Isnin, 14 Mei 2012

SEGMEN: SELAMAT HARI GURU / Siapalah Aku Tanpa Guru....



Selamat Sejahtera......

Hai...Selamat Hari Guru..... Sempena di hari yang mulia ini saya ingin menyertai segmen cikgu handsome ini.. Jomlah join senang jer...Kalau nak join klik lah mana2 link cikgu handsome ni ya...

Chegu Zubir

1. Nama sekolah saya:>>>
a) sekolah rendah : Sekolah Kebangsaan Bukit Serok, Muadzam Shah, Pahang.. (1989-1994 )
b) sekolah menengah : Sekolah Menengah Karak, Pahang ( 1995- 1999)  

2. Nama guru kesayangan saya : Cikgu Anikah Rusida ( Sek Menengah Karak)
a) kenangan yang tidak dapat dilupakan dengan cikgu tersebut: 

Arrhh...malunya aku bila mengimbau kembali kenangan bersama cikgu Anikah Rusida... Cikgu Anikah ialah warden di asrama kami. Memangdangkan jarak kampung saya dan sekolah teramatlah jauh maka Cikgu Anikah lah umpama ibu dan bapa kami..Di mulakan cerita saya ni nakal masa sekolah..maka cikgu Anikah telah melarang kami keluar dari asrama nak dijadikan cerita kami telah melompat pagar untuk keluar jugak menghadiri sebuah pesta di sebuah kampung Orang Asli di Sungai Dua..Kami juga telah di tangkap oleh suami Cikgu Anikah kerana beliau telah melihat kami keluar.. 

Keesokkan paginya setelah kami tiba di asrama dengan perasaan yang marah cikgu Anikah telah mencari kami yang telah melompat pagar..Ha..ha...padan muka kami kena marah dan saya menjadi orang yang bernasib baik kerana tidak makan penampar cikgu Anikah..Kawan saya yang seorang lagi telah terkena pelempang tersebut...ohhh...OMG...jahatnya aku... Jika tiada guru yang sebegitu  sudah pasti saya tidak menjadi manusia yang berguna dan berpendidikan serta bekerja seeperti hari ini. 

Syukurlah Cikgu Anikah telah memberi bimbingan buat kami Anak-anak Orang Asli..Yang best 1st time pecah rekod pada tahun 1999 semua pelajar Orang Asli seramai 12 kalau tak silap di Sekolah Karak telah lulus dalam SPM...SIAPALAH AKU TANPA SEORANG GURU......


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

3 ulasan :

  1. teringat zaman kenakalan saya wktu zaman2 skolah rendah orang asli di pulau carey...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang nakal kita dulu kan..nasib baik jadi manusia..he..he..takut jadi batu jek sebab kena sumpahan mulut masin cikgu...

      Padam
  2. hehehehe... tetiba teringart zaman sekolah..

    BalasPadam

terima kasih...

komentar Terbaek

Get widget here
Copyright© All Rights Reserved Pinangdansireh.Blogspot.Com