selamat sejahtera....
Hari ini dalam sejarah...Patut dicatat dalam blog ini mengenai kejadian yang berlaku.. Setelah habis bersabar, kemarahan aku akhirnya sampai ke kemuncaknya..Untung aku ada kawan-kawan yang sudi berkongsi cerita dan menenangkan aku saat aku mengalami situasi begini.. Setelah setengah tahun aku masuk ke kelas tahun 5 tu dalam minggu ini telah wujud satu perasaan yang tak senang dalam hati aku.. Aku tidak mencapai kepuasan dalam pengajaran. Hari-hari masuk ke dalam kelas hanya mendengar gelak ketawa murid-murid yang nakal dan mengganggu ketenteraman di dalam kelas.. Bukan aku tak pernah marah atau rotan mereka? Tapi mereka nampaknya macam tak paham apa yang aku marah2..
Hari Selasa aku masuk kelas dan mengajar separuh jalan apabila ada yang membuat kacau..sapa tak sakit hati bila di rotan masih boleh tersenyum dan bergembira..10 minit belum lagi loceng nak berbunyi aku dah keluar sebab hati terlalu membara..aku warning dah mereka..hari Rabu pun masih begitu juga..hanya 4/5 orang murid yang betul2 berminat sahaja menunjukkan kesungguhan menerima apa yang aku ajarkan..bayangkan lah bagaimana untuk aku mengajar jika aku bercakap di hadapan untuk memberi penerangan tetapi ada murid d belakang yang bersembang lebih kuat dari suara aku..sakit hati tak ??
Kesimpulannya hari ni, aku bagi mereka membuat latihan Nilai murni..Aku nekad untuk memberi pengajaran kepada murid-murid yang duduk dalam kumpulan mereka dan bercerita serta ketawa terbahak-bahak macam di kedai kopi.. Apabila aku melibaskan rotan ke tangan salah seorang maka yang lain pun beterabur dan berpura-pura baik.. Sebenarnya aku dah bagi pilihan kepada murid-murid itu..Jika tak mahu menulis tolong jangan ganggu rakan-rakan lain....Tetapi aku akui juga kerana kemarahan aku telah merotan mereka dengan cara yang tak patut.. Aku terima sahaja jika ada ibu bapa yang ingin berjumpa dengan aku..
Dalam kes ini, niat aku hanya satu iaitu ingin memberi pengajaran kepada mereka...Bukan untuk menyakitkan mereka sebenarnya..Aku pun tak senang hati bila memikirkan kejadian ini..Peristiwa itu masih menari2 di depan mataku ini sehingga pening kepala dan susah tidur...Aku tidak mahu dikatakan makan gaji buta..Tolonglah faham aku tak mendapat kepuasan datang sekolah tetapi tidak menjalankan tugas dengan iklhas..Sedangkan harapan setiap ibu bapa ialah mengharapkan seorang guru memberi pengajaran yg terbaik untuk anak mereka..
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^