Sabtu, 28 Mei 2011

sEgMeN bAnDAR VS kAmPuNg....episod 1



Bila tiba musim cuti sekolah nie semua orang yang mempunyai anak akan berkira-kira nak balik kampung..Tetapi aku kali ni tak balik kampung.Banyak tugasan yang perlu aku laksanakan jadi aku akan duduk kat rumah menyiapkan kerja-kerja aku. Aku nie memang berasal dari kampung atau lebih tepat aku nie anak hutan..yes..aku memang suka duduk dalam hutan memang dah semula jadi orang-orang asli kan duduk dekat-dekat hutan. itu dulu sekarang dah ramai kat bandar jugak...tetapi kali nie aku join segmen akutetapaku85.blogspot.com iaitu segmen Bandar VS kampung.Ikutilah kisah ku ini ya...

Pendahuluan;
Nama aku Mas aka sakura putih.aku berasal dari Pahang..Kampung aku bernama Kampung Tenggalong..Pelik kan nama kampung aku nie..Orang tua aku kata nama tu dapat daripada seekor musang yang berbau busuk. Kampung aku terletak di daerah Muadzam Shah, Pahang. Kampung aku nie berhampiran dengan felda Keratong.Dan kampung aku nie bersebelahan dengan kampung Orang Melayu.

Isi-Isi:

Aku lebih suka duduk di kampung sebenarnya. Di kampung aku tu penduduknya tak lah ramai dalam 60 keluarga je.Maklumlah kampung orang asli bukan ramai sangat pun. kampung aku nie masih meriah lagi dengan tumbuh-tumbuhan hutan yang malar hijau. kalau masuk ke kampung aku mesti orang kata" Betul ker ada kampung dalam nie"..mesti tak caya sebab anda masuk jer disambut dengan pohon2 yang rimbun.
Suasana di kampung yang paling aku suka ialah pada waktu pagi..seawal jam 5 pagi lagi aku dah boleh dengar ayam berkokok mengejutkan tuannya. walaupun ayam berkokok aku tak akan bangun malah aku akan menarik selimut kerana suasana yang sejuk hingga tak perlu aku memasang penghawa dingin atau pun kipas macam di bandar. pada jam 7.00 pagi aku akan bangun terus ke luar rumah untuk menyedut udara yang segar. aku juga suka lihat embun yang masih melekat di daun pokok bunga di halaman rumah. pada waktu ini haiwan2 yang paling sibuk ialah ayam peliharaan mak aku yang mengais makanan. kadang-kadang mak aku nie pagi2 pun dah gi berkunjung ke rumah jiran2..maklumlah kawsan kampung,jiran2 tu mestilah makcik2 aku jugak.
Apbila waktu petang, jam 4 petang tu aku dah mula buat minum petang..biasa lah kat kampung mesti minum kopi dan cekodok ikan bilis..kadang2 dapat jugak makan ubi rebus + ikan masin..mesti korang tak cayakan..tapi inilah kenyataan kehidupan orang asli..ubi kayu bersepah sekeliling rumah cuma rajin atau malas jer nak buat kuih atau minum petang..minum petang tu mesti lah kat bawah pokok jambu mawar mak aku..kat bawah pokok tu ader bangsal..kalau org dtg rumah pun bukan masuk ke dalam rumah mesti sembang2 kat bawah pokok tu..minuman akan dingkat bawa ke luar..saper2 yang lalu mesti akan dipanggil untuk siggah minum petang..bergitulah waktu petang aku di kampung..yang syok ada buaian sekali.suami aku selalu lah lepak kat situ..

waktu malam kami sekeluarga akan menonton berita beramai2dan tengok tv..lepas tu kalau tak der cerita menarik kami akan lepak di bangsal lagi sambil sembang2..biasanya ayah aku lah yang akan menjadi penglipur lara.ayah akan bercerita macam2..dari zaman perang hingga ke kisah dongeng..time ni lah paling syok..yang best ayah aku akan baca jampi2 yang penuh didadanya..mana2 anak2nyer yg cepat pick up boleh ingat yang dibacanya maka anak itu dapat lah jampi2 yg diperturunkan oleh ayah aku..biasa nya adik lelaki yang no 5 cenderung berminat ke arah itu..kadang2 kami akan bermain alat muzik..ayah aku pandai bermain biola, mak aku menyanyi, adik aku no 4 akan bermain gitar, adik no 5 akan pukul gendang..syok beb keluarga aku yang serba boleh nie..lagu2 yang akan ayah aku dengdangkan ialah serampang laut, kancing suasa dan banyak lagi lagu2 tradisional yg aku tak tau tajuk.
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

1 ulasan :

  1. e eh.. bestnya kampung dia... Rasa nak ke Tenggalong dengar ayah cikgu nyanyi lagu Joget KApal Terbang lah..

    BalasPadam

terima kasih...

komentar Terbaek

Get widget here
Copyright© All Rights Reserved Pinangdansireh.Blogspot.Com