Dengan perasaan yg tidak sabar kami mengeluarkan barang dr kereta lalu memindahkan ke dalam Land Cruise..tak sabar sungguh untuk menyambung smula perjalanan ke dalam hutan yg hanya boleh dilalui oleh motorsikal dan pacuan 4 roda sahaja.. sepanjang perjalanan kami melalui bukit yg tegak dan jalan yg curam serta gaung yg dalam...sampai di tapak perkhemahan pada pukul 6.00 petang dengan guruh yg berdentam-dentum menyambut kehadiran kami sekeluarga... oh indahnya... kini aku datang lagi ke dalam hutan yg terletak dusun buah-buahan moyangku.
Kami pun segera memasang khemah manakala emak,kakakku n anak saudaraku sedang memasak untuk makan malam kami....manakala pakcik aku juga bersiap2 n mengemaskan barang2 untuk di bawa memburu malam nanti...perkara pertama yg kami lakukan ialah mandi lah apa lagi... mak oi...sejuknyer air mcm mandi dalam ais plak tapi itu lah yg sentiasa menjadi ingatan bila berada jauh dari kg.malam itu sementara menunggu pak cik n adik ku berburu kami di kaw khemah berbual2 n masa2 mcm ni lah ayahku suka bercerita mengenai hidupan2 didlam hutan dan pengalamannyer yg berkerja di dlam hutan...kami tidur dalam suasana yg sangat dingin kerana angin yg bertiup dan keadaan di dalam hutan sememangnyer sejuk..
sebelum masing2 tidur ayah berpesan supaya jgn memadamkan lampu yg di sambung dengan bateri pacuan 4 roda ayah dan membuat unggun api supaya haiwan2 buas dapat mengetahui kehadiran kami dan menghidu bau asap api.. mndengar pesanan ayah membuatku rasa takut untuk keluar dari khemah untuk membuang air....lagipun kesan2 tapak kaki harimau banyak dijumpai dan kesan tahi gajah yang masih baru di kaw berhampiran.
0 000 yang comey :
Catat Ulasan
terima kasih...