Selamat sejahtera...
Kali nie school holiday saya tak balik kampung..kami gi bercuti ke Pulau Langkawi... Kami bertolak awal hari ahad darjah Selangor pukul 9 pagi.. sampai jeti Kuala Perlis kami cari hotel untuk menginap semalam.. so aktiviti hari ahadnya kami bershopping ke Padang Besar sempadan Malaysia Thailand...Sebenarnya tak ada yg istimewa sangat padang Besar ni.. ada yang kata murah tapi bagi saya sama sahaja harga pakaiannya..Cuma kita mungkin dapat harga yang paling murah jika kita rajin tawar menawar.. Contoh baju2 jersey jenama Nike atau Adidas yang warna cantik2 tu dan ada tulis T90 tu kalau kat uptown Danau Kota baju2 ni dijual dengan harga Rm10 jer..cuma saiz jer lah yang berbeza iaitu free saiz bagi yg badan comel2.. kalau kat Padang Besar ni baju ada saiz so boleh pilih... Balik dari Padang Besar kami pun masuk hotel mandi2 dan gi kuar makan..malas nak gi makan yg sedap2 makan ala kadar jer lah kat restoran dihadapan jeti Perlis tu..