Jumaat, 21 Disember 2012

Wallpaper menarik...


Selamat sejahtera...

Semalam kami ke GM Klang.. sebelum ni asyik dengar jer iklan2 pasal GM ni... beli dengan harga borong lah.. Tapi bila kami dah pergi batu tau... Wah suoknyer shopping kat sini... lepas ni kalau aku nak beli hadiah murid2 baik beli kat sini jer..beli borong memang lagi murah... buat masa ni aku memang giler nak beli wallpaper.. habis dah dinding berek polis ni aku tampal... Jom tengok gambar..





Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Rabu, 12 Disember 2012

Bosan Giler Derrr...



Hai salam Sejahtera...

Orang cuti sekolah macam nie banyak aktiviti yang boleh dilakukan..Lain pulak dengan diriku yang tak der benda yang nak buat.. Bila petang suami aku atak kerja kami akan keluar mengukur jalan di Shah Alam nie...Wah bosan giler duduk Shah Alam..Best lagi duduk Sungai Besar... Nak bLik Sungai Besar... Tapi sian lak kat suami aku... Dia kerja tak kan nak tinggalkan dia kan..biar lah kami menemaninya di sini...

p/s::: entry ni pun bosan untuk dibaca kan....
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Ahad, 9 Disember 2012

Istanbul aku datang...



hai..semua... Selamat berhujung minggu...

sumber google

ѕємαℓαм ρυкυℓ 4 ραgι ѕαуα ηgαη αηαк мαѕιн ℓαgι тαк тι∂υя ѕєвαв вσѕαηℓαн..тν α∂α αѕтяσ ℓαк вєℓυм ραѕαηg ℓαgι..ѕσ вυкαк уσυ тυвє тєяנυмρα ℓαн ρυℓαк ƒυℓℓ мσνιє ιѕтαηвυℓ αкυ ∂αтαηg...Wαн..ℓαנυ..ℓαנυ..αкυ кℓιк ∂σωηℓσα∂ ℓαн... Lιѕα..ѕαуα ѕυкα кαмυ...¢σмєℓηуα Tσмσк вєяℓαкση..∂αη уαηg тєявєѕтттт ѕєкαℓι ιαℓαн Bєтσ Kнυѕαιяι ℓαн....нєηѕσмє η ¢υтє ηуα ∂ια.....

sumber google
WAн вєѕтηуα ¢єяιтαηуα..∂єηgαη мєℓιнαт кєιη∂αнαη ιѕтαηвυℓ..яαѕα ηαк ρєяgι נυgαк... Yαηg вєѕт ραят Dιαη( LIѕα ) ∂αн тєякαηтσι вιℓα Azα∂ (Tσмσк) ∂αтαηg яυмαн ∂ια... Yαηg ѕуσк вєятαρα яσмαηтιкηуα Sι Bєтσ ηι ρυנυк Dιαη..¢υ¢ι яαмвυт Dιαη уαηg ℓєραѕ gα∂υн... Tєηgσкℓαн мєѕтι тαк яυgι ρυηуα.... Aηαк αкυ ρυη ρєℓιк ѕιαρ тαηуα" Kєηαρα MAMA ηαηgιѕ тєηgσк ¢ιтєя ηιє..."

tq google


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Rabu, 5 Disember 2012

Sweet nya...


Selamat sejahtera...



Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Isnin, 26 November 2012

Langkawi part 1....

Selamat sejahtera...

Kali nie school holiday saya tak balik kampung..kami gi bercuti ke Pulau Langkawi... Kami bertolak awal hari ahad darjah Selangor pukul 9 pagi.. sampai jeti Kuala Perlis kami cari hotel untuk menginap semalam.. so aktiviti hari ahadnya kami bershopping ke Padang Besar sempadan Malaysia Thailand...Sebenarnya tak ada yg istimewa sangat padang Besar ni.. ada yang kata murah tapi bagi saya sama sahaja harga pakaiannya..Cuma kita mungkin dapat harga yang paling murah jika kita rajin tawar menawar.. Contoh baju2 jersey jenama Nike atau Adidas yang warna cantik2 tu dan ada tulis  T90 tu kalau kat uptown Danau Kota baju2 ni dijual dengan harga Rm10 jer..cuma saiz jer lah yang berbeza iaitu free saiz bagi yg badan comel2.. kalau kat Padang Besar ni baju ada saiz so boleh pilih... Balik dari Padang Besar kami pun masuk hotel mandi2 dan gi kuar makan..malas nak gi makan yg sedap2 makan ala kadar jer lah kat restoran dihadapan jeti Perlis tu..






Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Jumaat, 23 November 2012

P.E.A.C.E



SELAMAT SEJAHTERA...

Biarlah gambar yang menceritakan semuanya... Sama-sama lah kita berdoa untuk Gaza..





Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Khamis, 22 November 2012

Kenderaan


selamat sejahtera...

ok disini saya nak letakkan bahan pengajaran yang telah saya laksanakan di dalam kelas saya. Ini ialah gambar pengangkutan.. Saya gunakan gambar ini untuk mengajar murid tahun 3. Warnakan gambar, namakan kenderaan dan kelaskan kenderaan mengikut kategori pun boleh...




Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Rabu, 21 November 2012

Wordless Wednesday..



Selamat Sejahtera....     PEACE




Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Isnin, 19 November 2012

Si Peneutralisasi pilu....


Selamat Sejahtera....

Dalam blog ini saya pernah story pasal jalan cerita lagu Teman Pengganti tu kan.. So ada seorang pembaca yang bertanya mengenai apakah maksud Si peneutralisasi pilu.....  Lihat lirik di bawah nie dulu ya...

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri


Mengikut pendapat saya lah yang kurang mahir dalam ilmu bahasa ni, dan apatah lagi bunga2 bahasa atau metafora nie.. Teringat pula kata lect saya masa kami kuliah sebulan yang lalu..Kalau cikgu2 nak buat assignment mencari metafora, simile, personifikasi, hiperbola dan sabagainya carilah lagu-lagu gubahan Malique..

Ok lah saya teruskan ya... Mengikut pemahaman saya Si peneutralisasi menunjukan ialah seorang atau manusia yang menjadi peneman atau orang yang sentiasa memberi nasihat, yang menemaninya ketika sedih atau dengan lebih tepat seseorang yang menjadi pengubat untuk menghilangkan pilunya... Jikan dilihat dalam kamus dewan atau http://prpm.dbp.gov.my/ bahan yang bukan asid.. 

Oleh yang demikian marilah kita bersama-sama mengkaji lirik-lirik lagu ini. Sama-sama kita mencari maksud metarofa atau personifikasi lagu tersebut...

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Putrajaya...I love Putrajaya


selamat sejahtera...

Cuti-cuti Malaysia.. Kami ke putrajaya.. bukan buat aa pun cuma ketagihan nak snap2 pic jer kat Putrajaya yang indah dan permai tu...
Jom layan gambar nie..








Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Isnin, 12 November 2012

jadual peperiksaan kohort 1 PPG UPSI


salam sejahtera....

Sambil sibuk-sibuk menjawab forum dan membuat assignment jangan lupa jugak bahawasanya kita dah nak exam.. pejam celik pejam celik dah nak abis sem 4 kita ya...
tengok tarikh betul2 ya... senang nak pergi atau nak bermalam ker..

tu dia....

2 kali kena gi upsi....

selalu kita exam sabtu dan ahad.. kali ni kena pergi sabtu bulan Disember dan ahad pulan Bulan Januari..


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Ahad, 4 November 2012

RESTORAN RIMBA DAN LEMBAH BERNAM..

Selamat sejahtera..

Biasanya hujung minggu macam ni tentu suri-suri rumah sibuk pikir nak masak ape kan.. apa kata sesekali hari minggu macam ni tuan2 tu gi lah bagi keluarga makan2 kat sini..restoran rimba dan restoran bernanm pengusahanya ialah adik beradik cuma lokasi restoran mereka sahaja yang berbeza.. Di situ terdapat pelbagai makanan yang disediakan cuma jika ingin makan makanan yg boleh dikatakan unik tu ke telefon pengusahanya untuk menempah makanan yng tuan puan inginkan lah seperti daging kancil, landak, rusa, udang galah dan sebagainya..





UPDATE.....

setelah agak lama saya tak singgah kini saya pergi lagi dan saya liha semakin cantik dan selesa..  Kalau tuan pauan nak datang dan menikmati hidangan yang enak-enak ini tuan puan call dulu ya..Ini maklumatnya...
Berikut adalah butir-butir hubungan mereka:

Restoran Lembah Bernam (mencari mereka di facebook)
(Haji Jaafar & Hajjah Sarah)

alamat:
Jalan Utama Terusan (atau Jalan Terusan Utama),
Tali Air 9,
Pasir Panjang,
45400 Sekinchan,
Selangor

Hubungi Nombor:
+6.017.285.8603
+6.019.213.3665

Waktu dibuka:
11:00-5:00 (ditutup pada hari Jumaat)

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

P for perlahan, percubaan, or pantas, pecut..

Selamat sejahtera..

Hai kawan-kawan. Sejak 2 menjak ni  saya tiba-tiba mengambil berat pula berkaitan sticker P yang ditampal dikenderaan di atas jalan raya..ada macam2 keadaan stiker ditampal. Ada yang ditampal bersilang seperti p ditampal di kiri pemandu manakala bahagian belakang pula ditampal di bahagian kanan.. so saya pun mengambil keputusan lah untuk mencari maklumat.. dunia sekarang kan dah canggih semua maklumat dihujung jari..jika malu bertanya google map jer pasti tak sesat. Tetapi kalau pakai GPS ada juga yg sesat..G-guna P-pun S-sesat..ha.ha..( yg ni kes lain spt yg saya baca.. kes mistik)

Sticker P yang berwarna  merah ni bermaksud Percubaan.. sesiapa yang menampal sticker p bermakna mereka baru mendapat lesen dan diberi tempoh 2 tahun. Habis 2 tahun barulah tukar lesen yang baru.. Jadi pemandu yang lain tu janganlah mencucuk2 buntut kereta pemandu yang ditampal dengan sticker P nie..Dan ada juga yg pinn..pinn..ponn..ponn..Sabarlah sikit ya.. Jadi kesimpulannya P yang betul haruslah ditampal dibahagian kiri kereta sama ada di bahagian cermin hadapan dan bahagian cermin belakang.

Ni gambar contoh sticker P yg salah ya..



Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Selasa, 30 Oktober 2012

Sehari lagi

Selamat sejahtera..

1hb nie suami saya akan berpindah. Walau pun tak jauh tapi aku akan terasa kesusahan hidup apabila mula membuat semua urusan bersendirian. Sebelum nie suami yang tersayang banyak melakukan tugas-tugas seperti pergi bank. Lepas ni semua buat sendirilah seperti ambik anak balik skolah setiap hari tanpa ada syif lagi. Tapi x jauh pun suami kena pindah tu. Suami berpindah ke  shah alam iaitu di seksyen 15 jer. So buat suami selamat menjalankan tugas di tempat baru.


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Khamis, 11 Oktober 2012

Jangan Sebut perkataan Ini....

Selamat Sejahtera....

Indahnya duduk di Malaysia ni kan aman dan damai jer..Bersyukur lah kita dengan keadaan negara kita yang tidak ada peperangan atau pun bencana alam yang boleh menyebabkan kemalangan jiwa.. Dalam negara kita yang aman dan pelbagai kaum ni kita haruslah beringat setiap kaum mempunyai beberapa perkataan yang tidak boleh di sebut. Maksud saya tidak boleh disebut ini ialah menyentuh perasaan seseorang.  Antara kita sedar atau tidak masyarakat orang asli yang pemalu dan sensitif ini kerap  menyuarakan rasa tak puas hati apabila ada beberapa perkataan yang di sebut. Antara perkataan tersebut ialah :>>>>

JAKUN

Adakah anta tahu apa maksud Jakun itu sendiri.. Jakun ialah salah satu kaum orang asli yang terdapat dalam kelompok Melayu Proto..

Selain itu seperti yang terdapat dalam Kamus Dewan Bahasa Jakun juga menunjukkan sikap atau perangai seseorang yang aneh atau tidak pernah melihat sesuatu. Atau dengan kata lainnya ialah kolot..

Berdasarkan pembacaan, saya dapat lihat terlalu ramai blogger yang membuat entry pasal JAKUN ini. Ada yang baik dan ada juga menggunakan perkataan JAKUN untuk memarahi atau memaki hamun.. Apa yang saya tidak puas hati ialah ada manusia yang tiada akal dengan menggunakan perkataan JAKUN ini.. Walaupun saya ini "terbuka" dengan penggunaan perkataan JAKUN ini tetapi saya tetap akan mengingati rakan-rakan saya agar berhati-hati dengan penggunaan perkataan ini. Mana tahu suatu hari tersilap cakap tak pasal-pasal pulak boleh perang kan..

Baiklah ada beberapa link yang boleh kawan-kawan tengok pasal entry saya ni jugak...
http://kakciknurseroja.blogspot.com
Klik untuk pembesaran


Klik kalau tak nampak


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Rabu, 10 Oktober 2012

Berkelah

Haiii...

Last week kami ke negeeri Perak..Kami melombong lah...he..he.. Sebenarnya kami pergi lombong menangkap ikan.. Kami menggunakan jala untuk menangkap ikan...Geng-geng kami pergi sana tak ramai kami 3 orang jer.. Papa, Mama n Airiel or Budak Botak....  Macam ni lah duduk di rantau orang. Pandai-panadai sendiri lah nak hidup kan so mencari ikan lah sebagai aktivit hari minggu lagi pun dah lama tak datang sini... Nah lah gambar ni.. tengoklah mana yang patut.. Ada lagi banyak tapi dalam Galaxy Tab.. Kalau saya update blog pakai Galaxy Tab lah..



Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Selasa, 9 Oktober 2012

Teman Pengganti

Haiii...


Hai dah baca belum lirik kat atas tu... Saya bukan nak komen apa-apa cuma nak bagi tau saya suka sangat kat lagu nie.. 
Lagi satu saya banyak juga menggoogle pasal lirik lagu ni.. Ramai yang kata Malique ni tengah sakit lah dan macam-macam lagi khabar angin.. Yang aku tak puas hati ada yang kata dia barah otak... Mana ada..Dalam lirik dia tu dia ada nyanyi kan "komplikasi di halaman rusuk kiri" so cuba kawan-kawan pikir otak kita duduk kat mana ya... dan apa yang ada kat rusuk kiri pulak... Ha..ha... So keseluruhan lagu ini adalah satu karya. Sama ada karya itu ada kaitan dengan diri pencipta nya atau tidak saya pun tak pasti....



Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri




Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Berpisah jua....

selamat sejahtera....

Entry kali ni agak sedih sedikit laa... Minggu ni dapat berita yang baik dan tak baik... Yang tak  baiknya Mr. POlice tu dapat pindah dah... Adoii Mr Police nak kena pindah... Isk..isk..tinggallah saya dengan anak je kat rumah ni lepas nie.. Manakala berita yang baik sangat tu ialah Mr Police pindah ke tempat yang selalu jugak kami jelajah iaitu di Seksyen 15, Shah Alam.. Wah, mujur dekat jer Mr.Police kena pindah...Akhirnya terjawab juga penantiannya setelah kenaikan pangkatnya dari tahun lepas tu.. Tu lah kata orang rezeki.. Memang baik juga Mr Police pindah di tempat yang dekat2 jer dari kena ke Terengganu atau Kelantan ker...  Keputusannya saya dan anak tak inkut pindah lagi buat masa nie.. tak tau pulak tahun-tahun hadapan sama ada kami akan ikut sekali ker. Perancangan telah dibuat semoga ianya berjalan dengan lancar.. Ape-ape pun Mama wish papa Gud luck di tempat yang baru.. Tau papa memang cepat menyesuaikan diri..
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Sabtu, 22 September 2012

Selamat hari sabtu..

Gud morning.. Tak ada buat apa2 cuma membantu jiran mengemas halaman rumah setelah ribut melanda sungai besar pada pukul 2 pagi tadi hingga pukul 5 pagi.. Syukur lah tak ada kehilangan nyawa cuma mengalami kerosakkan harta benda..


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Sabtu, 15 September 2012

Kibarkan Jalur Gemilang...

INI ENTRY MELEKAT

KIBARKAN JALUR GEMILANG....NI LAH BENDERA YANG DIPASANG SETIAP TAHUN OLEH SUAMI SAYA...MANA PULAK GAMBAR JALUR GEMILANG KORANG WEI..
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Ahad, 9 September 2012

D.i.y pomanders balls..

Selamat sejahtera....

Minggu ni sedikit sibuk tetapi berkesempatan untuk membuat entry jugak...Minggu yang terakhir bagi menyiapkan segala persiapan perkahwinan adik ipar saya... saya sebenarnya memang suka kerja2 bagi majlis kahwin nie..teringar masa sekolah menengah dahulu kami di bawa oleh penyelia asrama ke satu majlis perkahwinan bagi melakukan kerja-kerja di majlis perkahwinan... nasib ada pengalaman dan lagi 1 mak saya memang sentiasa bising agar saya ke majlis kenduri-kendara di kampung bagi membantu... Mak takut kalau kenduri di rumah sendiri nanti tak ada orang pulak yang nak menolong..tu lah sebabnya kita ni kena ringan tulang membantu....

Seperti yang sudah dilihat di tajuk tu...so marilah kita lihat gambar ni..saya buat sendiri bunga pomander ball ni ya... bahan-bahannya mudah sahaja..

gunting, bunga-bunga yg boleh dibeli 5 tangkai rm10 tu..pencungkil gigi , gunting dan gam tembak serta riben...


Bunga tu ditanggal dari tangkainya..dan cucukkan pula cungkil gigi yang telah dipatah dua..
mulalah mencucuk dan susun bunga2 tu di gabus bola tu ya...kalau nak jimat duit lagi pakai sahaja gabus bunga kaler hijau tu dan dipotong bentuk bulat,...saya beli gabus bola ni 3.80 setelah diberi diskaun sebab menjadi ahli kedai tu..
akhirnya siaplah bunga ini...cantik tak..saya buat bunga ni 2..satu saya buat lagi satu encik suami tolong buat... nanti tengoklah masa majlis nak gantung kat mana ya...

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Jadual Kuliah bulan September Kohort 1 Pjj PPG

Selamat sejahtera....

Wahai rakan-rakan saya meletakkan jadual ini supaya saya lebih alert dengan aktiviti yang saya wajib hadiri sepanjang bulan September..Semoga prestasi saya kali ini ada perubahan sedikit eh..eh...perubahan banyaklah.... Jom Lihat.....

Jom ke Kuliah wei....


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Khamis, 6 September 2012

Sakit tekak..


Selamat sejahtera..
Kali ini saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak mengajar maklumlah saya sakit tekak.. Hari ini saya terpaksa makan gaji buta nak buat macam mana suara yang keluar pun macam suara itik serati.. Begitulah jika kelebihan diri yang kita miliki tiba-tiba ditarik oleh yang maha kuasa.. Oleh itu kawan-kaan blogger semua bersyukurlah dengan apa yang kita ada selama ini..
Ada juga kawan-kawan yang mengesyorkan agar saya mengambil MC tetapi saya tidak mahu kerana badan saya masih kuat untuk bekerja hanya suara sahaja yang tidak boleh dikeluarkan.. Saya ingat saya hanya memberikan latihan bertulis sahaja lah untuk murid-murid tetapi tak puas hati juga sebab tidak dapat memberi penerangan kepada mereka..Maafkan Cikgu ya!


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Isnin, 3 September 2012

Takwim Kuliah sem 4 Pjj PPG UPSI

ku
Haaaa ni hah... kena ingat baik2..bila minggu kuliah, bila minggu cuti...


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Ahad, 2 September 2012

Jadual tutorial Sem 4 pjj PPG 2012/2013

p/s......saje upload gambar print screen ni untuk set mind bahawa semester baru dah mula...
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Ahad, 5 Ogos 2012

mengapa penurunan berat terhenti...

Selamat sejahtera....

Haaallooo....  Semoga semua readers sihat ye..Di sini nak bagi info sikit pasal berat badan..Maklumlah seminggu dua ni perasaan nak kurus tu menjadi-jadi pulak.. Semoga apa yang saya lakukan untuk menguruskan badan saya ini akan mendatangkan hasilnya ya... caiyook!! caiyook!!.. Di sini saya sertakan mengapa kehilangan berat badan kita tidak memuaskan....

1. Berat Air
Tahukan anda bahawa badan anda mengandungi kira-kira 60 peratus air dan selebihnya adalah otot dan beberapa tisu yang lain. Bagi seorang lelaki yang beratnya 100kg bermakna dia telah membawa sebanyak 60kg cecair dalam badannya yang majoritinya adalah darah anda.Badan anda bekerja keras untuk mengekalkan keseimbangan pengagihan air dan mengambil kira tentang pengambilan dan perkumuhan yang kita lakukan. Sistem ini berbeza bergantung kepada pelbagai faktor, seperti fasa haid, kadar pengambilan cecair dan senaman.

Sesetengah orang lebih sensitif kepada turun naik berat air daripada yang lain. Apabila anda bersenam untuk kali pertama atau cuba bentuk baru aktiviti fizikal, gentian otot boleh menjadi bengkak dan radang. kebengkakan dan keradangan ini menyebabkan ketidakseimbangan air secara sementara. Bengkak yang merangsang ini sakit akan mula dirasai selepas 12 hingga 48 jam anda bersenam. Kesakitan dan bengkakakan hilang apabila anda melakukan senaman yang sama berulang-ulangkali. Kebengkakkan ini juga meyumbang kepada peningkatan berat badan ataupun anda merasai seperti penurunan berat badan terhenti.

2. Lemak Kurang Padat Berbanding Otot
Yang mana satu lebih berat? : satu paun otot atau satu paun lemak? Ini adalah soalan trik. Sudah tentu, satu paun dengan satu paun sama beratkan! Tetapi lemak dan otot mempunyai ketumpatan yang berbeza, dan oleh itu berbeza segi jumlah. Dalam erti kata lain, lemak mengambil ruang yang lebih daripada jumlah yang sama dengan otot. Ini bermakna otot mengambil ruang 18 peratus kurang daripada lemak.Itulah sebabnya mengapa dua orang yang berat yang sama boleh kelihatan sangat berbeza, bergantung kepada berapa banyak lemak dan otot masing-masing punyai. Ini adalah juga sebabnya mengapa anda perlu menilai progres penurunan berat anda melalui kehilangan inci, longgarnya pakaian anda dan perubahan takuk lubang pada tali pinggang anda.

3. Penurunan berat Badan Itu Tidak Selalunya Dalam Garisan Lurus
Kebanyakan proses badan kita tidak selalunya berada dalam garisan lurus. Sebaliknya, badan kita akan melalui fasa cepat, lambat dan stagnant (tetap). Sebagai contoh, kanak-kanak yang berumur11 tahun tidak semuanya sama tinggi. Ada yang rendah, sederhana malah ada yang 3-4 inci lebih tinggi daripada kawan-kawan yang sebaya dengannya. Penurunan berat badan juga tidak terkecuali. Pepatah Inggeris “two steps forward, one step back” diharapkan dapat membantu anda memahami makna yang ingin saya sampaikan ini.

Tiada penurunan berat badan selepas beberapa ketika merupakan satu proses semulajadi dalam proses penurunan berat badan. Dalam kebanyakan kes ia akan kembali kepada keadaan asal semula (ketika anda mengalami penurunan yang sekata) selagi anda tetap dalam proses penurunan berat badan.

4. Menghampiri Berat idaman Anda
Semakin anda menghampiri berat idaman anda, badan anda mula untuk "mempertahankan" terhadap kehilangan berat badan selanjutnya. Jika anda tingin kehilangan 20kg daripada berat badan anda, 10 kg yang pertama akan kelihatan sangat mudah. Kg yang seterusnya biasanya akan mengambil masa yang lama, dan memerlukan disiplin yang lebih.Yang penting adalah untuk bersabar dan membolehkan diet anda memperlihatkan `sesuatu' untuk anda...

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Sabtu, 28 Julai 2012

Apa perasaan anda bila dicucuk?

Selamat sejahtera...

Hari ni dapat juga kami balik kg..Walaupun balik pada hari Sabtu pun x per lah..Ikutkan memang malas sikit nak balik sebab dah hari Sabtu n Ahad kena blik semula.. Tapi ikut jer lah bukan saya yg memandu pun kan.. Nak balik rumah saya pun mungkin x dapat lah kan.. On the way balik selepas di Hentian Rehat Lancang ada lah pulak sebuah kereta Myvi yg kurang ajar dah lah  tampal "P" lagi memandu macam nak cepat mati pulak tu..Dia punya kurang ajar "mencucuk" kereta kitaorang.. Ok la suami pun ke lorong kiri bagi dia lalu.. Lepas tu suami pulak yg cucuk dia dr RnR Lancang sampai exit Temerloh.. Bila suami cucuk tu punyalah laju Myvi tu. Meter kitaorang pun dah cecah 150 apatah lagi Myvi yg kat depan kan..

Hah ni dia kereta tu.. Pemandu lelaki pas tu kereta penuh teddy bear pulak tu.. Saya tak ingat nak snap pic masa suami follow tu.. Ni pun bila dah masuk ke tol temerloh..



Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Ahad, 22 Julai 2012

Berbangga aku dengan Cikgu Apis nie...

Selamat Sejahtera...

Wah..sebenarnya dah lama nak story pasal Cikgu Apis nie..mula last year bila saya gi kursus KSSR tahun 2. Ada seorang cikgu yang berkenalan dengan saya dan bila cikgu tu yang bernama Amalina ( kalau tak silaplah) telah bersembang dengan saya memaklumkan kepada saya mengenai Cikgu Apis bila cikgu Amalina mengetahui saya ni Orang Asli. Berdasarkan maklumat yg diberikan saya pun menggoggle lah blog Cikgu Apis ni..Seronok jugak bila cerita cikgu ni  melalui blog Cikgu Apis ni telah berjaya dibukukan...Buku Life Through My Eyes telah pun dilancarkan tahun lepas dan saya mesti mendapatkannya..

Apa yang membanggakan saya ialah cikgu Apis nie telah mengajar anak-anak orang Asli Di Sungai Siput (U), Perak di Sek Kebangsaan Kampung Kenang...Jangan tak caya selain mengajar cikgu Apis ni juga seorang blogger dan telah memenagi anugerah Apicta.. Dengan semangat dari Cikgu Apis ini telah membuat saya berkobar-kobar untuk kembali mengajar di kampung halaman saya sendiri dan untuk mendidik anak bangsa Orang Asli.  Ape-ape pun tahniah ya Cikgu Apis...Nak tau maklumat lanjut gi lah blog Cikgu Apis dan youtube cikgu Apis....

psttt: ramai jugak cikgu yang glamour macam cikgu shida tu...
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Sabtu, 21 Julai 2012

Oh! My English....

Selamat Sejahtera....

Ha..ha...sekarang ni tv rumah aku ni makin kerap dipasang pula oleh putera ku itu...Maklum rancangan itu kan menarik dan bagus untuk ditonton..Selain dapat belajar kita juga boleh berhibur dengan penggunaan bahasa English yang rojak oleh pelajar2 di kelas tu... Jadi mari kita improve bahasa Inggeris kita..


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Isnin, 16 Julai 2012

Air selasih..Menyejukkan badan

Selamat sejahtera..

Oleh kerana hari ni tak tau nak buat apa maka saya pun ke dapurlah untuk membuat sesuatu...teringat pulak hari tu saya ada beli biji selasih di kedai rakyat..saya memang suka minum air selasih lagi-lagi bila dimasukkan dalam lai chi kang..wah syoknya...
Senang jer nak membuat air selasih ni..saya cuma rendam selasih dalam air panas untuk menggembangkannya lepas tu macam biasa bancuhlah air sirap atau sirap bandung atau apa-apa sahaja yang anda rasakan suka..
Jom tengok gambar nie..pasti anda pun teringin jugak nak buat kan..



Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Jumaat, 13 Julai 2012

Siapa adik artis popular yg meragut tu??

Selamat sejahtera...

Semalam kita dengar dan lihat berita mengenai adik artis popular yg meragut tu kan..mesti anda yg x tau dan nak tau tertanya2..jika di surat khabar bukan ada pun ditulis siapa kakaknya kan.. So jangan risau..saya dah tau.. Dengan kepesatan teknologi maklumat di negara kita ni kan mudah saje seperti membuat cucur udang Adabi..anda tambah air dah boleh goreng... Bukan tambah air boleh makan ya.. Jika anda nak tau carilah di blog2 yang menceritakan story morry pasal retis negara kita ni ya.. Saya x nak cerita apa2 takut nanti disaman pulak..he..he..

P/s..sajer buat entry ringkas menggunakan samsung tab nie..


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Selasa, 10 Julai 2012

Tekanan laa wei.....DOn't disturb Me!!

selamat sejahtera....

Minggu yang rasa macam tak sihat jer...Mungkin penat atau apa ya?? Hari Sabtu tu gi sekolah sebab ada LADAP lah sangat..Gi sekolah untuk ambik kedatangan jer sebab semua cakap dalam bahasa Mandarin..mana lah kami2 ni paham kan...Mampus lah nak datang sampai malam..Dengar pun tak paham... BAlik rumah kami keluarga bahagia ni telah mengemas rumah..menyusun surat khabar lama yang bergunung tu..nak jual tak terhantar pulak ke kedai...Ahad pulak melipat semua baju2 yang setinggi Gunung Everest.. Dengan habuk banyaknya so hidung ni pun mula lah rasa macam selesema jer kan..hari ni tekak dah sakit..bersin2 pun dah mula datang.. Berhingus lah aku lepas nie...Kerja yang menunggu pulak banyak..Nak cari gambar2 untuk pertandingan mewarna lah..nak buat persembahan lah..adoi!! bertimbun kerja nie...soalan exam masih tak buat lagi..due date hantar soalan tu pada 20hb nie... semua tu rasa berat sangat nak ku pikul...dengan masalah di sekolah...kadang2 rasa feed up jugak lah dengan semua tu..cepatlah sikit...Adoi apa yang aku merepek ni...inilah luahan perasaan aku...baik korang jangan baca apa yang seterusnya ni...Nanti korang benci kat aku pulak,,,,

Jangan baca tak ada apa-apa yang aku nak tulis.Jangan baca tak ada apa-apa yang aku nak tulis.Jangan baca tak ada apa-apa yang aku nak tulis.Jangan baca tak ada apa-apa yang aku nak tulis.Jangan baca tak ada apa-apa yang aku nak tulis.Jangan baca tak ada apa-apa yang aku nak tulis.Jangan baca tak ada apa-apa yang aku nak tulis.Jangan baca tak ada apa-apa yang aku nak tulis.Jangan baca tak ada apa-apa yang aku nak tulis.Jangan baca tak ada apa-apa yang aku nak tulis..

p/s:: maaf dengan bahasa yang kasar...
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Isnin, 2 Julai 2012

Memancing Di Sungai Besar...


Selamat Sejahtera....

Teringin pulak nak menceritakan keindahan dan apa yang menjadi daya tarikan di Sungai Besar ni. Saya dah menetap di Sungai Besar 5 tahun. Pendek kata dah jelajah setiap pelusuk jugaklah..Nak cari tempat memancing ikan, udang dan sebagainya saya dah pergi..Mungkin ada sesetengah tempat2 rahsia syurga pemancing sahajalah yang saya tak pergi lagi.. Jika ingin memancing pantai, bolehlah ke Bagan Sungai Burung. Di situ setiap petang akan dipenuhi dengan kaki pancing dan orang ramai yang menikmati angin laut dan melihat matahari terbenam.
Tengok gambar ni..penuh orang kan..

suami saya..


Tengok belakang suami saya tu..penuh orang kan..
Selain itu terdapat juga Kelong yang menjadi tempat orang ramai memancing. Bolehlah menghala ke Kelong Paradise Sabak Bernam. Anda boleh menaiki bot yang di sediakan untuk memancing di kelong.. Antara kemudahan yang disediakan ialah bilik karaoke, surau, children indoor games dan sebagainya... Terdapat pakej yang menarik..Jadi jika berminat bolehlah melayari laman web ini ya..
kelong_speedboat.jpg
Pinjam gambar www.kelongparadise.com


anglers01.png
Inilah hasilnya...
pinjam gambar www.kelongparadise.com 
Jika anda berminat nak memancing udang pulak anda boleh lah menghala ke Sungai Panjang. Disana anda boleh memancing udang. Layanlah berapa lama yang anda suka. Saya dan keluarga pernah pergi memancing disana mengikut rakan-rakan facebook..Tetapi hari tu sedikit malang buat kami. Kami hanya mendapat 4 ekor kawan-kawan di bot yang lain meriah dengan hasil tangkapan. Mungkin disebabkan itu kali pertama kami ke sana dan belum berkenalan dengan mesra suasana di sana...Kami juga terkejut kerana menyangkakan mereka memancing pada siang hari rupa-rupanya hingga ke tengah pagi..dah lah peralatan tak mencukupi ....Tengoklah gambar2 kat bawah ni ya..saya tolong racunkan sikit minda2 kaki pancing udang pulak..he..he...

Jangan tak percaya..

Tengok udang-udang tu...
Lokasi ke tempat bot ditinggalkan..
Pinjam gambar Encik Ezal ya...

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

komentar Terbaek

Get widget here
Copyright© All Rights Reserved Pinangdansireh.Blogspot.Com