Sabtu, 24 September 2011

panduan bijak beli kereta

Sekiranya anda mengambil keputusan untuk memohon pinjaman kereta, cari pakej terbaik berdasarkan kemampuan anda. Dapatkan maklumat mengenai kadar faedah efektif yang akan dikenakan.


  • Buat perbandingan untuk mendapatkan kereta yang boleh diharapkan dan memenuhi keperluan anda. Ada baiknya jika meminta nasihat dari ahli keluarga atau sahabat.

  • Jika anda ingin membeli kereta terpakai, dapatkan khidmat mekanik yang boleh dipercayai atau lakukan pemeriksaan PUSPAKOM ke atas kereta berkenaan.

  • Pertimbangkan harga jualan semula atau nilai tukar beli kereta sekiranya anda bercadang untuk menukarnya kelak.

  • Rangka bajet mengikut pendapatan anda. Ambil kira ansuran bulanan kereta dan lain-lain kos seperti kos petrol, bayaran tol, parking, perbelanjaan lain termasuk cukai jalan, insurans dan servis biasa.

  • Cuba tingkatkan tabungan untuk bayaran pendahuluan supaya pinjaman yang diambil lebih rendah dengan tempoh pembayaran yang lebih singkat. Perlu diingat bahawa semakin panjang tempoh pinjaman, semakin banyak faedah yang anda perlu bayar.

  • Jangan gunakan kad kredit untuk membuat bayaran pendahuluan kerana anda akan terikat dengan pinjaman pada kadar faedah yang sangat tinggi.

  • Bersedia untuk menanggung perbelanjaan di luar dugaan seperti membaiki kereta sekiranya berlaku kerosakan atau kemalangan. Ada baiknya untuk mengetahui mengenai kemudahan mendapat alat ganti serta kos untuk menggantikannya.

  • Pastikan kereta anda mempunyai perlindungan insurans komprehensif yang mencukupi atau sekurang-kurangnya mempunyai perlindungan insurans pihak ketiga. >>>>>kredit to berita harian online




  • Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

    0 000 yang comey :

    Catat Ulasan

    terima kasih...

    komentar Terbaek

    Get widget here
    Copyright© All Rights Reserved Pinangdansireh.Blogspot.Com