Adakah anda mengenali Prof Juli Edo...beliau ialah seorang pensyarah yg kini berkhidmat di UM..saya mengenali beliau ketika belajar di Maktab Perguruan.Beliau telah datang ke maktab kami untuk memberi ceramah lagipun saya ada berkawan dengan anak saudaranya ketika di Maktab iaitu Ellysonza...
Profesor Dr. Juli Edo adalah antara sekelumit suku kaum Orang Asli di negara ini yang berjaya dalam pendidikan. Profesor di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya ini menjadi bahan ucapan setiap kali ceramah berkaitan dengan anak-anak orang asli untuk dijadikan sebagai Contoh..
Pada 1981, Juli dari suku kaum Semai ini melanjutkan pelajaran ke UKM di Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan (FSKK). Dia adalah antara pelajar Orang Asli terawal di negara ini yang melangkahkan kaki ke menara gading.
Apapun, syabas saya ucapkan kepada Prof Juli Edo. Semoga dia terus menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak Orang Asli di seluruh negara.
time kasih kawan coz share serba sdikit maklumat ttg Prof. Dr. Juli Edo
BalasPadam