Sabtu, 24 September 2011

assignment...

Selamat Sejahtera...Salam 1 MAlaysia..

Sejak dua menjak nie hidup aku dah balik sibuk semula..Maklumlah aku dah mendapat assignment yang perlu dilaksanakan..Antara assignment kesukaan aku ialah membina blog..wah bertenaga aku mengadap laptop lama2 untuk membaca kod2 html..masa nie jugak aku semakin kerap berblogwalking unytuk mencari toturial membina blog dan nak tacap2 blog aku supaya semakin berseri2..

Sapa2 rasa nak follow atau nak tengok2 jer tu sila ah ke sini ya...blog assignment







se
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

panduan bijak beli kereta

Sekiranya anda mengambil keputusan untuk memohon pinjaman kereta, cari pakej terbaik berdasarkan kemampuan anda. Dapatkan maklumat mengenai kadar faedah efektif yang akan dikenakan.


  • Buat perbandingan untuk mendapatkan kereta yang boleh diharapkan dan memenuhi keperluan anda. Ada baiknya jika meminta nasihat dari ahli keluarga atau sahabat.

  • Jika anda ingin membeli kereta terpakai, dapatkan khidmat mekanik yang boleh dipercayai atau lakukan pemeriksaan PUSPAKOM ke atas kereta berkenaan.

  • Pertimbangkan harga jualan semula atau nilai tukar beli kereta sekiranya anda bercadang untuk menukarnya kelak.

  • Rangka bajet mengikut pendapatan anda. Ambil kira ansuran bulanan kereta dan lain-lain kos seperti kos petrol, bayaran tol, parking, perbelanjaan lain termasuk cukai jalan, insurans dan servis biasa.

  • Cuba tingkatkan tabungan untuk bayaran pendahuluan supaya pinjaman yang diambil lebih rendah dengan tempoh pembayaran yang lebih singkat. Perlu diingat bahawa semakin panjang tempoh pinjaman, semakin banyak faedah yang anda perlu bayar.

  • Jangan gunakan kad kredit untuk membuat bayaran pendahuluan kerana anda akan terikat dengan pinjaman pada kadar faedah yang sangat tinggi.

  • Bersedia untuk menanggung perbelanjaan di luar dugaan seperti membaiki kereta sekiranya berlaku kerosakan atau kemalangan. Ada baiknya untuk mengetahui mengenai kemudahan mendapat alat ganti serta kos untuk menggantikannya.

  • Pastikan kereta anda mempunyai perlindungan insurans komprehensif yang mencukupi atau sekurang-kurangnya mempunyai perlindungan insurans pihak ketiga. >>>>>kredit to berita harian online




  • Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

    Khamis, 22 September 2011

    Cara tukar background blog

    selamat sejahtera...salam 1 Malaysia...

    Oleh kerana ramai rakan2 saya dalam PPG UPSi yang bertanyakan perihal gambar yang cun kat blog yg baru saya tu maka di sini saya sediakan sedikit toturial pasal tukar gambar tu ya,,,

    sebelum tu cikgu2 carilah gambar2 yang menarik dan disimpan.gambar haruslah bersaiz 1800X1600 ke atas..


     klik DESIGN >>BLOGGER TEMPLATE DESIGNER>>>>BACKGROUND

    klik pada kotak BACKGROUND IMAGE>>>UPLOAD IMAGE...pilihlah gambar yang disukai..

    Dah siap jangan lupa SAVE ya...kalau rasa tak berkenan pilih lagi gambar lain sampai puas hati...kalau ada lagi kawan2 yang tak tau silalah tanya ya..jangan segan2 untuk bertanya...

    Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

    Isnin, 19 September 2011

    Hello...selamat sejahtera...


    TUGASAN KRT3013 TMK.

    Tugasan 1A
    - Forum 10%-tarikh akhir 3/10/2011

    Tugasan 1B
    – Esei 20%-Secara individu-Cara hantar emel kepada pensyarahmengikut Kumpulan-4 hingga 5 m/s sahaja dalam formatpdf/doc/mana-mana format yg bersesuaian.

    Soalannya:Teknologi komputer dikatakan dapat membantuproses P&P di bilikdarjah .Sebagai guru di sekolah rendah,jelaskan isuberikut:

    1.Kenalpasti masalah pengajaran di dalam bilikdarjah

    2. Kaitkan bagaimana teknologi komputer dapat membantu menyelesaikan masalah dalam (1)

    Tugasan 1C
    – Pembangunan Blog 30% -
    Blogger-Link blog perlu diletakkan dalamMyGuru

    -Markah akan di beri mengikutperkembangan blog-Tarikh akhir 12/Dis/2011

    Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

    Tugasan KPD 3026

    Bahagian I

    MIKROPENGAJARAN
    Mikropengajaran adalah untuk:
    ü  mengukuhkan pendekatan pelajar kepada sesuatu pengajaran;
    ü  mengenal pasti kemahiran yang perlu diperbaiki;
    ü  meningkatkan kefahaman pelajar bagi pelbagai gaya pengajaran yang berkesan;
    ü  menerima maklum balas yang berkesan.

    Pelajar akan mengajar satu pelajaran (pilihan pelajar) selama 5 -10 minit. Oleh kerana masa adalah singkat, alat bantuan visual seperti Powerpoint tidak digalakkan. Walaubagaimanapun, carta, flipchart, papan putih, handouts boleh digunakan.

    Rakaman boleh dibuat oleh pelajar untuk membantu mereka untuk membuat refleksi.

    Maklumbalas mesti diberikan kepada pelajar selepas setiap mikropelajaran.

    REFLEKSI MIKRO-PENGAJARAN

    Berikut adalah beberapa cadangan soalan yang pelajar boleh guna untuk bertanya untuk membantu mereka memikirkan tentang mikropelajaran mereka:

    1.  Apa tema/isu yang muncul dari maklum balas pensyarah dan rakan tentang pengajaran saya
    2.  Apakah kekuatan saya? Bagaimana saya boleh membina dari kekuatan itu?
    3.  Apakah yang saya perlu menambahbaikan




    Bahagian II


    MAKROPENGAJARAN

    Pelajar dikehendaki untuk menyampaikan 30 minit sesi makropengajaran.  Topik pengajaran mesti mengikut mata pelajaran opsyen masing- masing, rakaman video mesti dibuat.

    RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN                     

    Rancangan Pengajaran Harian mesti disediakan untuk makropengajaran tersebut.

    Dalam Rancangan Pengajaran Harian:
    ü           menetapkan hasil pembelajaran (hasil) untuk sesi pengajaran dengan mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan pemahaman terlebih dahulu.
    ü           menetapkan aktiviti pembelajaran yang akan dijalankan semasa sesi pengajaran.
    Menyatakan:
    apa pembelajaran dan pendekatan pengajaran yang akan digunakan;
    apa isu-isu / halangan yang dapat
    diatasi olependekatan pembelajaran itu;
    pengurusan persekitaran pembelajaran bagi memastikan pembelajaran yang berkesan berlaku dengan selamat dan efektif.


    ü           menetapkan cara-cara menilai pembelajaran.

    Maklumbalas mesti diberikan kepada pelajar selepas setiap makropelajaran

    REFLEKS MAKROPENGAJARAN

    Berikut adalah beberapa cadangan soalan yang pelajar boleh guna untuk bertanya untuk membantu mereka memikirkan tentang makropelajaran mereka:
    1.  Adakah objektif pengajaran saya dicapai?
    Bagaimana saya tahu?
    2.  Adakah murid saya melibatkan diri secara produktif /aktif ? Bagaimana saya tahu?
    3.  Adakah saya mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya? Mengapa?
    4.  Apakah bantuan tambahan, sokongan, dan /
           atau sumber-sumber lain yang dapat pertingkatkan pelajaran ini lagi?
    5.  Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid
    yang sama, apakah yang saya akan buat
    secara berbeza? Mengapa?

    Bahagian III

    i.     Laporan Kajian Tindakan yang dilaksanakan berdasarkan isu P&P yang dihadapi oleh guru.






    Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

    komentar Terbaek

    Get widget here
    Copyright© All Rights Reserved Pinangdansireh.Blogspot.Com