Sabtu, 25 Jun 2011

Imam Muda pulak..

Hello..readers semua...

Wah maharaja lawak dah pun berakhir..Sepah telah menjadi juara...ada yang tak puas hati ke..Harap semua orang berpuas hati lah dengan keputusan yg telah di umumkan ya..adatlah ada yang menang dan ada yang kalah...selepas habis maharaja lawak moh ler kita sama2 menghadap imam muda pulak...selalu kita ketawa terbahak2 apa kata moh kita layan sebuah rancangan realiti yang bagus nie...Walau pun aku ni bukan beragama islam tapi aku still on semua jenis rancangan televisyen..asal aku paham..aku suka jugak tengok imam muda nie sebab rancangan ini penuh dengan pengajaran dan aktiviti kemasyarakatan..antara episod yg aku suka tengok ialah apabila peserta imam muda nie menguruskan jenazah....ok ler jom lah kita mengenali  serba sedikit peserta imam muda akhir...

Nazrul Izwan Zolkiflee, berkahwin
26 thn, Segamat, Johor, merupakan seorang Guru Besar di sek agama di Perak. 
Selain gemar berkebun, Nazrul berbakat menyanyi. 
Irama Nasyid menjadi pilihan. 
Mempunyai personaliti bersahaja, menjadikan Nazrul mudah bergaul dengan golongan remaja. 
Baru mendapat cahaya mata kedua.
 
 
Hassan Adli Yahaya, bujang
26 thn, Air Tawar, Perak.
Hassan adalah seorang Pensyarah di sebuah kolej.
Di waktu lapang Hassan suka keluar bercuti dan melancong menikmati keindahan alam.
Hassan seorang yang pemalu tetapi selepas mengenalinya ternyata Hassan seorang yang peramah dan suka berkongsi ilmu.
 
Juara akan menerima hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama 4 tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000, pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi
 
 
psssttt:- Dasyat betul peserta imam muda nie..bukan calang2 org yang masuk program imam muda nie..

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

2 ulasan :

terima kasih...

komentar Terbaek

Get widget here
Copyright© All Rights Reserved Pinangdansireh.Blogspot.Com