Isnin, 2 Julai 2012

Memancing Di Sungai Besar...


Selamat Sejahtera....

Teringin pulak nak menceritakan keindahan dan apa yang menjadi daya tarikan di Sungai Besar ni. Saya dah menetap di Sungai Besar 5 tahun. Pendek kata dah jelajah setiap pelusuk jugaklah..Nak cari tempat memancing ikan, udang dan sebagainya saya dah pergi..Mungkin ada sesetengah tempat2 rahsia syurga pemancing sahajalah yang saya tak pergi lagi.. Jika ingin memancing pantai, bolehlah ke Bagan Sungai Burung. Di situ setiap petang akan dipenuhi dengan kaki pancing dan orang ramai yang menikmati angin laut dan melihat matahari terbenam.
Tengok gambar ni..penuh orang kan..

suami saya..


Tengok belakang suami saya tu..penuh orang kan..
Selain itu terdapat juga Kelong yang menjadi tempat orang ramai memancing. Bolehlah menghala ke Kelong Paradise Sabak Bernam. Anda boleh menaiki bot yang di sediakan untuk memancing di kelong.. Antara kemudahan yang disediakan ialah bilik karaoke, surau, children indoor games dan sebagainya... Terdapat pakej yang menarik..Jadi jika berminat bolehlah melayari laman web ini ya..
kelong_speedboat.jpg
Pinjam gambar www.kelongparadise.com


anglers01.png
Inilah hasilnya...
pinjam gambar www.kelongparadise.com 
Jika anda berminat nak memancing udang pulak anda boleh lah menghala ke Sungai Panjang. Disana anda boleh memancing udang. Layanlah berapa lama yang anda suka. Saya dan keluarga pernah pergi memancing disana mengikut rakan-rakan facebook..Tetapi hari tu sedikit malang buat kami. Kami hanya mendapat 4 ekor kawan-kawan di bot yang lain meriah dengan hasil tangkapan. Mungkin disebabkan itu kali pertama kami ke sana dan belum berkenalan dengan mesra suasana di sana...Kami juga terkejut kerana menyangkakan mereka memancing pada siang hari rupa-rupanya hingga ke tengah pagi..dah lah peralatan tak mencukupi ....Tengoklah gambar2 kat bawah ni ya..saya tolong racunkan sikit minda2 kaki pancing udang pulak..he..he...

Jangan tak percaya..

Tengok udang-udang tu...
Lokasi ke tempat bot ditinggalkan..
Pinjam gambar Encik Ezal ya...

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

1 ulasan :

terima kasih...

komentar Terbaek

Get widget here
Copyright© All Rights Reserved Pinangdansireh.Blogspot.Com