Sabtu, 16 Disember 2017

Keputusan UPSR

hiii selamat sejahtera uoollls...ok dah free sikit hujung-hujung tahun ni...baru free nak story segala cerita yang berlaku sepanjang bulan November dan Disember nanti...

Ni 1st story nak cite pasal Keputusan UPSR anak yg keluar pada 28.Nov yang lalu.. untung juga suami cuti dapat pergu ambik keputusan UPSR nya di Shah Alam..Huhu..rindunya kat Shah Alam..

Sebagai mak dan cikgu kan..huhu berdebarnya hati.. tapi buat-buat cool..kang anak plak yg pengsan.. tu pun dia dah tak lalu makan dan cakap macam nak pengsan masa ambik result tu..

keputusan anak ok lah memuaskan..Dia sendiri tak ada target dan saya plak harapan nya agar dia lulus je lah..tapi tak sangka sangkut juga A.. Apa  pun tahniah..dapat jugak


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Isnin, 23 Oktober 2017

Tokong Chin Swee,Genting Highlands

Selamat Sejahtera...

hai kawan-kawan..cuti sek buat apa ya..huhu..saya duduk genting lah,,syukur adik nak menghantar kami balik ke Genting menemui suami tersayang..hahaha..

Selepas suami habis kerja apa lagi lah..ajak lah suami berjalan-jalan ke Tokong Chin Swee kat Genting ni..Huhu..seram beb berjalan2 kat sini...sebab kat aras bawa tu dia ada menceritakan pasal pengadilan di neraka-neraka lah lebih kurang..kat situ ada patung2 yg seram seperti patung syaitan,patung tukang potong kepala,patung yg menjatuhi hukaman..lebih kuranglah.. masa lalu situ tiba-tiba jadi pening kepala pula sebab patung tu menyeramkan..ada yg terjelir lidah lah..huhu...Kawasan itu dinamakan sebagai 10 Chamber Of Hell.

Kalau dah singgah sini cubalah baca2 kat papan maklumat tu.. mendiang Tan Sri Lim Goh Tong telah membelanjakan 3.2 juta untuk mengindahkan tokong ini.. Patung mendiang pun turut ada di situ. Jgn lupa baca sejarahnya ya di papan maklumat.. 

Pesanan saya...bagi yang beragama Islam dan lain-lain selain dr agama Buddha kita boleh datang ke sini untuk melihat keseniannya.. yang penting kita menghormati tempat ini kerana ini merupakan salah satu tempat beribadat.

sekian..๐Ÿ˜ƒ







Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Jumaat, 6 Oktober 2017

Taman Laut Sultan Iskandar - Pantai Penyabung


Haiii Uoolls.. hari tu..(lupadah bila) sempat jugak lah berjalan ke Pantai Penyabong...
 seronok lah ronda2 cari makan je..sampai kat sana jumpa gerai jual keropok,satar,otak2 dan laksa... wah macam orang ngantuk disorong bantal plak..maklumlah dah lama tak gi jalan2 cari makan ni..huhu..rindunya...walau suami tak dapat join pun tetap rasa bahagia... 

Bila dah rasa sedap keropok,satar dan otak-otak tu apa lagi..menyoping makanan lah saya..lepas tu kan kat sana ada jugak org menjual ikan segar..udang kara, belangkang, ikan yu pun ada..pari juga ya.. hihi






Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Sabtu, 30 September 2017

Birthday gift..

Selamat sejahtera....

hai semua...Seronoknya..kali pertama menyertai contest dan menang pulak tu..hihi ni dia hadiah yg dimenangi sempena birthday saya..

tq mastika
๐Ÿ˜˜๐Ÿ™Ž๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Selasa, 19 September 2017

Jom Naik..Genting SkyWay Awana

helloooo... selamat sejahtera... Dah naik ke Genting Skyway yang baru ni.. Kalau belum lagi jom ler mencubanya... saya dah naik 2 kali..Kali pertama agak takut jugak sebab kami 1 keluarga dari atas ke bawah... Dari atas tu agak seram sikit sebab saya rasa lebih tinggi dan melalui atas2 bangunan..
Tapi apabila naik ke atas pula tak lah rasa seram kerana kita dapat lihat kereta2 di bawah laluan sky way ni... skyway yg baru ni lebih rendah dan singkat masa perjalanan dari skyway yang lama dahulu... 

Sky way ni 2 jenis..ada yg skyway kaca yg jernih kaca tempat kita perpijak tu..tapi harganya memang mahal...kami naik skyway yang biasa sahaja...Harga sehala Rm8 sahaja.. Terdapat stesen yang oleh kita turun seperti Stesen Chin Swee yang boleh kita turun untuk melihat keindahan kawasan tokong.

di sini saya ada sertakan sedikit maklumat mengenai Sky Way Awana ni ya...

Trivia Sky Way Awana, Genting Higlands.
Terdapat 99 gondola..
10 buah gondola kaca..
Kelajuannya... 6 Meter dalam masa 2 saat.
Terdapat 22 tiang..
53 meter ketinggian tiang.
Dari Awana stesen ke Sky Avenue mengambil masa 10 minit sejauh 2.8 km dan laluan mendaki 620 meter.







Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Khamis, 7 September 2017

Cradle Rock atau Batu Berayun, Genting highlands.


selamat sejahtera... 
sejak suami bertugas di balai genting highlands ni. Kerap lah kami bercuti di genting.. Untunglah kawan-kawan selalu cakap..Hahaha..๐Ÿ’‘๐Ÿ’‘

 Ok jomlah layan gambar.. Kalau nak ke ke batu Berayun naik je dengan kereta sampai ke atas..sebelum sampai Ria Appartment singgahlah ke Batu Berayun yang terdapat di sebelah kiri..boleh nikmati pemandangan indah di sini...







Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Jumaat, 28 Julai 2017

Bye..Bye SKTSM2...


hiiii... salam sayang semua...
Akhirnya kini aku berjaya berpindah sekolah balik ke Pahang... Niat di hati nak ikut daerah suami bertugas,,apakan daya tak dapat bertugas di daerah yang sama tapi dapat berpindah pulang ke kampung halaman...

wah seronoknya dapat bersama family...Walaupun jauh dengan suami tak apalah.. 
Dalam kegembiraan timbul juga rasa sedih..Sedihnya nak meninggalkan rakan setugas yang baik dan yang penting seronok bertugas di sini..

murid 3B

Belajar rajin2 ya..



Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Selasa, 4 Julai 2017

Kesayangan hamba


hiiii...good morning...dah lama tak up cite kan kat sini...  terlupa nak share luahan hati kalbu kat sini..hihi..banyak share di fb je segala aktiviti..

Hari ni saya nak share aksi kesayangan hati papa mama ni..makin pandai buat aksi dan menghiburkan.. Ni lah aksi zarra yang siap mandi..siap cuci rambut gitu..




Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Rabu, 28 Jun 2017

Periuk Kera

Selamat Sejahtera... Bila tiba musim perayaan macam ni lah kerja kita... Agak2 nak buat apa dengan periuk kera ni ya... Hahaha..Kami buat masak pulut dalam periuk kera atau ada yg sebut lemang periuk kera.. 

Ok sebelum nak jadi lemang periuk kera dah tentu lah kena cari periuk kera nya dulu kan.. Cari periuk kera yg saiznya sderhana..tak besar sangat dan tak kecil sangat.. Kalau nak jual elok buat lemang periuk kera yg besar2 kan..hurm tak sabarnya nak makan. 

Jom tengok gambar-gambar kami mencari periuk kera ni..

cantikkan bunga periuk kera ni..

jenis besar dan panjang..

jenis bulat dan besar

ni pokok dan periuk keranya


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

komentar Terbaek

Get widget here
Copyright© All Rights Reserved Pinangdansireh.Blogspot.Com