Ahad, 18 Mac 2012

Jom Kuliah...Semester3

Selamat Sejahtera...

Minggu ini saya telah mengabdikan diri di UPSI untuk menhadiri kuliah bagi semester 3. Saya dengan perasaan seronok dan teruja untuk menghadiri kuliah bagi sem ini.Wah2 bersemangatnya aku kan..Maklumlah bercita-cita untuk memperbaiki keputusan exam semester dua yang lalu..

Seronok belajar di UPSI ni. Dapat jugak aku duduk di dewan kuliah yang selesa dan cantik. Kali ini kami bekuliah di Kampus Sultan Azlan Shah.Walaupun kampus ini dalam proses pemindahan dari kampus lama ke sini tetapi kebanyakkan kemudahan yg disediakan amat memuaskan. Bilik kuliah yang lengkap dengan alat teknologi maklumat serta bilik kuliah yang berhawa dingin.  Selain itu kami juga dapat menikati wi-fi yang disediakan..Bagus kan..so saya mengambil kesempatan ini untuk update blog saya lah...
Inilah Proton City..SEm lepas exam kat sini..
Kreadit: http://drotspss.blogspot.com

Ni lah kampus baru kami..Sedang berkuliah di sini...

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Selasa, 13 Mac 2012

Masyarakat Orang Asli Jakun

Selamat sejahtera...




Anda tahu atau tidak sebenarnya orang asli ini adalah dalam kelompok orang melayu pendek kata Orang Melayu sebenarnya berasal dari orang Asli.. Ya betul cuba baca semula sejarah-sejarah yang terdapat dalam buku atau google sahaja.. Orang Asli kelompok Melayu Proto tidak mahu meneruskan amalan atau mengikut satu lagi kelompok orang asli yang bergerak ke hadapan. Kelompok Melayu Proto ini kekal tinggal di dalam hutan dan di kawasan sungai.. Maka Kelompok yang telah maju itu telah di beri nama Melayu tinggallah orang Melayu Proto sahaja.. Dalam kelompok Melayu Proto ini terdapat 6 lagi suku kaum...Antaranya Jakun, Semelai, Temuan, Orang Kanaq, Orang Kuala, orang Seletar..

kebanyakkan Orang Asli Jakun ini tinggal di negeri Pahang dan Johor. Di Pahang biasanya mereka berada di sekitar Rompin, Pekan dan Kuantan manakala di Johor pula mereka berada di sekitar Endau, Mersing, Segamat dan Kluang... Penempatan Orang Asli Jakun ini terdapat di pinggir-pinggir jalan raya dan di pendalaman.

Orang asli Jakun terbahagi kepada dua kategori iaitu Jakun Bukit dan Jakun Laut. Mereka dikategori demikian kerana dari segi kehidupan dan bahasa. Jakun Bukit biasanya tinggal di pinggir dan lereng-lereng bukit. Mereka menjalani kehidupan dengan mencari hasil-hasil hutan. Antara penempatan mereka ialah Kampung Api Larat, Rompin, RPS Bukit Serok, Kampung Tenggalong, Kampung Runchang, Kampung Simpai...

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Bukit Tinggi@Berjaya Hills

Selamat sejahtera...

Pada 10/3 yang lalu kami telah menghantar adik bongsu saya balik ke Pahang...Ikut perancangan kami ingin menghantar adik bongsu saya sampai di Karak. Kemudian adik seorang lagi akan ambik. Tetapi belum sampai Bentong pun suami dah melencongkan kenderaan ke Bukit Tinggi atau pun nama lainnya Berjaya Hills...
Jom tengok gambar2 dibawah....lagi satu pesanan saya kalau nak ke sana sebaik2nya sediakanlah kelengkapan seperti air minuman..Hari tu terpaksa jugak beli air sebab anak saya dahaga..sebotol air minuman kecil 3.60 dan setin air soya 6.50..rugi duit dah kat situ baik beli dari bawah jer air kan dapat jimat sikit...













Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Isnin, 12 Mac 2012

Motorcross D'Bendang Sabak Bernam 2012

Selamat Sejahtera....

Hi semua....apa Khabar sihat ker? Cuti-cuti sekolah nie mesti banyak aktiviti yang anda semua lakukan betul tak..saya berkesemptan jugak lah menyaksikan pertandingan motorcross yang diadakan di Sungai Besar nie..
Mengikut pemahaman saya sukan motorcross di sini diadakan setiap tahun. Penyertaan pula melibatkan ramai pelumba-pelumba dari pelbagai negeri..Cuma pada kali ini penyertaan berkurangan sedikit kerana saya dimaklumkan bahawa di Pantai timur terdapat juga perlumbaan motorcross maka ramailah pelumba2 dari Thailand dan kelantan yang turun ke Pantai timur...
Jom lihat aksi2 mereka...
Sang Juara berumur 14 tahun 



sang juara dari Batu Pahat..



ATV pun turut beraksi.


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

komentar Terbaek

Get widget here
Copyright© All Rights Reserved Pinangdansireh.Blogspot.Com