Selamat sejahtera...
Mmmmm..tak terfikir lagi nak bersalin dalam air...Jom lah baca info ni sikit ..Sebab kat negara kita ni masih tak ramai yang tau pasal ni..Yang dah buat pun yang saya tau ialah Dr. Halina iaitu isteri angkasawan negara kita tu... Ingin mengetahui lebih lanjut carilah di you tube video2bersalin dalam air nie..
Sejarah kelahiran bayi di dalam air ini, ia bermula pada tahun 1960-an apabila seorang penyelidik dari Rusia, Igor Charkovsky melakukan kajian tentang kebaikan kelahiran di dalam air. Pada penghujung tahun tersebut, seorang pakar perbidanan dari Perancis, Frederick Leboyer mencuba kaedah kelahiran dalam air untuk membiasakan bayi yang sebelum ini berada dalam uri.
Seorang lagi pakar perbidanan Perancis, Michel Odent, menambahbaikkan lagi kajian Leboyer dengan menggunakan kolam bersalin sebagai salah satu cara mengurangkan rasa sakit bersalin. Odent jugamengkaji kebaikan bayi yang dilahirkan dalam air dan
pada penghujung tahun 1990, ribuan bakal ibu telah memilih untuk bersalin di Pusat Bersalin Odent di Pithivier dan sejak itu, kaedah bersalin di dalam air mula digemari.
Kini, kaedah bersalin di dalam air menjadi satu perkara yang biasa di United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Ramai yang mempraktikkan kaedah ini mengakui bersalin dalam air lebih merehatkan dan umpama spa yang memberi kelegaan serta ketenangan fikiran.Di Malaysia, kaedah ini tidak begitu diterima rakyat Malaysia memandangkan ia agak bertentangan dengan adat dan budaya sesetengah kaum di negara ini.Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas.
Kondisi seorang ibu pula mestilah sihat, tidak mempunyai penyakit lain sepertitekanan darah tinggi atau kencing manis.
Ibu juga bebas untuk memilih cara paling selesa untuk bersalin dan tubuh mereka akan berasa ringan kerana apungan air. Jadi mereka boleh bertinggung, melutut dan sebagainya mengikut keselesaan mereka ketika waktu bersalin.
Malah, suami juga boleh turut sama berada di dalam kolam untuk memberi sokongan kepada si isteri.Apabila bercakap tentang kelahiran di dalam air, ramai yang menggeleng kepala kerana membayangkan risiko bayi akan lemas di di dalam air selepas dilahirkan.
Ramai yang bertanggapan bahawa kemungkinan bayi yang dilahirkan akan lemas di dalam air. Tanggapan tersebut salah kerana bayi yang baru dilahirkan tidak akan bernafas untuk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor.
Bagi yang menganggap geli kerana kolam akan berlumuran darah juga perlu membetulkan tanggapan tersebut kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja. Air di dalam kolam bersalin akan bersih sahaja dan uri ibu biasanya akan dikeluarkan oleh bidan atau doktor selepas dia keluar dari kolam.
Antara pusat perubatan di Malaysia yang memperkenalkan teknik kelahiran dalam air ini adalah Pusat Perubatan Pantai di Bangsar, Kuala Lumpur. Sebanyak 2 kelahiran telah berjaya disambut setakat ini.
Pakar perbidanan dan kelahiran, Pusat Perubatan Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur Dr. Choong Kuo Hsiang berkata, di Malaysia, kaedah ini tidak begitu diterima rakyat Malaysia memandangkan ia agak bertentangan dengan adat dan budaya sesetengah kaum di negara ini.
“Memang ada permintaan untuk kelahiran cara ini di Malaysia tetapi kebanyakan yang memilihnya adalah wanita Inggeris yang menetap di Malaysia kerana mengikut suami bertugas di sini,” jelasnya ketika ditemui di kliniknya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Justeru, katanya, Pusat Perubatan Pantai telah merasmikan pusat kelahiran air yang pertama di Lembah Klang awal tahun ini. Sejak dari tarikh tersebut sebanyak tiga percubaan melahirkan anak di dalam air, namun hanya dua yang berjaya dilahirkan dengan kaedah ini.
Pun begitu, segalanya terpulang kepada pilihan pasangan itu sendiri. Proses kelahiran, sama ada di dalam air mahupun di luar air masing-masing merupakan satu proses yang cukup kompleks. Pastinya terdapat kemungkinan berlakunya komplikasi, dalam mana-mana cara sekalipun.
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^