Sabtu, 28 Julai 2012

Apa perasaan anda bila dicucuk?

Selamat sejahtera...

Hari ni dapat juga kami balik kg..Walaupun balik pada hari Sabtu pun x per lah..Ikutkan memang malas sikit nak balik sebab dah hari Sabtu n Ahad kena blik semula.. Tapi ikut jer lah bukan saya yg memandu pun kan.. Nak balik rumah saya pun mungkin x dapat lah kan.. On the way balik selepas di Hentian Rehat Lancang ada lah pulak sebuah kereta Myvi yg kurang ajar dah lah  tampal "P" lagi memandu macam nak cepat mati pulak tu..Dia punya kurang ajar "mencucuk" kereta kitaorang.. Ok la suami pun ke lorong kiri bagi dia lalu.. Lepas tu suami pulak yg cucuk dia dr RnR Lancang sampai exit Temerloh.. Bila suami cucuk tu punyalah laju Myvi tu. Meter kitaorang pun dah cecah 150 apatah lagi Myvi yg kat depan kan..

Hah ni dia kereta tu.. Pemandu lelaki pas tu kereta penuh teddy bear pulak tu.. Saya tak ingat nak snap pic masa suami follow tu.. Ni pun bila dah masuk ke tol temerloh..



Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Ahad, 22 Julai 2012

Berbangga aku dengan Cikgu Apis nie...

Selamat Sejahtera...

Wah..sebenarnya dah lama nak story pasal Cikgu Apis nie..mula last year bila saya gi kursus KSSR tahun 2. Ada seorang cikgu yang berkenalan dengan saya dan bila cikgu tu yang bernama Amalina ( kalau tak silaplah) telah bersembang dengan saya memaklumkan kepada saya mengenai Cikgu Apis bila cikgu Amalina mengetahui saya ni Orang Asli. Berdasarkan maklumat yg diberikan saya pun menggoggle lah blog Cikgu Apis ni..Seronok jugak bila cerita cikgu ni  melalui blog Cikgu Apis ni telah berjaya dibukukan...Buku Life Through My Eyes telah pun dilancarkan tahun lepas dan saya mesti mendapatkannya..

Apa yang membanggakan saya ialah cikgu Apis nie telah mengajar anak-anak orang Asli Di Sungai Siput (U), Perak di Sek Kebangsaan Kampung Kenang...Jangan tak caya selain mengajar cikgu Apis ni juga seorang blogger dan telah memenagi anugerah Apicta.. Dengan semangat dari Cikgu Apis ini telah membuat saya berkobar-kobar untuk kembali mengajar di kampung halaman saya sendiri dan untuk mendidik anak bangsa Orang Asli.  Ape-ape pun tahniah ya Cikgu Apis...Nak tau maklumat lanjut gi lah blog Cikgu Apis dan youtube cikgu Apis....

psttt: ramai jugak cikgu yang glamour macam cikgu shida tu...
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Sabtu, 21 Julai 2012

Oh! My English....

Selamat Sejahtera....

Ha..ha...sekarang ni tv rumah aku ni makin kerap dipasang pula oleh putera ku itu...Maklum rancangan itu kan menarik dan bagus untuk ditonton..Selain dapat belajar kita juga boleh berhibur dengan penggunaan bahasa English yang rojak oleh pelajar2 di kelas tu... Jadi mari kita improve bahasa Inggeris kita..


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Isnin, 16 Julai 2012

Air selasih..Menyejukkan badan

Selamat sejahtera..

Oleh kerana hari ni tak tau nak buat apa maka saya pun ke dapurlah untuk membuat sesuatu...teringat pulak hari tu saya ada beli biji selasih di kedai rakyat..saya memang suka minum air selasih lagi-lagi bila dimasukkan dalam lai chi kang..wah syoknya...
Senang jer nak membuat air selasih ni..saya cuma rendam selasih dalam air panas untuk menggembangkannya lepas tu macam biasa bancuhlah air sirap atau sirap bandung atau apa-apa sahaja yang anda rasakan suka..
Jom tengok gambar nie..pasti anda pun teringin jugak nak buat kan..



Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Jumaat, 13 Julai 2012

Siapa adik artis popular yg meragut tu??

Selamat sejahtera...

Semalam kita dengar dan lihat berita mengenai adik artis popular yg meragut tu kan..mesti anda yg x tau dan nak tau tertanya2..jika di surat khabar bukan ada pun ditulis siapa kakaknya kan.. So jangan risau..saya dah tau.. Dengan kepesatan teknologi maklumat di negara kita ni kan mudah saje seperti membuat cucur udang Adabi..anda tambah air dah boleh goreng... Bukan tambah air boleh makan ya.. Jika anda nak tau carilah di blog2 yang menceritakan story morry pasal retis negara kita ni ya.. Saya x nak cerita apa2 takut nanti disaman pulak..he..he..

P/s..sajer buat entry ringkas menggunakan samsung tab nie..


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Selasa, 10 Julai 2012

Tekanan laa wei.....DOn't disturb Me!!

selamat sejahtera....

Minggu yang rasa macam tak sihat jer...Mungkin penat atau apa ya?? Hari Sabtu tu gi sekolah sebab ada LADAP lah sangat..Gi sekolah untuk ambik kedatangan jer sebab semua cakap dalam bahasa Mandarin..mana lah kami2 ni paham kan...Mampus lah nak datang sampai malam..Dengar pun tak paham... BAlik rumah kami keluarga bahagia ni telah mengemas rumah..menyusun surat khabar lama yang bergunung tu..nak jual tak terhantar pulak ke kedai...Ahad pulak melipat semua baju2 yang setinggi Gunung Everest.. Dengan habuk banyaknya so hidung ni pun mula lah rasa macam selesema jer kan..hari ni tekak dah sakit..bersin2 pun dah mula datang.. Berhingus lah aku lepas nie...Kerja yang menunggu pulak banyak..Nak cari gambar2 untuk pertandingan mewarna lah..nak buat persembahan lah..adoi!! bertimbun kerja nie...soalan exam masih tak buat lagi..due date hantar soalan tu pada 20hb nie... semua tu rasa berat sangat nak ku pikul...dengan masalah di sekolah...kadang2 rasa feed up jugak lah dengan semua tu..cepatlah sikit...Adoi apa yang aku merepek ni...inilah luahan perasaan aku...baik korang jangan baca apa yang seterusnya ni...Nanti korang benci kat aku pulak,,,,

Jangan baca tak ada apa-apa yang aku nak tulis.Jangan baca tak ada apa-apa yang aku nak tulis.Jangan baca tak ada apa-apa yang aku nak tulis.Jangan baca tak ada apa-apa yang aku nak tulis.Jangan baca tak ada apa-apa yang aku nak tulis.Jangan baca tak ada apa-apa yang aku nak tulis.Jangan baca tak ada apa-apa yang aku nak tulis.Jangan baca tak ada apa-apa yang aku nak tulis.Jangan baca tak ada apa-apa yang aku nak tulis.Jangan baca tak ada apa-apa yang aku nak tulis..

p/s:: maaf dengan bahasa yang kasar...
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Isnin, 2 Julai 2012

Memancing Di Sungai Besar...


Selamat Sejahtera....

Teringin pulak nak menceritakan keindahan dan apa yang menjadi daya tarikan di Sungai Besar ni. Saya dah menetap di Sungai Besar 5 tahun. Pendek kata dah jelajah setiap pelusuk jugaklah..Nak cari tempat memancing ikan, udang dan sebagainya saya dah pergi..Mungkin ada sesetengah tempat2 rahsia syurga pemancing sahajalah yang saya tak pergi lagi.. Jika ingin memancing pantai, bolehlah ke Bagan Sungai Burung. Di situ setiap petang akan dipenuhi dengan kaki pancing dan orang ramai yang menikmati angin laut dan melihat matahari terbenam.
Tengok gambar ni..penuh orang kan..

suami saya..


Tengok belakang suami saya tu..penuh orang kan..
Selain itu terdapat juga Kelong yang menjadi tempat orang ramai memancing. Bolehlah menghala ke Kelong Paradise Sabak Bernam. Anda boleh menaiki bot yang di sediakan untuk memancing di kelong.. Antara kemudahan yang disediakan ialah bilik karaoke, surau, children indoor games dan sebagainya... Terdapat pakej yang menarik..Jadi jika berminat bolehlah melayari laman web ini ya..
kelong_speedboat.jpg
Pinjam gambar www.kelongparadise.com


anglers01.png
Inilah hasilnya...
pinjam gambar www.kelongparadise.com 
Jika anda berminat nak memancing udang pulak anda boleh lah menghala ke Sungai Panjang. Disana anda boleh memancing udang. Layanlah berapa lama yang anda suka. Saya dan keluarga pernah pergi memancing disana mengikut rakan-rakan facebook..Tetapi hari tu sedikit malang buat kami. Kami hanya mendapat 4 ekor kawan-kawan di bot yang lain meriah dengan hasil tangkapan. Mungkin disebabkan itu kali pertama kami ke sana dan belum berkenalan dengan mesra suasana di sana...Kami juga terkejut kerana menyangkakan mereka memancing pada siang hari rupa-rupanya hingga ke tengah pagi..dah lah peralatan tak mencukupi ....Tengoklah gambar2 kat bawah ni ya..saya tolong racunkan sikit minda2 kaki pancing udang pulak..he..he...

Jangan tak percaya..

Tengok udang-udang tu...
Lokasi ke tempat bot ditinggalkan..
Pinjam gambar Encik Ezal ya...

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Sambutan hari guru...

Selamat sejahtera..

Hari ini sekolah saya baru berkesempatan menyambut hari guru..wah cikgu-cikgu yang datang ke sekolah memakai baju yg berwarna-warni mengikut kumpulan masing2..Maklumlah  permainan stesen diadakan  di antara kumpulan..kumpulan kami mendapat saguhati sahaja..tak per untuk bersuka ria sekali-sekali..gambar2 pun saya malas nak ambik.. Jadi saya pinjam lah gambar dari cikgu sek saya nie.. Jom lah tengok apa2 yang ada..  Ni hah jom gi tengok kat blog Cikgu Hasmardy....

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

komentar Terbaek

Get widget here
Copyright© All Rights Reserved Pinangdansireh.Blogspot.Com