Isnin, 19 September 2011

Tugasan KPD 3026

Bahagian I

MIKROPENGAJARAN
Mikropengajaran adalah untuk:
ü  mengukuhkan pendekatan pelajar kepada sesuatu pengajaran;
ü  mengenal pasti kemahiran yang perlu diperbaiki;
ü  meningkatkan kefahaman pelajar bagi pelbagai gaya pengajaran yang berkesan;
ü  menerima maklum balas yang berkesan.

Pelajar akan mengajar satu pelajaran (pilihan pelajar) selama 5 -10 minit. Oleh kerana masa adalah singkat, alat bantuan visual seperti Powerpoint tidak digalakkan. Walaubagaimanapun, carta, flipchart, papan putih, handouts boleh digunakan.

Rakaman boleh dibuat oleh pelajar untuk membantu mereka untuk membuat refleksi.

Maklumbalas mesti diberikan kepada pelajar selepas setiap mikropelajaran.

REFLEKSI MIKRO-PENGAJARAN

Berikut adalah beberapa cadangan soalan yang pelajar boleh guna untuk bertanya untuk membantu mereka memikirkan tentang mikropelajaran mereka:

1.  Apa tema/isu yang muncul dari maklum balas pensyarah dan rakan tentang pengajaran saya
2.  Apakah kekuatan saya? Bagaimana saya boleh membina dari kekuatan itu?
3.  Apakah yang saya perlu menambahbaikan




Bahagian II


MAKROPENGAJARAN

Pelajar dikehendaki untuk menyampaikan 30 minit sesi makropengajaran.  Topik pengajaran mesti mengikut mata pelajaran opsyen masing- masing, rakaman video mesti dibuat.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN                     

Rancangan Pengajaran Harian mesti disediakan untuk makropengajaran tersebut.

Dalam Rancangan Pengajaran Harian:
ü           menetapkan hasil pembelajaran (hasil) untuk sesi pengajaran dengan mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan pemahaman terlebih dahulu.
ü           menetapkan aktiviti pembelajaran yang akan dijalankan semasa sesi pengajaran.
Menyatakan:
apa pembelajaran dan pendekatan pengajaran yang akan digunakan;
apa isu-isu / halangan yang dapat
diatasi olependekatan pembelajaran itu;
pengurusan persekitaran pembelajaran bagi memastikan pembelajaran yang berkesan berlaku dengan selamat dan efektif.


ü           menetapkan cara-cara menilai pembelajaran.

Maklumbalas mesti diberikan kepada pelajar selepas setiap makropelajaran

REFLEKS MAKROPENGAJARAN

Berikut adalah beberapa cadangan soalan yang pelajar boleh guna untuk bertanya untuk membantu mereka memikirkan tentang makropelajaran mereka:
1.  Adakah objektif pengajaran saya dicapai?
Bagaimana saya tahu?
2.  Adakah murid saya melibatkan diri secara produktif /aktif ? Bagaimana saya tahu?
3.  Adakah saya mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya? Mengapa?
4.  Apakah bantuan tambahan, sokongan, dan /
       atau sumber-sumber lain yang dapat pertingkatkan pelajaran ini lagi?
5.  Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid
yang sama, apakah yang saya akan buat
secara berbeza? Mengapa?

Bahagian III

i.     Laporan Kajian Tindakan yang dilaksanakan berdasarkan isu P&P yang dihadapi oleh guru.






Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

0 000 yang comey :

Catat Ulasan

terima kasih...

komentar Terbaek

Get widget here
Copyright© All Rights Reserved Pinangdansireh.Blogspot.Com