Khamis, 9 Januari 2014

D.I.M ( duda idaman malaya) menjengah blog aku...


selamat sejahtera....

haii..tak pernah aku tulis blog sebelum tidur ni...ni pun dah terbaring sambil cek blog aku guna samsung tab jer.. tengok2 ada abang abil @ D.I.M memberi komen...Wah gembiranya... dah dua kali sebenarnya abang Abil melawat blog aku yang sepi nie...

hilang duka aku ni bila tengok abang Abil menjengah blog.. jadi berdasarkan pandangan aku ni mesti abang Abil suruh aku mencontohi beliau yang tabah kehilangan orang yang tersayang.. imbas kembali cerita Abang Abil lagi tragis bila teman hidup dan insan yang tersayang meninggalkan beliau.. Aku baru kehilangan bayi tu pun selepas lahir.. Abang Abil ni kehilangan teman sekatil lagikan...

Jadi aku kena menerima kenyataan lah dan dah tak der rezeki nak memilikinya.. cuma rasa cemburu jer kat orang yang ada anak kecil..dan aku tak boleh bayi menangis..sedih rasanya.. lagi sedih bila air susu meleleh keluar... Kesimpulannya aku kena melakukan pelbagai perkara agar dapat melupakan peristiwa itu.. Semoga arwah anakku Quirina Nuri Sadiya tenang dan gembira disana..tunggu mama dan papa serta abang airiel disana ya..


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Rabu, 8 Januari 2014

santan Sawit...Sokong Produk Malaysia...


Selamat Sejahtera...

Yesterday...Ceh Wah...Semalam lepas anta anak tunggalku ke sekolah aku pun mengajak encik Polis pergi shooping... Dah lama tak shopping barang dapur.. So aku pun naik hantulah menyoping...

Bila shopping barang dapur, biasalah banyak perancangan nak masak apa, bila dan bahan2nya.. Jadi semasa shopping tu terjumpalah santan kelapa sawit.. Apalagi terus capai 2 paket..Pernah tengok kat tv bahawa ada santan kelapa sawit yang sama kualiti dengan santan kelapa tetapi  tiada lemak dan kolestrol.. Ni lah dia santan sawit  tu.. cubalah rasanya sama lazat..aku dah cuba semalam buat kari laksa..kow..kow..

santan sawit jenama Khalis..  pergi sini www.khalissantan.com

dapatkan segera SANTAN SAWIT KHALIS ya... LAZAT, BERKHASIAT, HIDUP SIHAT..


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Selasa, 7 Januari 2014

cara memandu yang buat aku Grrrrr...


Selamat sejahtera.....

Aku merupakan seorang pemandu kereta.. Baru 3 tahun mempunyai lesen..Baru 2 tahun memandu..Kira junior lagi lah kan..Memandangkan hampir setiap hari memandu, macam2 lah perangai pemandu yang dapat dilihat. yang paling tak best bila menyakitkan hati dan menerbitkan maki hamun...ha3...jom check it out...

1 : Memandu Sambil Makan Angin
Memang hangin la kalau nak cepat sampai tempat kerja, kereta depan bawak kereta 60km/j. Kalau pemandunya warga emas boleh dimaafin lagi la. Ni tengok sihat, bertenaga, macho habis, bawak kereta slow  nak m****s. Bukan la nak mencarut. Dia tak rasa bersalah ka tengok kereta belakang berderet-deret. Bukan suruh kau bawak laju-laju, tapi gunakanlah kelajuan yang agak-agak tidak membuatkan orang lain mencarutkan kau. Ada pulak yang bersembang-sembang dengan orang sebelah, ntah apa yang disembangkan ntah, nak sembang pi la kedai makan, tak pon berhenti tepi jalan, hang sembang la puas-puas. Nak ingatkan, yang aku membebel ni untuk waktu pagi time orang sibuk pi kerja ja. Waktu-waktu lain aku tak kisah sangat. Hehe.

 2 : Terhegeh-hegeh masa lampu hijau.

 Ni seekor lagi, masa lampu hijau dia buat lambat-lambat, elok lampu kuning baru hang reti nak tekan minyak.Banyak kali dah kena aku ni.  Sakit hati betoi aku. Kalau kuning nak slow tu memang aku tak kisah. Apa yang dia buat dalam kereta tu pun tak taw la, takkan dalam kereta hang buat kerja office kot. Tolong la fokus time memandu. Walaupun orang cakap hang skema, pedulikkan ja, daripada orang maki-maki belakang hang.

 3 : Brek, Brek, Brek dan Brek...Bre...kkkkk...

 Sakit jiwa gak spesies jenis suka main brek-brek ni. Padahal jauh g kereta kat depan nun. Mungkin ni spesies trauma, tak pon sms sambil memandu, syok menyembang ngan partner sebelah atau belakang yang paling best buat kerja-kerja office dalam kereta, buzy melampau la katakan. So, saranan aku, tolong-lah fokus semasa memandu, aku pon pernah tak fokus. Sekarang ni memang selalu berhati-hati la, tapi kalau nak kena gak, memang tak boleh nak elak la kan. Tapi tak salah kalau mencegah dari awal. Pandu cermat, nyawa selamat, jangan lambat sangat sampai orang maki tak hengat ;))
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

komentar Terbaek

Get widget here
Copyright© All Rights Reserved Pinangdansireh.Blogspot.Com