Jumaat, 21 Ogos 2009

keratan akhbar..tanah adat kg aku musnah di ceroboh

TEMERLOH: Orang Asli Rompin berjaya mendapatkan perintah sementara berbentuk penghalangan dari Mahkamah Tinggi Temerloh pada 27 Mac (Jumaat) dalam dua kes berbeza melibatkan pencerobohan ke atas tanah-tanah adat mereka.
Keputusan kedua-dua kes Orang Asli ‘lawan’ Kerajaan Malaysia ini diputuskan dalam kamar Mahkamah Tinggi Temerloh.
Menurut peguam Datuk M. Ramachelvam, bagi kes di Tenggalung dan Sungai Buan, Rompin tiga pemohon iaitu Batin Majid Jaafar dan dua penduduk kampung iaitu Jantong Duka dan Rosman a/l Imat telah mendapat perintah larangan sementara terhadap Tabung Haji Plantation (TH) yang dikatakan menceroboh tanah adat mereka untuk aktiviti pertanian.
Dengan demikian pihak kontraktor tersebut tidak boleh berbuat apa-apa di atas tanah bekenaan.
Keputusan sebenar akan diputuskan pada 29 Jun nanti sementara dalam tempoh itu peguam kedua pihak akan mengadakan ujian bertulis.
Peguam pihak Orang Asli bagi kes ini ialah Ramachandran, Ahmad Nizam Hamid dan Mohd Izhan Razali. Sementara responden pula ialah Pengarah tanah dan Galian Pahang, Kerajaan Negeri Pahang, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan Krajaan Malaysia.
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Khamis, 13 Ogos 2009

BANGUNLAH BANGSAKU

Wahai bangsaku…..
Sedarlah dari lenamu itu. Pada masa kini semua bangsa lain sedang berlumba-lumba untuk meningkatkan ekonomi keluarga sendiri tetapi orang kita masih bergelak ketawa dengan hiburan yang sentiasa ada..Mengejar joget disini sana sehingga ke pagi menyebabkan semua kerja tergendala. Meneguk arak seperti air setiap hari itu haruslah dihentikan bangsaku..Hentikan lah sikap meminum arak itu. Arak itu merupakan punca bagi segala penyakit. Percayalah penyakit malas akan menular apabila kepala telah berpusing dan menyebabkan kita tidur dari pagi hingga ke malam. Sedar dan insaflah..


Wahai bangsaku..
Sedarlah dan bangunlah dari mimpimu itu..jangan lena lagi dengan buaian mimpi bantuan yang akan diberikan oleh kerajaan..bantuan yang dicanang itu hanyalah sekadar mengaburi mata kita. Oleh itu, bangsaku sekalian…bangkitlah. Jangan terlalu mengharapkan sangat terhadap bantuan yang dijanjikan kita kena berubah dan merubahkan keadaan menjadi lebih maju ke depan.


Wahai bangsaku..
Sedarkah kita bahawa ramai yang memandang rendah masyarakat kita. Mengapa? Fikirlah bangsaku andai kita bangun dan cuba berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan bangsa lain pasti kitatidak diperlekehkan dan menjadi tanggapan negatif bangsa lain. Jangan leka dibawa arus kemodenan dan kesenangan. Dan tuntutlah ilmu setinggi langit agar mereka menganggap kita sama taraf dengan mereka malah lebih tinggi dari mereka. Berhentilah bermimpi dan bangunkan bangsa sendiridi mata dunia. Sedarlah pada masa ini hanya pendidikan yang boleh mengubah gaya hidup masyarakat kita dengan pendidikan kita mampu buat apa sahaja..sedarlah jangan kita masih duduk dibawah kempompong kebodohan lagi..


Wahai bangsaku….
Mana yang telah terjaga dari lena…Bantulah bangsa kita yang masih tidur agar kita sama-sama mengecapi kenikmatan hidup ini. Mengingatkanlah kepada bangsa kita yang lain agar memberi pendidikan kepada anak-anak. Hanya dengan pendidikanlah sesuatu bangsa akan mampu mengubah gaya hidup.

Wahai bangsaku ……
Mana yang telah sedar janganlah kita membongkak diri..seandainya suara kita sudah boleh di dengar hingga ke atasan jangan pula kita menjadi kacang lupakan kulit..Walau seteruk mana jabatan pengurusan masyarakat kita janganlah kita melupakannya…walau sekecil mana bantuan yang dihulurkan bersyukurlah dari bantuan yang kecil itulah menjadikan kita sedikit sebanyak berubah… Kejayaan kita adalah hasil usaha yang disalurkan oleh jabatan. Belajarlah bersyukur dan bukan menempelak atau menghentam jabatan yang banyak membantu bangsa kita.


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Selasa, 11 Ogos 2009

tema hari kemerdekaan ke 52



Tema hari kemerdekaan ke 52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan...Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Ahad, 9 Ogos 2009

orang asli yang lupa asal-usulnyer...

minggu lepas aku gi kem 1 malaysia...jumpa lah ramai kawan2 yg baru..ader banyaklah dapat kwn2 baru dari kaum melayu,cina dan india...maklumlah kem 1 malaysia..
kisahnyer bermula mcm nie...aku telah terjumpa seorang rakan lama..tapi tak rapat lah setakat tau kelas n asal usulnyer jer..nak mulakn cerita aku pun sembang ngan dia pasal kwn2 lama kat maktab dulu n dia tanyer aku ngajar kat mane..n dia kenal jugak ngan ckgu sek aku..cikgu sek aku lak tak kenal dia....jadi ckgu sek aku tu nmpk aku sembang ngan dia jd dia tanyer budak maner..aku ckplah..bla..bla..rupa2nyer ckgu sek aku nie glamour. org ramai kenal dia,dia lak tak kenal ngan org..
bila ckgu sek aku tanyer aku citer lak kat die..die tu org asli tapi dah menganuti agama islam..pas tu ckgu sek aku nie pun bersembang plak ngan dia..dia boleh tak ngaku dia org asli....ckgu sek aku dtg smla kat aku ckp dia bkn org asli dia melayu..aku pun ckplah aper yg aku tau..ckgu sek aku tak puas ati dia tanyer lagi..last2 budak tu ckp dia org asli....ckgu sek aku ckp dia malu2 nak cakap..heeh geram betul aku..sepanjang program berjalan aku nampak dia mcm lari jek dari aku n pas tu dia langsung tak tegor aku...so tu lah citer nyer org yg dah lupa asal usulnyer...boleh sumpah jd kereta tu klu na ikut cerita si tanggang.
kesimpulannyer, aku dapat ramai kwn walaupun aku hilang seorg kwan..he...he..antara yg aku kenal masa kem ialah kak sal,kak ina, ckgu mimi, ckgu tan, suzy, shu ngoh, ckgu wong, ckgu sara / sharala, ckgu vasanthi n ramai lagi..yg best aku jek yg slalu menyebuk kat khemah dorg..msuk khemah dorg sembang2 ngan ckgu2 sek tamil n siap selesaikan masalh dorg lagi.pas tu menyebok kat khemah ckgu melayu lak siap di pelawa agar menganuti agama mereka plak.. n aku siap tidur sekhemah ngan ckgu cina..tu lah pengalaman aku yg best... aku kan freethinker...
*p/s; sebenarnyer aslkan kita pandai bw diri dan menjaga tingkah laku agar semua org senang dgn kita..

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Jumaat, 7 Ogos 2009

Prof.Dr Juli Edo


Adakah anda mengenali Prof Juli Edo...beliau ialah seorang pensyarah yg kini berkhidmat di UM..saya mengenali beliau ketika belajar di Maktab Perguruan.Beliau telah datang ke maktab kami untuk memberi ceramah lagipun saya ada berkawan dengan anak saudaranya ketika di Maktab iaitu Ellysonza...


Profesor Dr. Juli Edo adalah antara sekelumit suku kaum Orang Asli di negara ini yang berjaya dalam pendidikan. Profesor di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya ini menjadi bahan ucapan setiap kali ceramah berkaitan dengan anak-anak orang asli untuk dijadikan sebagai Contoh..


Pada 1981, Juli dari suku kaum Semai ini melanjutkan pelajaran ke UKM di Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan (FSKK). Dia adalah antara pelajar Orang Asli terawal di negara ini yang melangkahkan kaki ke menara gading.


Apapun, syabas saya ucapkan kepada Prof Juli Edo. Semoga dia terus menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak Orang Asli di seluruh negara.


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Khamis, 6 Ogos 2009

kem 1 Malaysia

salam 1 Malaysia.... tempat tidur kami yg sempoi jek....dal lah kat tempat parking keta pas tu nyamuk punyer lah banyak..nasib baik suami kesayanga aku antar kelambu...tpi adventure jugak lah

aktiviti lawatan ke Memorial Tun Abdul Razak..

aktiviti senamrobik...lagu chicken dance lagi tu...







Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Sabtu, 1 Ogos 2009



Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

bulan kemerdekaan

masih bernyawa dan bernafas lagi aku pada bulan 8 nie...syukur ku lafazkan kerana masih dipanjangkan umur..emmm apabila masuknyer bulan Ogos nie biasalah sibuk semua org nak pasang bendera..maklumlah bulan kemerdekaan..masing2 berbangga duduk di tanah Melayu yg sudah bebas dari penjajahan kuasa2 asing...mcm2 ragam org yg meletakkan bendera kat kereta la kat pagar rumah, atas bumbung rumah kat pokok2 pun ader...hah aku penah jugak tgk org letak kat atas pokok buah-buahn dorang coz untuk menghalau burung2 yg makan buah-buahan dorang..ader jugak yg macm tu ek..

rumah aku pun tak terkecuali jugak lah..suami aku akan kuarkan benderanya..dia akan letak 3 bendera nanti..dah tahu memang setiap tahun mcm tu jugak...bendera Pahang, selangor, n Jalur Gemilang lah...so pada rakyat malaysia jgn lupa kibarkan bendera negara kita dgn megah tak kira lah kita nie berlainan bangsa, agama dan fahaman politik..yang penting kita rakyat MALAYSIA...


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

komentar Terbaek

Get widget here
Copyright© All Rights Reserved Pinangdansireh.Blogspot.Com