Sabtu, 18 Januari 2014

Memancing Udang...


Selamat sejahtera...

Pada minggu yg lepas kami sekeluarga yang bahagia menjalankan aktiviti memancing udang.. Kami keluar memancing di kolam pancing udang Batu 8, Bukit Kemuning, di belakang tokong cina.. Kami memancing selama 3 jam dari pukul 10.30 pagi hingga 1.30 petang.. Anak saya yang nak bersekolah pun ikut sama.. memandangkan kolam berhampiran dengan rumah maka pukul 12.10 tngahari suami bawa anak balik untuk menukar pakaian sekolah lalu ke sekolahnya..

Kami menggunakan umpan umpun-umpun yang dijual di kolam tersebut..Walau agak geli aku gagahkan diri jugak sebab gian sesangat dah lama tak mancing.. last aku mancing rasanya pada hujung tahun 2012.. 2013 aku mengandung so dah stop buat aktiviyi luar sbb menjaga kandungan..he3... selama 3 jam memancing dapat 700gram..berbaloi ke tak? Tak berbaloi lah dengan harga masuk memancing sejam rm9 X 3 jam bagi sorang hari tu kira 2 orang... tetapi sebab encik polis dah janji nak bawa memancing maka dia kena tunaikanlah... walau x berbaloi aku puas hati... jom lah usha gambar2 aku memancing ni..






Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

0 000 yang comey :

Catat Ulasan

terima kasih...

komentar Terbaek

Get widget here
Copyright© All Rights Reserved Pinangdansireh.Blogspot.Com