hello readers....
Ini sebahagian dari tugasan yang perlu saya lakukan semasa di sem 3..Tugasan yang perlu saya lakukan ialah buat kajian mengenai etnik bangsa saya sendiri....Jom review sikit...
Masyarakat orang asli merupakan salah satu etnik yang unik di negara kita. Rugi rasanya jika masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia ini tidak mengenali dan memahami kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia ini. Masyarakat Orang Asli terdapat 18 suku kaum. Dalam masyarakat orang Asli itu terdapat tiga kelompok besar. Setiap etnik orang asli yang terdapat 18 suku kamu ini terdapat pelbagai bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan yang pelbagai antaranya ialah dari aspek kepercayaan. Masyarakat orang Asli di dapati mempunyai adat resam dan kepercayaan animisme. Sistem kepercayaan mereka dikuasai oleh dewa–dewa, keramat, roh dan sebagainya. Pandangan hidup (world view) mereka banyak dipengaruhi oleh keadaan fizikal alam sekeliling di persekitaran yang di diami. Dengan itu hutan rimba, gunung, bukit, petir, dan sebagainya dianggap sebagai mempunyai makna tersendiri bagi kosmologi masyarakat ini. Ini telah membawa perlakuan–perlakuan ritual dan pantang larang dalam kehidupan seharian berdasarkan kepercayaan mereka.
Selain itu, dari aspek organisasi dan struktur sosial, masyarakat ini masih mengekalkan dan mementingkan sikap kerjasama dan mewujudkan puak yang dipimpin oleh seorang ketua yang dipanggil “batin” yang bertanggungjawab menjaga dan menjamin ketenteraman puak serta menjdi penghubung kepada masyarakat luar. Beliau juga berkuasa menentukan dan menetapkan peraturan berkaitan puak dan menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan oleh ahli–ahli. Di samping itu, komuniti mereka juga berpegang kepada pengantara agama (shaman) atau bomoh yang berperanan dalam menentukan aspek ritual dan penyaluran kepercayaan mereka.
Perubahan yang melanda masyarakat ini ada kaitan dengan kepercayaan mereka terhadap animisme yang semakin berkurangan sejak selepas merdeka pada tahun 1957. Ini kerana gerakan dakwah agama lain seperti Kristian, Buddha termasuk Islam semakin kuat ke atas masyarakat ini. Namun masih banyak lagi mengamalkan unsur– unsur animisme dan proses sinkretisme dengan agama–agama lain.
Oleh yang demikian, memanglah rugi jika masyarakat luar tidak mendekati masyarakat pribumi ini dan mengenali mereka. Saya juga agak bimbang dengan kehadiran pelbagai unsur-unsur luar yang akan sedikit sebanyak melenyapkan bahasa, budaya dan kesusasteraan masyarakat minorita di negara kita ini.
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^