Isnin, 17 Oktober 2016

Aksi Zarra 11 bulan daa....


SELAMAT SEJAHTERA!!!!!


Hiiii awak2 sekalian... perkembangan bayi pada usia 11 bulan seperti Zarra ni memang lah menggembirakan.. Tengoklah telatahnya membuatkan kita yg penat balik kerja pun rasa gembira.. Dialah penghibur hati ketika papa tiada dirumah... 



Sekarang, cuma tinggal satu bulan saja sebelum harijadi pertama bayi anda dan anda harus sedar yang dia bukan lagi seorang yang tidak boleh bertindak sendiri tanpa anda. Walaupun dia masih memerlukan banyak jagaan dan bantuan, tetapi tahap berdikarinya kian meningkat – jelas apabila melihat dia berdiri, membongkok dan mencangkung – yang semakin menonjol. 

Dia mungkin boleh berjalan dengan memegang tangan anda dan dia akan mengulurkan lengan atau kakinya untuk membantu anda memakaikan pakaiannya. 

Pada waktu makan, dia mungkin boleh memegang cawan dan minum sendiri (walaupun sesetengah kanak-kanak tidak boleh membuat ini untuk beberapa bulan lagi) dan boleh menyuap dan menghabiskan makanannya dengan sendiri. Apa yang menarik ialah, apabila anak anda pandai memegang cawan dan minum sendiri, masa inilah anda mesti belajar bagaimana nak mengelak, sebab sudah tentu dia akan melontarkan saja cawan itu apabila selesai walaupun ada kalanya dia meletakkan cawan secara lembut. 

Dia juga akan menjatuhkan objek dengan sengaja untuk dikutip oleh orang lain, barangkali mengharapkan anda juga. 

http://www.babycenter.com.my/a1033497/perkembangan-bayi-anda-semasa-usia-11-bulan#ixzz4NKF5FLLN


SUMBER: http://www.babycenter.com.my/
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

0 000 yang comey :

Catat Ulasan

terima kasih...

komentar Terbaek

Get widget here
Copyright© All Rights Reserved Pinangdansireh.Blogspot.Com