Sabtu, 30 April 2016

Hutan Simpan Lesung..

selamat sejahtera....
ini kisah kami..kisah kami pergi bercuti ke dalam hutan. kami bercuti beramai-ramai..kat dalam hutan tu kami tidur 2 malam..zarra yg berusia 4 bulan pun ikut tau..hutan tu jauh sangat kat dalam HUtan Simpan Lesung, Selancar Pahang Darul Makmur. Ha3..ape lah aku ni..menulis macam karangan kanak-kanak ribena plak.... Jom lah tengok gambar buah-buahan di dalam hutan ni..
buah rotan..rasanya manis

isi nya macam makan buah mata kucing,,ada biji di dalam..tapi lapisannya isi nya nipis sahaja


ulam buah gerepong

kelat-kelat sikit

kami pinggil buah gerepung..bentuknya macam buah ara..
pokoknya hanya tumbuh di tepi-tepi sungai.


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Jumaat, 29 April 2016

BERKELAH DI JANDA BAIK..

SELAMAT SEJAHTERA...

Bila suami keje malam siang harinya macam ni lah kami... kami akan menghabiskan masa berjalan tanpa tujuan...Mula-mula suami ajak balik kampung sebab ada kenduri kawin.. tapi memandangkan jauh maka kami membuat lencongan kereta ke janda baik sahajalah..My 1st impression bila masuk janda baik ni tengok biasa je..kampung2 orang..tak nampak pun yg istimewanya.. bila terus ke dalam lagi baru lah nampak banyak papan-papan tanda yang menawarkan perkhidmatan berkhemah, sewa atv, chalet dan macam2 lagi.. kami mazam biasa lah suka yg jauh dari orang ramai..cari2 jumpa lah kebun pokok kantan..air pun cantik jadi di situlah kami berkelah...makanan kami beli je kat kedai2 yang banyak tepi2 jalan tu...







Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Rabu, 27 April 2016

PASAR PAGI PEKAN KERAYONG, BERA, PAHANG..

SELAMAT SEJAHTERA.....

Minggu-minggu yang lalu sempat jugak balik ke kampung..Lamanya tak balik kg..rindu plak kat ikan sungai terutamanya si Fatin a.k.a ikan patin... Hari ahad pagi kami bangun awal-awal sbb nak cari ikan sungai lah nak bawa balik ke Shah Alam.. Kami pergi berdua je..Zarra dan Airiel tinggal dengan neneknya je..Rasa bagai nak gila tengok sayur-sayur kampung.. mmg kegemaran sungguh dengan sayur-sayur kg ni...jom layan-layan gambar. 


INFO: 

LOKASI: DI STESEN BAS KERAYONG.

MASA : PAGI HINGGA KE TENGAH HARI


ulam mata itik

ulam serai kayu



pucuk cemperai

beli ikan banung..rm28 sekilo


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Selasa, 12 April 2016

PERGILAH...SEMOGA KAU TENANG DI SANA.


SALAM SEJAHTERA..

SEMALAM KAMI MENERIMA BERITA YANG MENYEDIHKAN APABILA ADIK KOKO PERGI MENINGGALKAN KAMI. SETELAH BERUSIA 1 TAHUN 8 BULAN ADIK KOKO PERGI DENGAN TENANG. SAYA SEBAGAI MAK CIK BERASA SEDIH MAKLUMLAH PERNAH MERASA JUGA BAGAIMANA KEHILANGAN ANAK YG KITA SAYANG. TETAPI DEMI KEBAIKAN KOKO KAMI REDHA DENGAN PEMERGIANNYA. ADIK KOKO TELAH LAMA MENANGGUNG DERITA SAKIT YANG PELBAGAI SEJAK LAHIR LAGI.. PERGI LAH DENGAN TENANG ADIK KOKO.

31.8.2014-11.3.2016

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

komentar Terbaek

Get widget here
Copyright© All Rights Reserved Pinangdansireh.Blogspot.Com