Selamat Sejahtera...
Selasa, 28 Januari 2014
Jadual Perjalanan cuti Sempena Tahun Baru Cina..
Selamat Sejahtera...
Sabtu, 18 Januari 2014
Memancing Udang...
Selamat sejahtera...
Pada minggu yg lepas kami sekeluarga yang bahagia menjalankan aktiviti memancing udang.. Kami keluar memancing di kolam pancing udang Batu 8, Bukit Kemuning, di belakang tokong cina.. Kami memancing selama 3 jam dari pukul 10.30 pagi hingga 1.30 petang.. Anak saya yang nak bersekolah pun ikut sama.. memandangkan kolam berhampiran dengan rumah maka pukul 12.10 tngahari suami bawa anak balik untuk menukar pakaian sekolah lalu ke sekolahnya..
Kami menggunakan umpan umpun-umpun yang dijual di kolam tersebut..Walau agak geli aku gagahkan diri jugak sebab gian sesangat dah lama tak mancing.. last aku mancing rasanya pada hujung tahun 2012.. 2013 aku mengandung so dah stop buat aktiviyi luar sbb menjaga kandungan..he3... selama 3 jam memancing dapat 700gram..berbaloi ke tak? Tak berbaloi lah dengan harga masuk memancing sejam rm9 X 3 jam bagi sorang hari tu kira 2 orang... tetapi sebab encik polis dah janji nak bawa memancing maka dia kena tunaikanlah... walau x berbaloi aku puas hati... jom lah usha gambar2 aku memancing ni..
Khamis, 9 Januari 2014
D.I.M ( duda idaman malaya) menjengah blog aku...
selamat sejahtera....
haii..tak pernah aku tulis blog sebelum tidur ni...ni pun dah terbaring sambil cek blog aku guna samsung tab jer.. tengok2 ada abang abil @ D.I.M memberi komen...Wah gembiranya... dah dua kali sebenarnya abang Abil melawat blog aku yang sepi nie...
hilang duka aku ni bila tengok abang Abil menjengah blog.. jadi berdasarkan pandangan aku ni mesti abang Abil suruh aku mencontohi beliau yang tabah kehilangan orang yang tersayang.. imbas kembali cerita Abang Abil lagi tragis bila teman hidup dan insan yang tersayang meninggalkan beliau.. Aku baru kehilangan bayi tu pun selepas lahir.. Abang Abil ni kehilangan teman sekatil lagikan...
Jadi aku kena menerima kenyataan lah dan dah tak der rezeki nak memilikinya.. cuma rasa cemburu jer kat orang yang ada anak kecil..dan aku tak boleh bayi menangis..sedih rasanya.. lagi sedih bila air susu meleleh keluar... Kesimpulannya aku kena melakukan pelbagai perkara agar dapat melupakan peristiwa itu.. Semoga arwah anakku Quirina Nuri Sadiya tenang dan gembira disana..tunggu mama dan papa serta abang airiel disana ya..
Rabu, 8 Januari 2014
santan Sawit...Sokong Produk Malaysia...
Selamat Sejahtera...
Yesterday...Ceh Wah...Semalam lepas anta anak tunggalku ke sekolah aku pun mengajak encik Polis pergi shooping... Dah lama tak shopping barang dapur.. So aku pun naik hantulah menyoping...
Bila shopping barang dapur, biasalah banyak perancangan nak masak apa, bila dan bahan2nya.. Jadi semasa shopping tu terjumpalah santan kelapa sawit.. Apalagi terus capai 2 paket..Pernah tengok kat tv bahawa ada santan kelapa sawit yang sama kualiti dengan santan kelapa tetapi tiada lemak dan kolestrol.. Ni lah dia santan sawit tu.. cubalah rasanya sama lazat..aku dah cuba semalam buat kari laksa..kow..kow..
santan sawit jenama Khalis.. pergi sini www.khalissantan.com |
Selasa, 7 Januari 2014
cara memandu yang buat aku Grrrrr...
2 : Terhegeh-hegeh masa lampu hijau.
Ni seekor lagi, masa lampu hijau dia buat lambat-lambat, elok lampu kuning baru hang reti nak tekan minyak.Banyak kali dah kena aku ni. Sakit hati betoi aku. Kalau kuning nak slow tu memang aku tak kisah. Apa yang dia buat dalam kereta tu pun tak taw la, takkan dalam kereta hang buat kerja office kot. Tolong la fokus time memandu. Walaupun orang cakap hang skema, pedulikkan ja, daripada orang maki-maki belakang hang.
3 : Brek, Brek, Brek dan Brek...Bre...kkkkk...
Sakit jiwa gak spesies jenis suka main brek-brek ni. Padahal jauh g kereta kat depan nun. Mungkin ni spesies trauma, tak pon sms sambil memandu, syok menyembang ngan partner sebelah atau belakang yang paling best buat kerja-kerja office dalam kereta, buzy melampau la katakan. So, saranan aku, tolong-lah fokus semasa memandu, aku pon pernah tak fokus. Sekarang ni memang selalu berhati-hati la, tapi kalau nak kena gak, memang tak boleh nak elak la kan. Tapi tak salah kalau mencegah dari awal. Pandu cermat, nyawa selamat, jangan lambat sangat sampai orang maki tak hengat ;))
Khamis, 2 Januari 2014
Selamat Menjadi ibu....
Selamat sejahtera...
Tahniah di ucapkan kepada adik ipar saya a.k.a blogger watie oyuki telah selamat bersalin secara normal pada 31.12.13... Tahniah ya..Jaga baby baik2 dan jaga kesihatan... Kat bawah saya letak pic baby boynya yang berat 2.4kg....
Motivasi Tahun Baru....
Selamat Sejahtera guys.....
Dah tahun baru ni macam2 azam baru masing2 kan... Azam yang tahun lepas dah tercapai ke?? Azam saya yang 5 tahun yang lalu dah tercapai pada tahun 2013 iaitu ingin mengandung tetapi rezeki tak der..Hanya mampu mengandung tetapi tidak diizinkan untuk memilikinya... Jadi azam tahun 2014 ni ialah nak jaga kesihatan diri..Kalau dapat nak menyelimkan badan ni sikit..Maklumlah anak sulung dah besar panjang jadi ni lah masanya untuk menjaga diri sendiri pulak.... Nak slim macam dulu2...
Nak slim macam dulu2... Harap2 azam ni tercapai lah ya... |
Rabu, 1 Januari 2014
Selamat Tahun Baru....
Selamat sejahtera...