Selasa, 19 September 2017

Jom Naik..Genting SkyWay Awana

helloooo... selamat sejahtera... Dah naik ke Genting Skyway yang baru ni.. Kalau belum lagi jom ler mencubanya... saya dah naik 2 kali..Kali pertama agak takut jugak sebab kami 1 keluarga dari atas ke bawah... Dari atas tu agak seram sikit sebab saya rasa lebih tinggi dan melalui atas2 bangunan..
Tapi apabila naik ke atas pula tak lah rasa seram kerana kita dapat lihat kereta2 di bawah laluan sky way ni... skyway yg baru ni lebih rendah dan singkat masa perjalanan dari skyway yang lama dahulu... 

Sky way ni 2 jenis..ada yg skyway kaca yg jernih kaca tempat kita perpijak tu..tapi harganya memang mahal...kami naik skyway yang biasa sahaja...Harga sehala Rm8 sahaja.. Terdapat stesen yang oleh kita turun seperti Stesen Chin Swee yang boleh kita turun untuk melihat keindahan kawasan tokong.

di sini saya ada sertakan sedikit maklumat mengenai Sky Way Awana ni ya...

Trivia Sky Way Awana, Genting Higlands.
Terdapat 99 gondola..
10 buah gondola kaca..
Kelajuannya... 6 Meter dalam masa 2 saat.
Terdapat 22 tiang..
53 meter ketinggian tiang.
Dari Awana stesen ke Sky Avenue mengambil masa 10 minit sejauh 2.8 km dan laluan mendaki 620 meter.







Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

0 000 yang comey :

Catat Ulasan

terima kasih...

komentar Terbaek

Get widget here
Copyright© All Rights Reserved Pinangdansireh.Blogspot.Com