Khamis, 10 Februari 2011

(◕‿◕✿) Biodata Saya

 Selamat Sejahtera....

MSN Onion Emoticon Nama saya Mastora Majid. Saya berketurunan Orang Asli.100% Malaysian Aboriginal Citizen. Saya berasal dari kampung Orang Asli Tenggalong, Keratong, di daerah Muadzam, Pahang Darul Makmur.. Saya anak yang ke-3 dari 7 orang adik beradik..saya mempunyai 2 orang kakak dan yang selebihnya adik-adik lelaki. Dalam keluarga besar saya tu saya seorang sahaja yang bekerja makan gaji ni..Adik-adik di kampung semua bekerja dengan bapa menguruskan hal-hal peladangan.

Saya mendapat pendidikan awal  di sekolah kebangsaan Bukit serok dari Darjah 1 hingga 6. Kemudian saya bersekolah menengah di Karak dari tahun 1995 hingga 1996. Semasa bersekolah saya seorang murid yang nakal dan agak malas. Tetapi nasib saya sangat baik kerana ibu bapa yang memberi dorongan yang kuat untuk saya belajar. saya juga telah di paksa oleh bapa saya untuk mengikuti kursus perguruan di maktab perguruan. Walaupun dengan perasaan yang terpaksa tetapi saya tetap mengikuti apa yang telah bapa saya rancangkan. Saya telah mengikuti kursus perguruan di Institut Bahasa Melayu Malaysia pada tahun 2001 hingga 2003. Saya telah berjaya mendapat Diploma Perguruan. Semasa di maktab saya seorang yang aktif.Onion Icon Saya sering bersukan dan mengikuti KAGUM seperti Kagum Bola Tampar, Bola Jaring, Lontar peluru. Dengan menyertai kagum ini saya dapat juga pergi ke negeri-negeri lain seperti Perlis,Perak,Pulau Pinang, Johor dan sebagainya. Saya akui pengalaman semasa belajarlah merupakan sebuah pengalaman yang sangat manis..

Perkahwinan...Onion Icon
Saya telah mendirikan rumah tangga pada 29.Nov.2003 setelah tamat pengajian di Maktab Perguruan. Suami saya seorang Polis yang bertugas di IPPD Sabak Bernam. kami dikurniakan seorang putera yang bernama Airiel Ezriey..

 Blog ini dibangunkan sekadar mengisi masa lapang. Tetapi masa lapang tu kadang-kadang tak banyak dan idea juga kekeringan tu yang menyebabkan blog ini sedikit berhabuk dan usang...Maklumlah bukan senang membahagikan masa antara kerjaya, rumah tangga dan part time berblogging nie..


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

0 000 yang comey :

Catat Ulasan

terima kasih...

komentar Terbaek

Get widget here
Copyright© All Rights Reserved Pinangdansireh.Blogspot.Com