Selasa, 30 Oktober 2012

Sehari lagi

Selamat sejahtera..

1hb nie suami saya akan berpindah. Walau pun tak jauh tapi aku akan terasa kesusahan hidup apabila mula membuat semua urusan bersendirian. Sebelum nie suami yang tersayang banyak melakukan tugas-tugas seperti pergi bank. Lepas ni semua buat sendirilah seperti ambik anak balik skolah setiap hari tanpa ada syif lagi. Tapi x jauh pun suami kena pindah tu. Suami berpindah ke  shah alam iaitu di seksyen 15 jer. So buat suami selamat menjalankan tugas di tempat baru.


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Khamis, 11 Oktober 2012

Jangan Sebut perkataan Ini....

Selamat Sejahtera....

Indahnya duduk di Malaysia ni kan aman dan damai jer..Bersyukur lah kita dengan keadaan negara kita yang tidak ada peperangan atau pun bencana alam yang boleh menyebabkan kemalangan jiwa.. Dalam negara kita yang aman dan pelbagai kaum ni kita haruslah beringat setiap kaum mempunyai beberapa perkataan yang tidak boleh di sebut. Maksud saya tidak boleh disebut ini ialah menyentuh perasaan seseorang.  Antara kita sedar atau tidak masyarakat orang asli yang pemalu dan sensitif ini kerap  menyuarakan rasa tak puas hati apabila ada beberapa perkataan yang di sebut. Antara perkataan tersebut ialah :>>>>

JAKUN

Adakah anta tahu apa maksud Jakun itu sendiri.. Jakun ialah salah satu kaum orang asli yang terdapat dalam kelompok Melayu Proto..

Selain itu seperti yang terdapat dalam Kamus Dewan Bahasa Jakun juga menunjukkan sikap atau perangai seseorang yang aneh atau tidak pernah melihat sesuatu. Atau dengan kata lainnya ialah kolot..

Berdasarkan pembacaan, saya dapat lihat terlalu ramai blogger yang membuat entry pasal JAKUN ini. Ada yang baik dan ada juga menggunakan perkataan JAKUN untuk memarahi atau memaki hamun.. Apa yang saya tidak puas hati ialah ada manusia yang tiada akal dengan menggunakan perkataan JAKUN ini.. Walaupun saya ini "terbuka" dengan penggunaan perkataan JAKUN ini tetapi saya tetap akan mengingati rakan-rakan saya agar berhati-hati dengan penggunaan perkataan ini. Mana tahu suatu hari tersilap cakap tak pasal-pasal pulak boleh perang kan..

Baiklah ada beberapa link yang boleh kawan-kawan tengok pasal entry saya ni jugak...
http://kakciknurseroja.blogspot.com
Klik untuk pembesaran


Klik kalau tak nampak


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Rabu, 10 Oktober 2012

Berkelah

Haiii...

Last week kami ke negeeri Perak..Kami melombong lah...he..he.. Sebenarnya kami pergi lombong menangkap ikan.. Kami menggunakan jala untuk menangkap ikan...Geng-geng kami pergi sana tak ramai kami 3 orang jer.. Papa, Mama n Airiel or Budak Botak....  Macam ni lah duduk di rantau orang. Pandai-panadai sendiri lah nak hidup kan so mencari ikan lah sebagai aktivit hari minggu lagi pun dah lama tak datang sini... Nah lah gambar ni.. tengoklah mana yang patut.. Ada lagi banyak tapi dalam Galaxy Tab.. Kalau saya update blog pakai Galaxy Tab lah..



Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Selasa, 9 Oktober 2012

Teman Pengganti

Haiii...


Hai dah baca belum lirik kat atas tu... Saya bukan nak komen apa-apa cuma nak bagi tau saya suka sangat kat lagu nie.. 
Lagi satu saya banyak juga menggoogle pasal lirik lagu ni.. Ramai yang kata Malique ni tengah sakit lah dan macam-macam lagi khabar angin.. Yang aku tak puas hati ada yang kata dia barah otak... Mana ada..Dalam lirik dia tu dia ada nyanyi kan "komplikasi di halaman rusuk kiri" so cuba kawan-kawan pikir otak kita duduk kat mana ya... dan apa yang ada kat rusuk kiri pulak... Ha..ha... So keseluruhan lagu ini adalah satu karya. Sama ada karya itu ada kaitan dengan diri pencipta nya atau tidak saya pun tak pasti....



Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri




Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Berpisah jua....

selamat sejahtera....

Entry kali ni agak sedih sedikit laa... Minggu ni dapat berita yang baik dan tak baik... Yang tak  baiknya Mr. POlice tu dapat pindah dah... Adoii Mr Police nak kena pindah... Isk..isk..tinggallah saya dengan anak je kat rumah ni lepas nie.. Manakala berita yang baik sangat tu ialah Mr Police pindah ke tempat yang selalu jugak kami jelajah iaitu di Seksyen 15, Shah Alam.. Wah, mujur dekat jer Mr.Police kena pindah...Akhirnya terjawab juga penantiannya setelah kenaikan pangkatnya dari tahun lepas tu.. Tu lah kata orang rezeki.. Memang baik juga Mr Police pindah di tempat yang dekat2 jer dari kena ke Terengganu atau Kelantan ker...  Keputusannya saya dan anak tak inkut pindah lagi buat masa nie.. tak tau pulak tahun-tahun hadapan sama ada kami akan ikut sekali ker. Perancangan telah dibuat semoga ianya berjalan dengan lancar.. Ape-ape pun Mama wish papa Gud luck di tempat yang baru.. Tau papa memang cepat menyesuaikan diri..
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

komentar Terbaek

Get widget here
Copyright© All Rights Reserved Pinangdansireh.Blogspot.Com