Isnin, 30 Mei 2011

JoM JeNguK FolLoW DaN kOmEn...

I follow!!!Disebabkan blog aku nie tak cukup lagi 3 orang nak 100 so aku followlah..Aku pun tak tau naper org tak nak ikut n baca enty2 aku nie..jadi harapan aku dengan adanya segmen daripada bloG KosonG nie adalah rakan2 blogger yg sudi follow n komen kelemahan blog aku nie ya..contohnya..lambat loading ker, serabut and ape2 lah lagi..tolong ya..kalau ada yg sudi offer nak tolong edit blog aku jadi istana pun  boleh jugak daripada pondok nie..dah lah pondok org yg duduk pun comot t lah pasal...tak der org nak singgah...
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Ahad, 29 Mei 2011

yeeehhhaaaaa!!!!





Keputusan belum abis lagi...tapi aku gerenti lah BARCA menang punyer....tengok dorang main pun best..
Bola kat kaki dorang jek..aku tengok dah macam yoyo kaki lak...bola tu melekat kat kaki dorg kot...yahoooo BARCA win....3-1...

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Sabtu, 28 Mei 2011

Pengambilan Kafien lebih sikit malam nie...

EEmmmm...nak buat aper nie ya...aku pun tak tau....blur..sebenarnya korang memang tak tau ..sekarang nie aku update blog bila aku dah blur membuat rancangan mengajar..esok nak anta.. malam nie aku pulun buat sampai subuh nanti..kalau korang tak caya tengok lah mesti ada entry baru tengah malam nie...dan yang pastinya aku nak menonton MU VS BARCA...aku tau MU tu gah n hebat sangat lah sebab aku tengok semua org sibuk pakai jersi Mu..merah sana merah sini..hitam sana..hitam sini....tapi aku minat kat BARCA..kalau aku main ps2 ngan my husband mesti dia ambik MU n aku tentunya BARCA...Messi mesti hebat sebab Messi menggunakan produk HERBALIFE ape...minuman tenaga dan baik untuk menguruskan dan menggemukan badan...

Bintang Barcelona Si Messi ni akan menjadi tumpuan malam nie.Si Messi  akan digandingkan dengan Villa dan Pedro nak merobek gawang MU sekaligus merangkul kejuaraan dan menambahkan lagi kesedihan buat pemain MU... Andaikata menjadi juara pada malam ini lah...Gandingan mantap Iniesta dan Xavi jugak akan membantu  untuk melancarkan serangan bertubi-tubi ke gawang Van Der Sar yang dah melangkaui 40 tahun...gooolllll...BARCA aku harap korang menang lah...pleaseee...
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

sEgMeN bAnDAR VS kAmPuNg....ePiSOde 2


Panjangkan cerita aku nie....kami di kampung selalunya akan saling kunjung mengunjungi..tetapi biasalah dalam dunia ni maner ada manusia yang baik..ada juga yg bersikap iri hati..lumrahlah tu..1 kg..gaduh2 nanti baik semula..kami juga saling tolong menolong..kalau ada kenduri kahwin lah yang paling seronok..kami akan bergotong royong memasak makanan..yang paling best sebelah malamnyer ada joget lambak..biasa malam pertama joget dondang sayang dan malam besarnya akan ada joget lambak dari kumpulan gitar rancak..joget lambak nie akan berlangsung sampai subuh..biasa masa joget nie banyak org luar..kalau tak ada kekecohan berlaku joget tu akan sampai subuh..kalau ada pergaduhan masa tu jugak stop...he..he...tu lah..siapa duduk bersebelahan kg orang asli mesti tau perkara nie...

kat kampung biasalah, kami akan meronda naik motor ke rumah kawan2..biasanya kami tak guna sangat kenderaan nie..nak gi tempat dekat2 jer jalan kaki..naik motor or kereta pun nak gi ladang,atau tempat yg jauh2..tapi yg biasa digunakan ialah sampan..sampan kami gunakan untuk memancing di sungai..

tempat yang selalu kami gi lepak ialah di tepi sungai..tepi sungai kami tu ada pantai/berpasir putih..kami akan membawa bekalan makanan dari rumah,masak2 ikan yg dijala/dipancing di sungai tu..kami akan berendam dan mandi mandi di sungai tu 3/4 jam..selalunye dari tengah hari hingga ke pukul 5 petang kami berkelah di tepi sungai..kat sungai tu budak2 seawal umur tujuh tahuan dah tau berenang.mereka akan menyeberang sungai dan mencari kijing( jenis siput yg macam kerang) di tepi2 sungai..kijing tu akan dimasak di situ juga..

Penutup:
Hah..begitulah kehidupan aku di kampung..sangat seronok tau..aku boleh pergi memancing,aku boleh pergi masuk hutan..mari lah kalau anda berminat nak ikut menjalani kehidupan aku jom lah...
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

sEgMeN bAnDAR VS kAmPuNg....episod 1



Bila tiba musim cuti sekolah nie semua orang yang mempunyai anak akan berkira-kira nak balik kampung..Tetapi aku kali ni tak balik kampung.Banyak tugasan yang perlu aku laksanakan jadi aku akan duduk kat rumah menyiapkan kerja-kerja aku. Aku nie memang berasal dari kampung atau lebih tepat aku nie anak hutan..yes..aku memang suka duduk dalam hutan memang dah semula jadi orang-orang asli kan duduk dekat-dekat hutan. itu dulu sekarang dah ramai kat bandar jugak...tetapi kali nie aku join segmen akutetapaku85.blogspot.com iaitu segmen Bandar VS kampung.Ikutilah kisah ku ini ya...

Pendahuluan;
Nama aku Mas aka sakura putih.aku berasal dari Pahang..Kampung aku bernama Kampung Tenggalong..Pelik kan nama kampung aku nie..Orang tua aku kata nama tu dapat daripada seekor musang yang berbau busuk. Kampung aku terletak di daerah Muadzam Shah, Pahang. Kampung aku nie berhampiran dengan felda Keratong.Dan kampung aku nie bersebelahan dengan kampung Orang Melayu.

Isi-Isi:

Aku lebih suka duduk di kampung sebenarnya. Di kampung aku tu penduduknya tak lah ramai dalam 60 keluarga je.Maklumlah kampung orang asli bukan ramai sangat pun. kampung aku nie masih meriah lagi dengan tumbuh-tumbuhan hutan yang malar hijau. kalau masuk ke kampung aku mesti orang kata" Betul ker ada kampung dalam nie"..mesti tak caya sebab anda masuk jer disambut dengan pohon2 yang rimbun.
Suasana di kampung yang paling aku suka ialah pada waktu pagi..seawal jam 5 pagi lagi aku dah boleh dengar ayam berkokok mengejutkan tuannya. walaupun ayam berkokok aku tak akan bangun malah aku akan menarik selimut kerana suasana yang sejuk hingga tak perlu aku memasang penghawa dingin atau pun kipas macam di bandar. pada jam 7.00 pagi aku akan bangun terus ke luar rumah untuk menyedut udara yang segar. aku juga suka lihat embun yang masih melekat di daun pokok bunga di halaman rumah. pada waktu ini haiwan2 yang paling sibuk ialah ayam peliharaan mak aku yang mengais makanan. kadang-kadang mak aku nie pagi2 pun dah gi berkunjung ke rumah jiran2..maklumlah kawsan kampung,jiran2 tu mestilah makcik2 aku jugak.
Apbila waktu petang, jam 4 petang tu aku dah mula buat minum petang..biasa lah kat kampung mesti minum kopi dan cekodok ikan bilis..kadang2 dapat jugak makan ubi rebus + ikan masin..mesti korang tak cayakan..tapi inilah kenyataan kehidupan orang asli..ubi kayu bersepah sekeliling rumah cuma rajin atau malas jer nak buat kuih atau minum petang..minum petang tu mesti lah kat bawah pokok jambu mawar mak aku..kat bawah pokok tu ader bangsal..kalau org dtg rumah pun bukan masuk ke dalam rumah mesti sembang2 kat bawah pokok tu..minuman akan dingkat bawa ke luar..saper2 yang lalu mesti akan dipanggil untuk siggah minum petang..bergitulah waktu petang aku di kampung..yang syok ada buaian sekali.suami aku selalu lah lepak kat situ..

waktu malam kami sekeluarga akan menonton berita beramai2dan tengok tv..lepas tu kalau tak der cerita menarik kami akan lepak di bangsal lagi sambil sembang2..biasanya ayah aku lah yang akan menjadi penglipur lara.ayah akan bercerita macam2..dari zaman perang hingga ke kisah dongeng..time ni lah paling syok..yang best ayah aku akan baca jampi2 yang penuh didadanya..mana2 anak2nyer yg cepat pick up boleh ingat yang dibacanya maka anak itu dapat lah jampi2 yg diperturunkan oleh ayah aku..biasa nya adik lelaki yang no 5 cenderung berminat ke arah itu..kadang2 kami akan bermain alat muzik..ayah aku pandai bermain biola, mak aku menyanyi, adik aku no 4 akan bermain gitar, adik no 5 akan pukul gendang..syok beb keluarga aku yang serba boleh nie..lagu2 yang akan ayah aku dengdangkan ialah serampang laut, kancing suasa dan banyak lagi lagu2 tradisional yg aku tak tau tajuk.
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Rabu, 25 Mei 2011

Susahnyer nak mengajar...

Masalah yang wujud di sekolah aku nie ada cikgu2 tahun 1 yang tak pasti lagi nak mengeja perkataan..maklumlah buku teks pula sering ditukar..bila buku teks tukar..penulis baru pun entah apa yang dibuatnya...seperti kes buku teks bahasa Inggeris tahun 1 lah..banyak sangat kesalahan.Senang cerita macam nie lah...macam ner ya..aku nak mengajar dalam blog nie....

1. Macam ner cara korang eja PIANO...
a) pia....no
b) pi..a...no....

pilih lah jawapan ya....dalam buku teks tahun satu sekolah jenis kebangsaan cina..perkataan  piano di tulis begini..PIANO...bila dah macam nie mestilah eja PIA dulu bari NO...tapi tu salah...yang bebenor nyer gini...PI...A..NO...jadi cikgu2 melayu sekolah aku kena berjaga2 lah sebab kami2 nie menjadi rujukan cikgu2 cina yang mengajar tahun 1 dan 2 untuk bertanya soalan...aduh gawat gini...
dan lagi satu kenapa lah bahasa melayu kita nie banyak sangat guna perkataan yang dipinjam dari bahasa inggeris ya...kami selaku cikgu2 nilah yang masalah nak mengajar...ada ker patut dalam buku teks dorang pi letak STRAW...mana ada perkataan straw..cuba tukar penyedut minuman kan baik....dah tu macam ner budak nak eja STRAW...str..tu aper bunyinyer...

jadi bagi saya masalah nie mesti diambil berat..kalau tak susah kami nak mengajar..banyak sangat kesalahan bahasa..lagi satu secara tak langsung bahasa yang kita cintai ini pula akan hilang......
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Selasa, 24 Mei 2011

showdown 2011

ni jejaka kacak ..kalau tak der dia tak syok lah..Hafiz
satu-satunyer group girl..

aku suka sebab ada Yazid AF..
tak sangka boleh menari..ingat dulu si Aril yg hebat sangat..

saper minat sila undi...hebat2 saingannya





so undi2 lah ya..saper minat...
sebahagian jer yg aku letak pic dorg..

hai geng ...wah ganas kata2 sapaan aku kali nie ya...he..he...Tengok tajuk entry tentu dah tau apa yang saya nak story kali nie..showdown lah..penah tengok tak yang kata tv8 setiap rabu...ye lah...esok...korang minat saper???aku minat kat semua group yang bertanding..aku suka tengok dance jer..tak penah lak sampai mengundi....tapi cuti nie aku macam nak gi ict je nak tengok secara live...lagipun minggu depan kan cuti sekolah....syoknyerrrrr.....

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Ahad, 22 Mei 2011

Fesyen Baju terkini..

last week aku n suami gi lah pasar malam..dah aku tertarik dengan baju2 yg dijual dipasar malam tu...so aku snap lah gambar baju nie...kalau korang nak beli dan nak pakai ke baju macam nie..aku tak mau lah malu....korang perasan tak banyak kan baju yang aneh2 terdapat di pasaran sekarang..AKu penah tengok ada girl pakai baju yang betul2 ada gambar kata dada dia yang menjojol tu...arrr malunya....Baju ni lagi malukan.... Eat....sleep...sex...

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Hari makan buah-buahan..

TAHUKAH anda bahawa buah jambu merupakan buah yang paling banyak mengandungi khasiat bagi membkalkan vitamin dan mineral kepada badan kita...
Buat tersebut juga efiktif menurunkan paras kolestrol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.JAmbu batu tergolong dalam kumpulan makanan yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.
Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan. Buah ini juga perlu dimakan bersama kulitnya sekali kerana mengandungi khasiat yang tinggi. selain dimakan bergitu saja boleh juga dibuat jus tetapi cara penyediaan jus perlu asli tanpa membubuh gula. Bagi yang mengalami masalah berat badan seperti saya anda dinasihatkan supaya mengambil secara tetap untuk dijadikan sebagai amalan diet seimbang. dan jambu batu juga baik untuk penghidap maslah paras kolestrol tinggi dalam darah...jadi selamat mencuba ya..
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Tiada Lagi Facebook..


 Semalam aku telah melumpuhkan akaun Facebook aku..sekarang aku telah kehilangan ramai rakan2 kerana tindakan aku itu..he..he.. bukan aku tak der kawan2 yg aku sayang kat sana tetapi aku bosan sangat kerana terlalu ramai rakan aku..dah tu semua yg nak add aku tu aku tak kenal..bila add aku tu pulak dorang tak pernah pun nak sapa aku apatah lagi nak tolong like kat status/gambar yang aku  post...he..he....

Sebenarnya aku nie tak suka nak remove org atau nak abaikan apabila ada orang yg add aku...aku terfikir kalau aku add org, nanti org tu buat apa yg aku buat dan tertunggu untuk pengesahan..... kan kesian...emmm..itulah sikap aku ni terlalu memikir pasal org lain...ape2 pun buat rakan yg aku sayang aku dah sent dlm inbox no phone aku untuk dihubungi.....tengok lah kalau ada mood aku buat baru ker FB tu...
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Sabtu, 21 Mei 2011

maharaja lawak..

Minggu lepas sebenarnya aku berkesempatan lah berjumpa dengan kumpulan R2..kebetulan masa tu astro ada undi masuk..so aku berharap sangat lah R2 yang masuk..So ni lah gambar2nya..dan R2 pun dah dapat masuk semula...Do the best okey...
R2 n Kopi O
Najmi ler yg panggil geng2 Raja Lawak
my son with najmi n R2

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

CheriTA Aq..

Dalam kesibukkan mengejar date line aku menghantar assignment pada Isnin nie sempat lagi aku berblogwalking...bukan aper bosan jugak nak perah idea menaip ayat2 skema...so aku meluahkan lah rasa perasaan aku yang rindu dendam nie...setelah berakhir hari guru dan agak keciwa sket lah dengan apa yg terjadi pada hari tu...eh..bukan2...bukan pasal pengumumkan PM hari tu..pasal kejadian yg berlaku di skool ler..
tadi aku gi jalan2..singgah sana, singgah sini..cuci mata ler katakan hari cuti..tiba2 aku tersepak batu...aduh malunya..tapi org tak tau..aku tersepak batu tu masa aku dah sampai kat rumah artis kita nie budak juvana...arrr malu lah nak cakap..betul aku sampai kat rumah dia..aku follow dia..aku betul suka tengok dia berlakon..best wooo...drama dia sekarang yg sedang dimainkan setiap hari Isnin..taik lalat dia comey lah...tapi yang paling aku tak tahan tengok dia kena buli...Grrrrr..marah nie macam komeng...hhee..hee..


he..he..singgah lah blog die nie..klik link kat atas tu tdi ya...
pinjam gambar tau..nak mimpi2..
p/s* Jgn mare ini cherita aq...
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Isnin, 16 Mei 2011

UCAPAN HARI GURU...

Kalau hari-hari yang istimewa bergini phone aku tak berbunyi mesej tu tandanya aku tak diingati lah..or aku dah begaduh dengan kawan-kawan aku...Antara sms special yang aku terima pagi tadi ialah:-

1. Cikgu YUS..ckgu sek aku..
..
selamat Hari guru....mas...bawa pendrive, nak pinjam jab....( ho..ho...cikgu yus nie..ada iklan ucapannya)

2. cikgu AS.....
Selamat hari guru...( tq..walaupun ringkas ko ingat kat aku kan...)

3. Cikgu YATI( sek.sungai dua,karak)

I can appreciate coffee without susu, night without lampu,curry without lembu, burger without keju, but NOT school without CIKGU...Happy Teachers day...

4. Cikgu WATI OYUKI

selamat hari guru...jadilah seorg guru yang hadirnya diTUNGGU,
hilangnya diRINDU, ilmunya diBURU, tingkahlakunya diTIRU...terima kasih cikgu atas pengorbanan yang dicurahkan tanpa JEMU....

5. Cikgu AZWIN

jika dapat bunga- tanda Guru harumkan dunia, jika dapat pen- tanda guru mengukir kata, jika dapat pemadam- tanda guru betulkan kesilapan, jika dapat mesej-tanda guru dalam ingatan..happy teachers day..( jika aku tak dapat apa2 nie macam ner )
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Ahad, 15 Mei 2011

Engkaulah Guru...

Dulu DIA pegang rotan,
KAU kata DIA garang,
bila DIA lambat masuk kelas,
KAU kata DIA malas,
 bila DIA marah-marah,
KAU kata DIA melampau,
 Kini..... KAU adalah DIA...
jadi SELAMAT HARI GURU.....
untuk KAU yang telah menjadi DIA...

dulu aku malas sangat nak buat kerja sekolah...Maklumlah cikgu tu aku tak suka..rasanya cikgu tu pun tak suka kat aku..Dia suka kat kawan2 aku yang lain tu sebab comey2..aku nie comot kot..tapi rasanya aku tak comot..sebab cikgu2 lain suka sangat kat aku...tapi tak per lah yang penting aku dah berjaya menjadi cikgu jugak..dan yang pasti aku tak buat perkara yang kau penah buat kat aku dan kawan2 aku...aku ingat kat kau..nak tau nama??..tak yah cakaplah....bukan kau sorang jer yang tak baik..ada lagi yang tak baik..tapi nasib baik kami nie budak-budak orang asli yang survival...kami tak pernah terkena dengan semua yang kau lakukan....

itu lah antara pengalaman pahit aku menjadi murid..yang pasti sekarang aku hanya mengajar dan mendenda murid2 aku yang nak belajar..kepada murid2 aku yang tak makan saman tu aku abaikan jer..dah berpuluh2 kali ketuk tapi tak jalan so aku terpaksa tinggalkan..harap korang jangan berdendam dengan aku..

.Buat cikgu2 aku dulu di sekolah kebangsaan Bukit Serok,pahang..
1.cikgu Maznah( harap cikgu dah ada anak)
 2. cikgu Kamsiah ( semoga berbahagia dengan cikgu Zaidee)
3. Cikgu wong ( sorg cikgu cina dari melaka)
 4. cikgu Zulkarnain ( ko memang baran lah)
5. cikgu karim ( saya still ingat birthday cikgu )
6. cikgu mispan
7. cikgu yazid ( aku takut ngan ko )
8. cikgu Zapilah ( ko smash kepala kawan aku sampai bengkak)
9. cikgu Sapuan ( bagi aku pinjam track suit masa camping pengakap)
10. ustaz shahidul Kadri..

sek menengah karak...
yang nie aku fail sikit nak ingat..sekolah besar nak ingat 5 tahun kat sana...
1. Cikgu Zakiah dulu penyelia petang..( dah add kat FB)
2. cikgu Atikah ( warden asrama )
3. cikgu hasnah ( aku tak suka ko suka marah2)
4. cikgu Azlina( guru PSV..ngan budak lelaki garang )
5. cikgu yusnizar ( suka cubit..ko ajar sejarah langsung aku tak tau..
5. cikgu ???..lupa..tapi dia ajar mate buat aku mengantuk...
6. cikgu sains aku...aku tak suka ko ngajar..mengantuk..langsung aku tak tau pasal sains..
7. cikgu nie telah buat aku skor mate masa nak spm..sanggup  ajar tanpa bayaran dan buat tuisyen kat asrama...aku lupa nama dia..cikgu??pempuan lah..

wah panjangnyer cite aku...mengingat kembali sejarah dolu2...cikgu2 ku semua TERIMA KASH...

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Sabtu, 14 Mei 2011

Selamat Hari Guru...

1. Tahun ni  aku menyambut hari  guru yang ke 8.  Diam tak diam rupanya 8 tahun jugak aku masih bertahan menjadi seorang guru. ringkasnye aku nak wish selamat hari guru kepada semua rakan2 dan semua guru yang pernah mendidik aku....

2. Ucapan hari guru pelbagai versi:
a) Shiawasena kyōshi - Jepun
b) haengboghan gyosa - Korea
c) Khrū mī khwām s̄uk̄h - Thai
e) Zhù jiérì kuàilè.- Cina

3. apa pun ucapan tu makna nyer sama "selamat hari guru" Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara...
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

wah lega...

Sepi seketika duniaku apabila tak dapat log in ke blog...Aduh jadi gelabah jugak..maklumlah bila aku baca sekarang nie musim hacker mengganas..abis FB hot.fm dan si Fafau punya fb jugak...adoi takutnya....aper nak buat ya untuk menjaga dari diceroboh nie....TOLONG JAWAB BLEH TAK???

P/s# Maaf entrY kontot ari nie...
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Rabu, 11 Mei 2011

kenali diri

 
KAJIAN DATO' FADZILAH KAMSAH.. 
Aku sangat setuju dengan semua yang dato katakan mengenai bulan lahir saya nie..bukan sedikit sebanyak tapi memang banyak kena pada diri saya..
1.sikap yg sangat cool n baik serta mudah simpati..
 Aku nie memang jenis yang cool..susah nak marah sebab tu anak2 murid aku tak takut ngan aku..tapi bila aku mengamuk boleh jadi increable Hulk tau...ooo..itu macam ka.. dan aku juga mudah bersimpati..betul nie..aku tak tipu..masa 1st time aku datang Key-L..Kolompo lah..aku bagi derma pada setiap pengemis yang aku jumpa..bila aku dah mula study kat Kl n selalu sangat jumpa peminta sedekah jadi aku pun dah tak simpati lagi..sebab banyak sangat peminta sedekah...skrg nie pun aku bagi lagi tapi kepada yang betul2 OKU...

2.Suka sukan, hiburan dan melancong...
yang nie betul jugak..aku memang suka sukan..eh,aku gemuk nie sebab senang hati lah...betul aku memang suka tengok sukan2 kat tv lagi2  kalau Dato Lee yang sedanag bertarung..tapi sukan yang paling aku tak suka tengok ialah WWF..oh..bencinya..cukuplah aku tertipu tengok mereka masa aku kecik dulu..tak mau ditipu lagi..memang suka hiburan..dan aku rasa korang pun suka jugak kan..jgn nak tipulah...melancong pun aku suka..tetapi disebabkan masa kerja yang berbeza dengan suami jadi tak dapat sangat lah nak bercuti/ melancong..kalau ada kesempatan mesti kami akan meronda2..walau tak jauh sampai keluar negara pun kami still gi ke luar daerah untuk berjalan2..nie kira melancong jugak lah kan....he..he..
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Isnin, 9 Mei 2011

Awi Rafael-Pulanglah

Bukalah mata dan lihat di hadapanmu
Aku berdiri dekat tapi kau tak nampak
Hodohkah aku ‘tuk sering kau campak saja
Apanya yang dia ada yang aku tak ada

Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menantikan mu
Berikan jawapan

Pulanglah sebelum ku runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Aku dah bingung

Aku berjalan di kota Kuala Lumpur
Semuanya nampak berbeza tapi ku sama

Runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Zizan kat blog aku..

hee...heee..tq aku ucapkan kat Otai2 blogger sekalian kerana aku telah berjaya membuat Zizan Raja Lawak sentiasa melekat kat blog aku...so pada kawan2 kalau nak jumpa zizan datang lah blog aku selalu dan boleh chat ngan zizan sekali tau...Sebelum ni aku asyik tengok org lain punya buat gambar artis Kpop..

pada kawan2 yang nak zizan jugak melekat kat blog korang ambiklah nie..tampal kat blog korang..tak der syarat aper2..percuma jer..kalau nak suruh tolong buatkan pun boleh jugak...

tau kan cara nak tampal kat blog korang..kalau tak tau bagi tau kat komen bawah nie ya...

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Ahad, 8 Mei 2011

Adoi terpening jab..

Semalam jam 3 pagi tengah blogwalking ada lah terbaca pasal tukar akaun yahoo ke gmail..so aku pun sentap jugak lah..so dengan rela hati menukar..dah tu benda yg org tak suruh buat aku gi klik jugak..Aku gi klik "siapa yg boleh tengok blog aku" aku klik autor je..patut lah 1 hari nie aku engok tak der yg singgah..ape hal mungkin dah salah sebab aku tukar template...so aku pun bertanya lah kat adik ipar aku watie oyuki..diia kata blog aku tak boleh bukak..sebab tak dapat permission...sekarang dah tau ape masalahnyer...wah happy aku..
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Sabtu, 7 Mei 2011

Ibu Permata Hati..

mak n ayah ku..
Buat insan yang masih punya ibu, saat ibu sedang tidur, saat matanya terpejam, tatap wajahnya dan bayangkan dalam fikiran andai suatu saat nanti kita tak akan dapat menanatap wajah tenang si ibu. Betapa kita akan terasa kehilangan orang yang paling menyayangi diri kita, ibu. Sementara ibu masih ada, lakukan apapun yang kita mampu lakukan untuknya. LAKUKAN SEKARANG wahai sahabatku, bukan esok atau 5 minit lagi kerana kita tidak tahu bila ajal akan menjemput ibu. Saat itu, ibu akan pergi dan tak akan kembali lagi.Tataplah wajah ibu, peluklah  dan berkata, "SAYA SAYANG IBU
Sedarlah tidak ternilai semua yang ibu lakukan kepada kita sejak kita kecil.... ibu mengandung kita  selama 9 bulan, berjaga malam kerana menjaga kita, air mata yang menitis kerana risau memikirkan keadaan kita semasa sakit, menyediakan makan minum, pakaian dan keperluan kita termasuklah tunjuk ajar dan nilai kasih ibu beri dengan percuma. Wahai semua, dalam kesibukan dengan dunia kita ini..SEDARLAH. Saat bersama ibu bapa kita tak akan berkekal untuk selama-lamanya. Kasihlah mereka, belailah mereka, layanilah dan fikirlah betapa susah payah mereka melayan kita tatkala kita kecil dahulu.

Ungkapkanlah perkataan sayang dan cinta pada ibu bapa kita sementara peluang untuk bersama mereka masih ada. Jangalah kita terkilan dan terkedu andai peluang yang kita ada itu pergi buat selama-lamanya......

P/S- Bukan wang ringgit yang dipinta cuma kasih sayang serta belaian anak-anak yang telah dibesarkan dari sebesar 2 jari..
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Contest..Selamat Hari Guru, Cikgu!!

Hari guru menjelma lagi..Setiap tahun sekolah aku akan mengadakan aktiviti sukaneka dan makan2 time lah.. Guru seronok bermain murid pulak seronok melihat gelagat guru...Buat pertama kalinya saya join contest ni..setelah aku membelek blog seorang guru nie http://www.abgshah.com  ..sebelum nie hanya baca2 n tengok2 jer orang buat contest..tetapi sebab rasa bangga menjadi guru so saya pun join ler..Harap2 menang lah..he..he..

Bila murid duduk, cikgu berdiri..
Bila murid di seligi,cikgu pula kena gari,
Murid datang naik BMW 7 siri, cikgu naik motor buruk roadtax pun dah nak mati,
murid belajar sampai phd, cikgu baru berkira-kira nak sambung degree,
Namun di dunia cikgu berbakti, hanya tuhan yang dapat balas segala jasa
 dan bakti yang ditabur seikhlas hati..
Selamat Hari Guru. 


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

my BFF


Saya ada 2 orang best friend...walaupun masing-masing dah ada kehidupan dan keluarga sendiri tapi kami still contact walaupun jarang2...yang pasti hubungan kami tak akan terputus..kalau no phone tukar ke hilang akan ada pemudah cara yang akan menemukan kami.. walaupun kami ni jugak berbeza fizikal tapi ok lah otak masing2 punya n yg pasti sama2 suku...ha,,ha,,ha...
                                                       Sahabat aku tu ialah SURYATI N ASMAH...
Suryati ni kurus cekeding n tinggi..kalau tengok dari dekat mesti org takut sebab jari2nyer panjang n kurus.  aku panggil dia kak yati sebab tua laa..kak yati dah kahwin n ada anak seorang..tapi kesian pada dia kerana ada masalah jantung..semoga kak yati tabah ya...saya pulak biasa lah CHUBBY2 n COMEY...Walaupun Chubby2 tapi saya tinggi..org kata tak lah nampak gempal..( kata2 mak aku untuk mengambil hati aku)..tapi walau aku besar tapi aku paling muda...aku pun dah kawin jugak dan ada anak sorang jugak..ape hal tak produktif nie..sorang jer masing2..
Asmah pulak rendah dan rendang lah...bukan rendang ayam ya....Asmah nie belum kahwin lagi..dah terkena sumpah kot...dulu masa study dia lah yang dulu ada boypren..sekarang boypren dia entah ada ker tak...tak pe lah as moga ko bertemu jodoh ya...Hobi kami gelak2..akan ada cerita lawak yang muncul..kalau kami gelak sampai keluar air mata..hari tu last jumpa kami saling berkongsi cerita...semoga sahabat baik ku nie sihat selalu dan berbahagia..Buat Kak Yati tu rajin2 makan ubat..

Tengoklah perbezaan kami nie...tetapi kami BEST...
Friend till Died..




Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Jumaat, 6 Mei 2011

cara Remove follower...

Tengah syok aku mengupdate blog ader lagi sekor manusia yg entah aper2....sewel agaknya nak tunjuk2 kat orang gamba2 lucah macam tu....dah lah blog aku nie baru je merangkak..follower pun baru 73 orang so aku dengan rela hati remove lah 3 orang  blogger tu menggunakan gambar yg dikategorikan sbg 18sx..
Eeeeeee geraaammmm tau..
Mencacatkan blogku yg baru nak membangun nie dan dah kurang balik follower aku...


cara-cara remove ada kat sini.....tq pada http://normj1001.blogspot.com/




kredit kat: http://normj1001.blogspot.com/
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Polis komuniti Sabak Bernam

Hari nie lepas balik dari sekolah lebih kurang pukul 3 gerak ke Parit Baru, Sabak Bernam untuk memberi sokongan kepada PDRM yang menganjurkan program Polis Komuniti...banyak aktiviti yang menarik tetapi yang tak tahan nyer cuaca terlalu panas dan berangin..ok lah daripada hujan... jadi tengoklah gambar-gambar di bawah nie ya..


Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Khamis, 5 Mei 2011

Budak sengal nie..

setiap hari khamis mesti aku kesibukkan..jadual waktu mengajar yang penuh dan sebelah petangnya ke sekolah lagi untuk mengajar tuisyen selama 2 jam....saper kata cikgu abis kerja jam 1.00 petang... tapi sibuk maner pun aku tetap sempat nak mengupdate blog...maklumlah dah jatuh cinta......dulu rajin berFB skrang gud bai lah FB..aku malas dah...
nie lah BOY aku...

cerita petang nie sebelum aku ke sekolah..aku sajer nak tunjuk kat korang anak aku yang handsome tu....

tengok spekmata aku pun dia layan gak..

                                                    

nak ambik jadi model iklan pakaian kanak2 pun ok gak...

pandai bergaya sebenarnya..gi sek tak nak pakai seluar pendek..seluar pendek untuk bersukan jer...

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Rabu, 4 Mei 2011

best ker?? Lelaki Lombok nie...

Web Graphic


Bosan bangat aku akhir2 ini..baca di surat khabar ader jer cerita pasal perempuan RAKYAT MALAYSIA yang lari ikut jejaka LOMBOK...best ker duduk kat lombok tu...atau romantik sangat ke lelaki lombok tu sampai sanggup tinggalkan keluarga, ibu bapa,dan negara...wah bersemangat aku...



Animated Gifsmasalah kes nie bukan 1 tapi dah kerap sangat..ada yang masih bujang dan ada jugak yang sudah berkawin.. sanggup tu tinggalkan suami yang sudah lama dikenali...manis macam madu kot ayat2 jejaka lombok nie..nanti balik lombok mungkin dia janji nak bawa bulan madu ke pelangi kot, nak bina Taj Mahal kat lombok....hakikatnya nak bina Taj Murah pun tak dapat baru lah sms keluarga...mula lah episode sedih...nangis meraung2, merayu melutut nak mintak keluarga bawa balik ke Malaysia...aduh angin betul aku..menyusahkan kerajaan jer..nak ambik bawa balik pulak..kalau dah ada anak, ada pulak kes kat mahkamah..saper yang berhauntuk jaga anak tu...kan banyak masalah tu...

Kenapalah rakyat kita nie berfikiran senteng ya...malu beb..kat surat khabar tu kuar macam2..sekarang nie kalau isteri atau anak tak balik rumah berjaga2...aku pun dulu penah kenal jugak dengan orang lombok nie..tapi aku tak kesah pun kat dorang..hari2 datang umah bapak aku untuk beli barang dan ambik gaji..memang aku tak nafikan lirikan mata dorang tu tajam jer bila memandang gadis..lagi2 kat anak2 dara...Monkey Emoticons
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Selasa, 3 Mei 2011

Blog lucah...Awek jepun..

Crazy Emoticonswah panas cerita..macam goreng pisang plak..panas2 laku dah sejuk n keras orang tak mau makan kan.. sehari dua nie baru aku perasan bila jumlah follower aku sudah sedikit meningkat...meningkat sikit jer bukan lah meningkat banyak macam blogger2 lain punyer...aku nie kan masih berhingus..kalau keluar hingus tu pun aku tak tau nak mengelapnya..

straight to the point ler..blog aku nie telah disinggahi oleh awek Jepun tau...wah menjadi blog antarabangsa gitu ( ke antarabangsat ).kalau korang nak tau blog lucah yg aku katakan tu ader...nak tengok...klik lah pada follower aku tu..tgok nick name pun dah tau...ingatkan benda yg baik2 dtg menjengah rupa2nya..bagi aku tengok gambar2 sex dorang..adoi..Crazy Emoticons.terkezutt aku....macam nak kena heart attack lak...kalau korang yang suka tengok tu pegilah jengok...

tapi aku nak tanya..macam ner nak remove dorang tu ya...aku ni bukak blog setakat buat entry..sikit2 edit tu tau lah...pas ni aku cari cara nak remove...Monkey Emoticons
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Isnin, 2 Mei 2011

mana kawan-kawanku..

Monkey EmoticonsSudah 3 hari rasanya guru-guru yang mengikuti  PJJ- Ijazah Sarjana Muda mengalami badai tsunami. aper ke tidaknyer tugasan yang mempunyai dapatan 72 markah tu harus disiapkan dalam masa 3 hari... Bagai nak gila masing-masing sibuk mencungkil maklumat di sana-sini. aku lihat halaman http://www.scribd.com/ habis diterjah oleh guru-guru..sebenarnya aku pun tak tau aper kegunaannya..yang aku tau aku boleh melihat dan membaca maklumat-maklumat dan tesis2 yang diupload disana..seara automatik aku pun turut me-Login jugak lah..

bila dah macam aku pun memerlukan kawan untuk membincangkan jawapan dan bertanyakan soalan2 yang tidak faham...Monkey Emoticonsso kawan2 aku semua jauh2..yang dekat pun kat kl..bukan tak der kawan-kawan satu sekolah yang sama melakukan Pjj nie..dorang semua bercuti ke Thailand mengikut rombongan sekolah..nasib baik aku awal-awal lagi tak mau ikut...sebenarnya rombongan tu tahun lepas nak pergi tetapi Thailand dilanda banjir jadi postpone ler ke tahun nie..klu tak burn lah deposit yang dorang...

aku perlukan akwan untuk berdiskusi lah...so bulan ni aku rasa top up phone aku melambung..biasanya sebulan aku guna Rm30 jer n yang paling banyak pun Rm60..ni dah lebih bajet....Monkey Emoticons
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Ahad, 1 Mei 2011

try..berjaya ke tak nie? ..

ATTENTION !! SILA TUKAR SETTING COMMENT ANDA KE "EMBEDDED BELOW POST" DAN BUKANNYA "POP OUT WINDOW" UNTUK MEMASTIKAN SYSTEM INI BERFUNGSI !!

Langkah-langkah untuk memasang CommentLuv di Blogspot:

Cara paling senang nak pasang CommentLuv adalah dengan memasang IntenseDebate kat Blogspot korang. Register kat IntenseDebate.com.

1. Login dan klik Install IntenseDebate.Korang sign up,pastu masukkan butir2 peribadi,pastu klik ok macam biasa..dia akan antar verification email kat email korang..korang masuk email dan klik link dalam email tu untuk teruskan pemasangan..

2. Dah add tu, jangan continue dengan step dia lagi. Klik Sites > Blog anda > Plugins >Activate CommentLuv. Edit la segala options yang ada, boleh letak Facebook share button sekali kalau nak.

3. Dah set up, klik Tools > Reinstall.

4. Select installation type: Aku cadangkan supaya pilih Template. Tak susah sangat sebenarnya.

5. Install only on all new post, kalau tak komen-komen lama akan hilang (hidden).

6. Buka Blogger.com > Dashboard > Blog anda > Layout > Edit HTML > Download Full Template.Better korang save kat desktop..senang korang nak cari japgi neh..

7. Browse file .xml tadi(yg kat langkah 6 tadi), klik Upload file and continue.

8. Dah upload, copy code (CTRL+A dan CTRL+C) yang telah di modify.

9. Lepas tu pergi semula ke Blogger.com > Dashboard > Blog anda > Layout > Edit HTML > paste (CTRL+A dan CTRL+V) code baru di halaman edit html tersebut..preview dulu,kalau semuanya tampak ok,baru lah save..
pening aku belajar kat sini ler  http://www.tintapenaku.com/

Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

Selamat Hari Pekerja..

Wah selamat bercuti lah kepada semua yang bekerja..Semoga anda semua dapat berehat dengan secukupnya..manakala kepada rakan-rakan yang kena bekerja hari ni dan esok pun jangan marah-marah ya..semoga kerja anda hari ni dilaksanakan dengan ikhlas..memang tak dinafikan kalau semua orang bercuti bermaksud semua aktiviti di dunia ni tak akan berjlan..semua lumpuh..bayangkan nak isi minyak keta tapi semua stesen minyak tutup..keta pulak abis minyak kat tepi jalan..bengkel keta pun tutup..pas tu perut lapar nak makan..kedai makan pun tutup..hah macam ner???tak ke lumpuh semua aktiviti klu semua orang cuti...
jadi saya nak berterima kasih kepada semua yang bekerja pada hari ini..terutama sekali suami saya yg tersayang tu yang kena kerja hari nie..dia pun terkejut pegi pejabat tadi bukan kerja macam biasa tapi kerjanya telah bertambah...selalu 24 jam standby kat pejabat tapi hari nie kena ronda dan dan buat roadblock sekali..kena keluarga siang dan malam..
Terima Kasih..Tinggalkan Link Anda.. ^_^

komentar Terbaek

Get widget here
Copyright© All Rights Reserved Pinangdansireh.Blogspot.Com