Wah..sebenarnya dah lama nak story pasal Cikgu Apis nie..mula last year bila saya gi kursus KSSR tahun 2. Ada seorang cikgu yang berkenalan dengan saya dan bila cikgu tu yang bernama Amalina ( kalau tak silaplah) telah bersembang dengan saya memaklumkan kepada saya mengenai Cikgu Apis bila cikgu Amalina mengetahui saya ni Orang Asli. Berdasarkan maklumat yg diberikan saya pun menggoggle lah blog Cikgu Apis ni..Seronok jugak bila cerita cikgu ni melalui blog Cikgu Apis ni telah berjaya dibukukan...Buku Life Through My Eyes telah pun dilancarkan tahun lepas dan saya mesti mendapatkannya..
Apa yang membanggakan saya ialah cikgu Apis nie telah mengajar anak-anak orang Asli Di Sungai Siput (U), Perak di Sek Kebangsaan Kampung Kenang...Jangan tak caya selain mengajar cikgu Apis ni juga seorang blogger dan telah memenagi anugerah Apicta.. Dengan semangat dari Cikgu Apis ini telah membuat saya berkobar-kobar untuk kembali mengajar di kampung halaman saya sendiri dan untuk mendidik anak bangsa Orang Asli. Ape-ape pun tahniah ya Cikgu Apis...Nak tau maklumat lanjut gi lah blog Cikgu Apis dan youtube cikgu Apis....
psttt: ramai jugak cikgu yang glamour macam cikgu shida tu...
salam kenal cikgu...teruja saya mengetahui cikgu adalah orang asli 100%, susah nak jumpa cikgu mcm anda..Tahniah kerana berjaya mengangkat status orang asli ke tingkat lebih tinggi ..teruskan berbakti kpd masyarakat orang asli...TAHNIAH sekali lagi
BalasPadamselamat sejahtera.... terima kasih nurazzah8 ya...saya pun teruja jugak kenal kenal ngan kamu nie... Saya masih belum dapat berkhidmat kepada masyarakat orang asli lagi.. harap-harap ujung tahun ni atau tahun depan dapatlah pindah ke kampung2 orang asli untuk berbakti...
BalasPadamPEACE....