling diterima, dihargai, dan pendidikan untuk keperluan tenaga rakyat negara;
Kerjasama Masyarakat Majmuk
Menurut Najeemah Yusof (2005), penubuhan sesebuah negara yang mengandungi pelbagai kumpulan  etnik memerlukan satu kesatuan dan kerjasama politik, ekonomi dan sosial yang kukuh dan sepadu. Kesatuan etnik hanya dapat dicapai melalui interaksisosial. Lebih erat pola interaksi sosial yang dibentuk antara etnik maka semakin kukuh perpaduan serta persefahaman rakyat di negara itu. Interaksi sosial dalam kalangan penduduk dapat menentukan kestabilan politik, sosial, ekonomi serta kesejahteraan rakyat. Interaksi sosial merupakan satu aspek penting dalam pembinaan jati diri terutama dalam kalangan masyarakat majmuk seperti Malaysia. Masalah pola interaksi sosial akan menjadi lebih rumit jika anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik tidak mengenali antara satu sama lain kerana terpisah oleh perbezaan ciri asas atau primordial, seperti agama, bahasa, budaya, ekonomi, politik, wilayah dan pengalaman sejarah. Ciri-ciri perbezaan yang ketidaksamaan ini menjadi penghalang utama dalam proses pembinaan pola integrasi sosial dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik. Kenyataan ini ditegaskan oleh Rabuskha (1972) yang menyatakan:
“Dalam masyarakat pelbagai kumpulan etnik ciri-ciri perbezaan seperti bahasa, agama,dan budaya selalunya menghalang integrasi sosial dan perpaduan sukar dicapai .”
Walaupun terdapat model-model penyelesaian kepada permasalahan masyarakat majmuk seperti teori Political Integration (Ake, 1967), Model Conflict Regulation (Nardlinger, 1972), Model Democracy Without Consensus, (Varys, 1975), dan Model Consociational Democracy (Ljiphart, 1977) namun masalah konflik perkauman terus tercetus kerana model dan teori yang dinyatakan hanya berdasarkan penyelesaian konflik perkauman melalui politik. Mengikut Wilson (1977) tidak kesemua permasalahan masyarakat majmuk boleh diselesaikan melalui kaedah penyelesaian politik yang diterajui oleh sekumpulan elit yang berpengaruh sahaja, tetapi masalah ini harus ditinjau dari berbagai faktor termasuk faktor ekonomi, sosio-budaya dan pendidikan. Pendidikan melalui proses persekolahan merupakan suatu bentuk pola interaksi sosial antara manusia. Aspek sosial dalam proses pendidikan boleh dikonsepsikan dengan melihat keadaan saling bergantung antara murid dengan murid yang lain dalam proses pembelajaran. Di Malaysia terdapat Sistem Pendidikan Kebangsaan dan salah satu matlamat keseluruhan ialah perpaduan nasional. Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah dibincangkan oleh Smith, 1965,Marimuthu, 1988 dan Smolicz, 1997. Smith telah menjalankan kajian dan satu analisis tentang masyarakat majmuk. Smith menyatakan masyarakat majmuk sebagai mayarakat yang mempunyai kepelbagaian budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi kuasa politik masyarakat majmuk dikuasai oleh kumpulan majoriti yang mempunyai latar belakang kebudayaan yang tersendiri. Kebudayaan yang diamalkan oleh kumpulan majoriti ini dianggap dominan yang akan menjadi teras kepada pembentukkan budaya nasional. Malaysia juga menghadapi masalah-masalah bersabit dengan isu-isu kewarganegaraan, budaya, bahasa, pendidikan, politik dan ekonomi yang menyebabkan wujud perselisihan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik. Bagi menjamin ketenteraman, keperluan untuk pemupukan pola interaksi sosial perlu diberi keutamaan bagi mengurangkan jurang perbezaan di antara etnik. Berbagai-bagai dasar dan aktiviti sosial yang menjurus kepada integrasi antara kaum disedikan dengan harapan pelbagai etnik lebih mengenal corak kehidupan dan budaya etnik Melayu, Cina dan India. Menurut Georg Simmel (1976) oleh kerana pemahaman latar belakang dan kebudayaan di antara kumpulan etnik adalah berlainan, pola interaksi sosial dalam kalangan masyarakat majmuk harus ditingkatkan bagi mengurangkan jurang perbezaan sama ada dari segi bangsa, budaya, agama dan bahasa. Dengan itu, jelaslah pola interaksi sosial dalam kalangan masyarakat majmuk harus diberi keutamaan bagi menjamin proses pembinaan kebangsaan dan pembangunan negara dalam kalangan generasi muda terutama yang berada di bangku sekolah bermula pada peringkat tadika,sekolah rendah hingga ke sekolah menengah.
Integrasi Nasional Melalui Pendidikan
Pola interaksi sosial antara kumpulan pelbagai etnik dapat dipupuk melalui dasar pendidikan kebangsaan yang berorientasikan perpaduan (Vander Zanden, 1989). Interaksi sosial harus disemai pada peringkat kanak-kanak lagi dan sekolah menjadi tempat yang paling sesuai untuk memupuk semangat pola interaksi sosial. Sekolah berfungsi sebagai tapak asas yang dapat menginteraksikan kanak-kanak pelbagai etnik dalam satu persekitaran budaya dan masyarakat sekolah yang bertoleransi. Sekolah merupakan tempat kanak-kanak berpeluang belajar secara seperti yang dinyatakan oleh Furnivall dan Smith, terutama bersama, bermain, mencari kawan baru, membina persefahaman serta perasaan persaudaraan dengan murid-murid lain, sama ada dengan rakan sebangsa mahupun berbangsa lain. Sekolah bukan sahaja berfungsi sebagai tempat memperoleh ilmu dan kemahiran tetapi sebagai tempat mengalami penyesuaian, tolak ansur dan pemupukan nilai-nilai murni sejagat. Sehubungan ini para pendidik sependapat menyatakan bahawa sekolah memupuk benih-benih pola interaksi sosial sama ada dalam kalangan masyarakat serumpun atau masyarakat majmuk. Sekolah merupakan tempat yang paling sesuai untuk kanak-kanak mengenali diri dan masyarakat di sekelilingnya (Kenneth, 1995; Kegan, 1997; Swift, 1997; Cole,1999; dan Chiam, 2002).Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1956 yang juga dikenali sebagai Laporan Razak merupakan usaha pertama ke arah memupukan integrasi sosial melalui pendidikan. Sekolah Umum (Sekolah Kebangsaan) dan Sekolah Jenis Umum (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil). Cadangan ini merupakan satu tolak ansur untuk mengekalkan perpaduan semua kaum dinegara ini memandangkan Tanah Melayu dalam proses mendapat kemerdekaan. Bagaimanapun Laporan Razak juga tidak dapat menyelesaikan isu dan masalah meletakan semua murid pelbagai kaum di bawah sekolah rendah yang sama seperti dicadangkan oleh Laporan Barnes.
Sebaliknya pendidikan sekolah rendah masih disegrigasikan mengikut aliran-aliran tertentu dengan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah ini sehingga sekarang. Laporan Razak dengan jelas memberi penekanan kepada perpaduan negara sebagai satu matlamat yang perlu dicapai. Ini bermakna bahawa unsur-unsur dan nilai-nilai perpaduan dijadikan teras dasar pendidikan kebangsaan untuk menjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik.Oleh kerana masyarakat di Malaysia berupa masyarakat majmuk, maka perpaduan yang diwujudkan mesti berupaya menangkis gejala-gejala yang boleh memecah belahkan rakyat. Gejala-gejala tersebut umpamanya adalah gejala-gejala perkauman, keturunan, agama, bahasa, perasaan kedaerahan. Laporan Razak telah disusun semula selepas enam tahun dilaksanakan.Mengikut Vasta (1992) murid yang disegrigasikan pada peringkat umur seawal 6 tahun kurang bertoleransi dan gemar jarak sosial yang jauh dengan kumpulan etnik yang berlainan. Selepas1957 usaha menyemai unsur-unsur perpaduan melalui satu sistem pendidikan kebangsaan telah dilaksanakan kepada anak Melayu, Cina dan India (Wan Hashim, 1981). Usaha-usaha membina interaksi sosial serta perpaduan masyarakat melalui pendidikan dapat dikenal pasti melalui laporan-laporan pendidikan, ordinan pendidikan, Rukun Negara, dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diperkenalkan secara berperingkat-peringkat. Selepas peristiwa 13 Mei 1969 sistem pendidikan di Malaysia menitik beratkan perpaduan nasional dengan berlandaskan ideologi Rukun Negara (Wan Hashim, 1981; Nagendralingam, 1985 dan Tan Chee Beng, 1987). Rukun Negara telah diistiharkan pada 31 Ogos 1970.
Rukun Negara adalah penting kerana ia telah meletakkan asas falsafah bagi negara apabila membentuk dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan dan integrasi nasional. Mulai Rancangan Malaysia Kedua (1971 - 1975), integrasi nasional diberi penekanandengan jelas “Perpaduan negara adalah matlamat yang penting sekali bagi negara ini”.Bermula dengan amalan prinsip-prinsip Rukun Negara yang diharapkan akan dapat mencapai perpaduan di antara masyarakat berbilang kaum, mencipta masyarakat Malaysia yang adil,memelihara tradisi-tradisi rakyatnya dan membina masyarakat Malaysia yang progresif. Kemudiannya diikuti oleh pinsip-pinsip yang menjadi tonggak cabaran Wawasan 2020, dan sulami pula dengan gagasan Konsep 1 Malaysia. Perubahan dan pembaharuan yang berterusan ini menggambarkan satu keadaan untuk menuju ke arah integrasi nasional sebab murid akanberkongsi satu persekitaran dan bahasa yang sama. Ini akan mewujudkan peluang dan ruanguntuk murid berinteraksi (Ting, 1978; Wan Hashim, 1981; Vasta, 1992) sepenuhnya di sekolah. Apa yang paling jelas sehingga memasuki abad ke 21, pendidikan terus diberi peranan untuk mengintegrasi nasionalkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum seperti yang termaktub dalam kandung matlamat sistem pendidikan negara, juga yang terkandung dalam hasrat Falasafah Pendidikan Kebangasaan.

Kesimpulan
Konsep 1Malaysia membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana yang digariskan dalam prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlulah mengutamakan kepntingan Negara. Semua kaum menganggap bahawa adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. Nilai-nilai murni ini diharapkan dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep 1Malaysia tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara. Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja keupayaan membina negara bangsa bergantung maklumat , modal serta manusia tetapi juga sistem kepada perkongsian nilai integrity, kebolehan, nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara dedikasi dan kesetiaan. Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan dan kekitaan bagi menjayakan konsep ini.



Rujukan
A. Aziz Deraman, (2001), Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia : Suatu Analisis
Perkembangan Kebudayaan di Malaysia , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aidan Foster-Carter (1988), Sosiologi Pembangunan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Byram’s, M. (1997), Teaching and Assessing Intercultural Communicative Competance.
Clevedon, England: Multilingual Matter.
Hussein Hj. Ahmad. (1988), Pemasyarakatan Perpaduan Melalui Strategi Pendidikan
Kebangsaan : dlm Balai Muhibbah. Jabatan Perpaduan Negara. Jabatan Perdana Menteri.
Hussein Hj. Ahmad. (1993), Pendidikan dan Masyarakat : Antara Dasar, Reformasi Dan
Wawasan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kamaruddin Hj. Kachar. (1988), Pendidikan untuk Perpaduan : Polisi dan Strategi
Pencapaian. dlm. Pendidikan dan Polisi Sosial : Prosiding Konvensyen nasional ke-4
mengenai Pendidikan (1984), Petaling Jaya: Pencetakan Orkid Sdn. Bhd.
Mahathir Mohamad . (1993), Sembilan Cabaran Tonggak Wawasan 2020: Antara Dasar,
Reformasi dan Wawasan: dalam Hussein Hj. Ahmad,  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mohd Najib Abdul Razak (2008), Koleksi Ucapan Najib Tun Razak. Teks Ucaptama
Pelancaran Bulan Perpaduan Peringkat Kebangsaan Tahun 2008, Kuala Lumpur : Jabatan
Perkhidmatan Penerangan Malaysia.
Mohd Najib Abdul Razak. (2009), blog1malaysia.blogspot.com/ (04hb Jun 2011: 5.45pm)
Mohd. Taib Osman. (1988), Kebudayaan Melayu Dalam Beberapa Persoalan,  Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mok Soon Sang. (2000), Ilmu Pendidikan untuk KPLI: Siri Pendidikan Perguruan, Selangor:
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Najeemah Mohd Yusof. (2005), Multicultural Education : Managing Diversity In Malaysian
School, School of Educational Studies: Universiti Sains Malaysia.
Nik Safiah Abdul Karim. (1963), Kajian Kebudayaan Melayu , Kelantan:  Pustaka dian Press
Shamsul Amri Baharuddin. (2008), Modul Hubungan Etnik,  Shah Alam : Pusat Penerbitan
Universiti, Universiti Teknologi MARA.
Ting Chew Peh. (1987), Hubungan Ras dan Etnik: Suatu Pengantar, Kuala Lumpur: Pustaka
Dimensi.
Wan Abdul Kadir Wan Yusoff. (1993), Pertumbuhan Budaya Bandaran: Dilema Dihadapi
Budaya Melayu Tradisi dlm. Nik Safiah Karim (ed.) (1993), Tinta Kenangan. Kuala
Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Wan Zahid Mohd. Nordin. (1993), Wawasan Pendidikan : Agenda Pengisisan, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

0 000 yang comey :

Catat Ulasan

terima kasih...

komentar Terbaek

Get widget here
Copyright© All Rights Reserved Pinangdansireh.Blogspot.Com